Nikmati Masakan Pantai Timur Di Kafe Fatimah Food, Busana@Menara MARA, Kuala Lumpur - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 29 Disember 2018

Nikmati Masakan Pantai Timur Di Kafe Fatimah Food, Busana@Menara MARA, Kuala Lumpur



Kalau uoll sukakan masakan Pantai Timur terutamanya masakan orang Kelantan, apatah lagi kalau duk Kuala Lumpur dan bekerja di Kuala Lumpur sememangnya susah nak cari makanan masakan Kelantan. Don't worry sekarang Seri Wangi nak bagi tau kat uoll yang mungkin tercari-cari masakan Kelantan seperti Nasi Kerabu yang memang uoll idamkan, Nasi Dagang yang awesome dan Laksam yang memang susah nak jumpa kat Kuala Lumpur ni. 



Kafe Fatimah Food menyajikan masakan pantai timur bagi penggemar masakan Kelantan pastinya gembira sebab di sini uoll yang mengidamkan Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Laksam dan Nasi Lemak + ayam goreng dapat merasai keenakan masakan Kelantan dan lauk pauknya dari air tangan pemilik kafe tersebut iaitu Dato Abd Ghani Salleh dan Datin Fatimah. Kafe Fatimah Food yang terletak di Aras 4, Busana@Menara MARA dinamakan sempena nama ibu mertua beliau yang juga seorang usahawanita terkenal di Kelantan.

Dato Abd Ghani Salleh


Kafe Fatimah Food sangat dikenali ramai terutamanya bagi pekerja-pekerja pejabat berdekatan bangunan MARA. Mula beroperasi sejak 3 tahun lepas dan waktu dibuka mulai jam 8pg hingga jam 6pm (isnin-Jumaat). Sekiranya terdapat lebihan lauk-pauk yang tidak habis selepas habis waktu operasi, beliau akan terus menghantarnya ke tempat rumah Tahfiz, anak-anak yatim, geladangan  atau masjid sebagai sumbangan amal. Menurut  Dato Abd Ghani Salleh, selain Kafe Fatimah Food, terdapat jugak cawangan kedua beliau yang menjual Masakan Kelantan di Komplek Mall SOGO iaitu Aras 6, FoodCourt yang baru beroperasi 3 bulan, sambutan sangat menggalakkan.


Seri Wangi paling suka makan Nasi Kerabu yang terdapat di Kafe Fatimah Food, susah nak cari Nasi Kerabu yang betul-betul dapat menepati selera Seri Wangi, sangat sedap dengan segala sayur rampainya, telor masin, keropok, ayam goreng...paling best sambalnya ada budu...my favourite. Terdapat hidangan masakan Kelantan yang asli seperti Nasi Dagangnya dari beras pulut nasi dagang yang asli dari Kelantan, kadang-kala ada nasi dagang yang dijual dicampur dengan beras pulut biasa. Laksam juga sedap dengan kuah santannya bersama sayur-rampai, nasi lemak pun ada dihidangkan dengan ayam goreng. 


Nasi Kerabu

Nasi Dagang

Nasi Lemak

Laksam

Bubur Pulut Hitam

Ice Tea Lemon
Selain menu-menu di atas, terdapat jugak menu-menu lain seperti Mee Kari, Mee Kari Udang, Yee Mee, Kuey Teow Hailam, Laksa Johor, Laksa Penang, Laksa Lemak, Lontong. Nasi minyak, Nasi Hujan Panas, Nasi Tomato, Nasi Ayam Thai dan lain-lain lagi...boleh order jangan tak order...Oh ye...lupa pulak nak bagi tau kat uoll Kafe Fatimah Food juga menyediakan penghantaran makanan, kalau uoll nak order bolehlah order melalui FoodPanda dan Honestbee.

Untuk sarapan pagi jugak uoll boleh dapatkan set breakfast (RM5) iaitu Roti Bakar, Half-Boiled Eggs bersama Kopi 'O'/Teh 'O'.


Selain itu di Kafe Fatimah Food ada juga jual pelbagai produk seperi pelbagai aneka biskut, Seri Wangi paling suka biskut Tart Nenasnya yang memang sedap cair dimulut, biskut suji, ikan bilis goreng, serunding daging, ibu sambal, sos 3 rasa dan dll.






FIRST TIME AROUND (FTA)


Selain Kafe Fatimah Food, Dato Abd Ghani Salleh juga membuka sebuah butik First Time Around (FTA) yang terletak di sebelah kafe Fatimah Food. Seri Wangi sangat tertarik dengan Kemeja T yang dijual dibutiknya. Citarasa untuk anak-anak muda dan menjadi trend sekarang serta setiap Kemeja T yang ada di butiknya berlainan design setiap satu dan kebanyakan designnya bermotifkan flora dan fauna, unik dan berstyle. Di butik tesebut terdapat juga barangan lain seperti bag-bag leather & PVC yang  berkualiti dan mampu milik, Koleksi produk-produk tersebut diperolehi ketika beliau melancong ke luar negara. 




Artis jemputan Ayu Damit, Syafeek Ikhwan dan Reyhana Yunus

Baju T pilihan daku

Untuk maklumat Lanjut:

Facebook:  FATIMAH FOOD

Instagram:  KAFE FATIMAH FOOD

Instagram:  First Time Around


Alamat

Kafe Fatimah Food & Butik First Time Around
Aras 4, Busana@Menara MARA
Jln Tuanku Abdul Rahman, KL

No Tel: 019-3764222

Delivery Service Fatimah Food:










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment