AEON Mall Rawang Cipta Rekod untuk Sesi Memakan Nasi Daun Pisang Paling Ramai disahkan oleh Malaysia Book of Records - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Selasa, 31 Oktober 2023

AEON Mall Rawang Cipta Rekod untuk Sesi Memakan Nasi Daun Pisang Paling Ramai disahkan oleh Malaysia Book of Records


Hari ini dalam sejarah!

Nak tau apa tu? Kalau anda hendak tau tidak lama lagi kaum India akan menyambut perayaan Deepavali.  Oleh itu pihak AEON Mall cipta satu lagi sejarah apabila majlis Jom Makan yang diadakan di AEON Mall Rawang berjaya merekodkan penyertaan seramai 1396 orang. Ini sekaligus mencipta rekod Penyertaan Paling Ramai untuk sesi Memakan Nasi Daun Pisang. Rekod tersebut telah disahkan oleh Malaysia Book of Records.

Majlis ini juga diadakan sempena sambutan Deepavali yang bakal datang. AEON berkolaborasi bersama restoran makanan daun pisang yang semakin popular iaitu Bananabro.


Seri Wangi first time dapat merasa makan nasi daun pisang (vegetarian) dengan menunya seperti sayur-sayuran acar timun, peria goreng telur, sup kosong, kuah kari. Sekali makan memang sedap jugak sebab makan beralaskan daun pisang.



Suasana memang sangat meriah apabila setiap meja penuh dengan penyertaan orang ramai semasa sesi makan nasi daun pisang dan diikuti pula hiburan tarian yang dipersembahkan untuk orang ramai yang menikmati hidangan tersebut. Lagilah berselera mereka makan sambil berhibur dan shopping di AEON Mall Rawang






Untuk menggalakkan penyertai orang ramai menyertai sesi makan nasi daun pisang, mereka yang datang berkunjung di AEON Mall Rawang bolehlah mendaftar selagi meja-meja yang disediakan masih kosong untuk mencipta rekod Penyertaan Paling Ramai untuk sesi Memakan Nasi Daun Pisang. Rekod tersebut telah disahkan oleh Malaysia Book of Records.








Tahniah Seri Wangi ucapkan kepada AEON Mall, AEON Mall Rawang dan Restoran Bananabro yang telah mencipta rekod Penyertaan Paling Ramai untuk sesi Memakan Nasi Daun Pisang yang telah disahkan oleh Malaysia Book of Records









Untuk keterangan lanjut layari



#AEONretailmalaysia
#AeonMallRawang
#MalaysiaBookofRecords
#MakanNasiDaunPisang
#Bananabro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment