KONSERT MALAM NOSTALGIA LAGENDA @ KL RHYTHM NITE - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 12 Mac 2018

KONSERT MALAM NOSTALGIA LAGENDA @ KL RHYTHM NITE


Seri Wangi berkesempatan hadir di sidang akhbar "Konsert Malam Nostalgia Lagenda @ KL RHYTHM NITE" di The Loaf, SOGO pada 07 Mac 2018.  Program Malam Nostalgia Lagenda sebelum ini pernah diadakan sebanyak 2 kali di  lokasi WOW KL! untuk meneruskan program tersebut kini siri persembahan tersebut diberi penghormatan untuk dilanjutkan dalam format yang lebih gala, yang mana ianya dinamakan sebagai Konsert Malam Nostalgia Lagenda yang bakal menampilkan 12 artis dan paling istimewa ianya bakal diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur di bawah bimbingan Pengarah Muzik Mohamad Adzan Mohd Fadzil.


lanya sebuah konsert dalan siri penjenaan KL RHYTHM NITE yang dilaksanakan oleh Unit Muzik DBKL yang akan mengetengahkan pelbagai hiburan bermutu dan berprestij dari masa kesemasa. Idea asalnya terlahir apabila Karyawan dengan kerjasama RR Charity Lane telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu acara yang bakal menampilkan pelbagai artis veteran dan lagenda pada setiap bulan di lokasi WOWKL! (dulunya sebagai Saloma Bistro) sebagai membuka peluang kepada artis-artis veteran meneruskan kerjaya seni mereka disebabkan begitu banyak persaingan dengan lambakan artis-artis baru. 

"Cadangan ini timbul setelah Karyawan mengadakan perbincangan dengan Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah, Pengasas RR Charity Lane dan juga bekas Senator, tentang nasib para artis lama ini, seterusnya diketengahkan kepada WOWKL! dan mereka amat berminat untuk menaja dan merealisasikan perkara ini" ujar Dato Freddie Fernandez.

Setelah mendapati ianya mempunyai potensi memberangsangkan, pihak Unit Muzik Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah merealisasikan dalam skala konsert dengan iringan Okestra Kuala Lumpur di bawah bimbingan Pengarah Muzik Mohamad Adzan Mohd Fadzil dan akan diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Menara DBKL 1,Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 18 Mac 2018 (Ahad) bermula jam 8.30 malam dan bakal menampilkan 12 artis iaitu Jay Jay, Rahimah Rahim, Fredo, Dato Yusni Hamid, Herman Tino, Datin Paduka Julie Sudiro, V. Sarangapan, Rozita Rohaizad, Shidee, Aspalela Abdullah yang akan dihoskan oleh Imuda dan Abon.








Konsert ini dianjurkan secara PERCUMA dengan syarat para pengunjung mendapatkan terlebih dulu PAS MASIK yang disediakan dan dijangka akan mendapat sambutan terhangat di kalangan pencinta seni tanahair. Bagi mendapatkan PAS MASUK PERCUMA mereka bolehlah menghubungi talian HOTLINE 03-26176300 (Cik Anis Syafinaz) dari jam 9.00am hingga 5.00pm dengan kadar segera. Jom kita ramai-ramai memeriahkan konsert Konsert Malam Nostalgia Lagenda .



25 ulasan:

  1. Jarang org nak buat konsert percuma tapi kali ni mesti menarik..harap ramai yang dapat hadir..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye..jarangkan kita nk dapat tgk konsert percuma,jom kita gi tgk

      Padam
  2. WoW!!! Jom ramai-ramai ke Konsert Malam Nostalgia Lagenda bagi mengimbau kembali zaman kegemilangan mereka suatu ketika dahulu. Tiada yang lama, tiadalah yang baru..

    BalasPadam
  3. Mesti best konsert nih sebab ramai artis legend take part..mesti happening...percuma plak tuh

    BalasPadam
  4. The 'free' concert has caught my attention. Keen to get the entrance pass as soon as possible. Thanks for the heads up!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emily this concert is free can call the no : HOTLINE 03-26176300 (Cik Anis Syafinaz)

      Padam
  5. The concert looks really interesting. But what’s makes it better is that it FREE?! what? How can I not attend it?

    BalasPadam
    Balasan
    1. You can call here: HOTLINE 03-26176300 (Cik Anis Syafinaz)

      Padam
    2. I agree. Anything that is free is the best and more fun!

      Padam
  6. wow.. free admission eyh? not bad!

    BalasPadam
  7. This concert looks good and the best thing is to get free tickets. Will let my friends know.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes..free and only at DBKL an call HOTLINE number for booking

      Padam
  8. uh yoooo... free ticket jgn lepas kan peluang yg mana berkesempatan

    BalasPadam
  9. Looks fun and exciting to join ni! Plus free juga, we can invite more friends to join.

    BalasPadam
  10. Wow.. leh jumpa artis legend macam ni. Tiket free pula.. Nasib baik Jauh. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaa....kak dah jumpa paling legend-lagend kat event tu

      Padam
  11. Balasan
    1. Ye betul sekarang mana ada yang percuma kan?kira untunglah ada konsert percuma

      Padam

Thak You For Your Comment