PEMBUKAAN GALERI KING’S PARK MERCU PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN PUSAT PERNIAGAAN DAN HAB HIBURAN BERSEPADU DI GENTING HIGHLANDS - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 22 Julai 2023

PEMBUKAAN GALERI KING’S PARK MERCU PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN PUSAT PERNIAGAAN DAN HAB HIBURAN BERSEPADU DI GENTING HIGHLANDS



Seri Wangi sangat teruja bila berpeluang hadir di majlis pembukaan Galeri King's Park yang dibuka hari ini di Genting Highlands. Majlis pembukaan yang diadakan sangatlah meriah sekali dengan persembahan tarian Singa dan pembakaran mercun.


Dalam ucapan aluannya, Naib Presiden Eksekutif King's Park, Sean Chen berkata, projek pembangunan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM10 bilion itu bakal menjadi daerah pusat perniagaan baharu dan hab hiburan bersepadu di Genting Highlands. Malah kawasan di sekitar tanah tinggi Genting juga akan menerima manfaat besar hasil daripada kemasukan peluang pelaburan dan pembangunan.

Genting Highlands dijangka menerima kehadiran 53 juta pengunjung menjelang 2026 dengan kawasan tadahan lebih 700,000 orang dalam radius 5 kilometer.


Sean Chen, Executive Vice President, King’s Park

Memanfaatkan ketibaan pelancong yang tinggi di Genting Highlands, King's Park Genting Highlands merupakan sebuah projek pembangunan mega, dengan kerjasama Yuk Tung Group dan Persatuan Promosi Pendidikan Tinggi di Malaysia (APHEM). Membabitkan lebih 61 hektar tanah pegangan bebas, pembangunan yang akan datang terdiri daripada kombinasi unik tawaran komersial, kediaman dan rekreasi bersepadu.

Sean menambah, "Projek mega ini akan dibahagikan kepada beberapa fasa. Fasa pertama melibatkan penyediaan kedai komersial yang menawarkan kepada tetamu pengalaman perbelanjaan runcit sinematik, tanpa sebarang perbelanjaan tambahan bagi menyerlahkan daya tarikan setiap unit kedai.

Pembangunan King’s Park berpotensi menjadi pemangkin untuk pelabur asing mewujudkan peluang ekosistem yang dinamik. Malah, potensi pertumbuhan dan kejayaan Daerah Pusat Perniagaan ini juga tiada hadnya, dan King’s Park turut mengalu-alukan para pelabur global untuk menjadi sebahagian daripada usaha luar biasa ini. Sepanjang projek ini giat dijalankan, King’s Park menjangkakan lebih banyak perniagaan, penduduk dan pelancong akan tertarik ke hab yang sedang berkembang maju ini, sekaligus mengukuhkan statusnya sebagai nadi rantau yang aktif serta berdaya saing. King’s Park berharap bukan sahaja pembangunan yang berjaya dibina, tetapi juga komuniti yang mampan, penuh inovasi dan juga potensi tanpa batasan.

Sebagai tambahan, projek ini juga adalah sebuah manifestasi komitmen dalam mewujudkan sejumlah besar peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan rakyat negara ini. Dengan melibatkan tenaga kerja tempatan dalam pelbagai peringkat iaitu dari pembinaan sehingga ke operasi berterusan, ia diharap mampu memperkasakan ekonomi dan meningkatkan mata pencarian mereka.

Unit komersial King's Park yang menampilkangabungan seni bina kolonial dan vintaj. Menawarkan pengalaman menjamu selera di kawasan terbuka dengan pemandangan tepi sungai sepanjang 500 meter dan dilengkapi laluan pejalan kaki.



Komponen komersial dalam projek itu termasuklah kedai jalanan dengan laluan pejalan kaki sepanjang 2 kilometer (km), menampilkan gabungan seni bina kolonial dan vintaj. Ia membabitkan pembangunan 12 blok lot kedai, terdiri daripada 360 unit, setiap satu berukuran 22 kaki X 75 kaki. Kebanyakan unit di tingkat bawah juga mempunyai siling yang tinggi, berukuran 6.5 meter (m). Daya tarikan sesetengah unit kedai ini juga ditampilkan menerusi pembinaan teres alfresco dan juga pintu masuk duo yang memudahkan akses pengunjung untuk keluar masuk.

King's Park juga akan turut menampilkan jenama-jenama terkenal di peringkat antarabangsa, yang menawarkan pengalaman baharu yang belum tersedia di Malaysia. Terdapat banyak aktiviti dan tarikan 'outdoor', seperti sukan eko, denai berbasikal gunung dan taman tema berasaskan alam semula jadi, termasuk terarium terbesar di dunia yang berukuran lebih 600 meter panjang.

Bagi menyerlahkan statusnya sebagai hab hiburan bersepadu, 'Truly Asia Cultural Streets' seluas 18,680 meter persegi turut ditawarkan di King’s Park bagi memberikan pengunjung pengalaman pelancongan di bandar-bandar terkenal Asia seperti Myeongdong Seoul, Ebisubashi-Suji Osaka dan Jalan Khao San Bangkok. 


Disebabkan populasi rakyat Malaysia terdiri daripada lebih 65 peratus masyarakat beragama Islam, King’s Park turut bercadang mewujudkan hab runcit halal dan hotel butik mewah patuh syarikah yang memenuhi keperluan pelanggan Muslim. Ia sekaligus memanfaatkan pasaran yang semakin berkembang untuk pengembaraan halal antarabangsa. Pembangunan itu juga turut merangkumi pembinaan beberapa hotel bertaraf 5 bintang, termasuk Swissôtel Genting Highlands bertaraf dunia yang dijadualkan dibuka pada 2028.



Swissôtel Genting Highlands di Malaysia bakal menjadi sebuah tempat percutian mewah berlatar belakangkan persekitaran alam semula jadi yang indah. Projek berkapasiti 300 bilik itu merupakan penanda aras kepada pembangunan luar biasa ini, yang turut menawarkan hospitaliti terbaik, kemudahan ruang persidangan berkonsepkan kontemporari dan dewan besar untuk sebarang acara. Bilik-bilik penginapannya juga elegan dan selesa buat tetamu, bahkan turut dilengkapi pilihan tempat makan, ruang rehat atau lounge eksekutif dan bar akan menawarkan lokasi ideal untuk tetamu mencipta kenangan manis mereka. Hartanah ini juga menawarkan kolam renang air panas, tempat berjemur, pusat kecergasan, spa, trek joging dengan panorama indah dan kelab kanak-kanak. Hotel setinggi 30 tingkat ini turut menyajikan pemandangan menakjubkan pergunungan dan puncak Genting Highlands tanpa gangguan, terletak hanya dalam jarak 15 minit pemanduan. 


Di sebalik Swissôtel Genting Highlands, para tetamu bakal disajikan dengan satu penempatan elit, terdiri daripada vila dan banglo mewah berkeluasan 44,515 meter persegi, serta 96,000 meter persegi kediaman bergaya dan pangsapuri servis, lokasi yang menampilkan gaya hidup urban, dan semuanya bakal berada di tengah Crown Estate Malaysia - satu lokasi sempurna untuk lari dari kesibukan kota dan dikelilingi suasana nyaman serta keindahan alam semulajadi menakjubkan. 

Pembangunan di King’s Park Genting Highlands ini merupakan projek seluas 156,419 meter persegi dengan nilai pembangunan kasar melebihi RM3 bilion.

Fasa pertama pembangunan komponen komersial dan unit runcit dijadualkan dibuka pada 2026, termasuk juga pembangunan kediaman mewah berdekatan dengan Awana Golf Resort dan Genting Highlands Premium Outlets. Komuniti penduduk di kediaman King's Park bakal menikmati cuaca sejuk bersuhu antara 15 hingga 25 darjah Celsius sepanjang tahun dan dikelilingi  hutan berusia 130 juta tahun yang kaya dengan flora dan fauna, air terjun, dan tentunya udara segar.



MENGENAI KING’S PARK

Barisan nama pemaju hartanah paling berprestij di Malaysia adalah Pavilion, Tropicana, Aset Kayamas, Kerjaya Prospek dan OSK. Sebaris syarikat itu ialah pemaju terkemuka King's Park. King's Park sedang membentuk semula Genting Highlands dengan beberapa pembinaan hotel bertaraf 5 bintang, kediaman kondominium mewah, pusat konvensyen, unit kedai dan bentuk hiburan baharu. Terletak di tengah-tengah pusat peranginan tanah tinggi Genting Highlands, King's Park bakal muncul sebagai ’Pembangunan Eko Lestari Terbesar Di Dunia’. Iaya turut mempunyai laluan pejalan kaki sepanjang 2.0 kilometer.

King's Park terletak kira-kira 33 kilometer dari ibu kota Kuala Lumpur dan boleh dikunjungi dalam tempoh 45 minit pemanduan kereta. Kawasan kejiranan dan kelengkapan infrastrukturnya berteraskan mesra alam. Bagi menampung kemasukan lebih 50 juta pelancong ke Genting Highlands menjelang 2026, King's Park merancang untuk membangunkan pelbagai tarikan, kedai, taman tema dan restoran. Dibina di atas lebih 61 hektar tanah, ia bukan sahaja bakal menarik pelancong dan pengembara perniagaan, tetapi juga memberi khidmat kepada masyarakat sekitar dan melengkapkan pembangunan lain di kawasan itu. 


MENGENAI YUK TUNG GROUP

Yuk Tung Group merupakan sebuah firma pembangunan hartanah inovatif yang telah beroperasi sejak tahun 1997, dengan tumpuan untuk mewujudkan perumahan mewah dan kawasan kejiranan yang berkembang maju, di samping meningkatkan kualiti kehidupan bandar dan merangsang ekonomi. Dedikasi kami terhadap kualiti dan ketahanan jangka panjang telah menyebabkan kami diiktiraf atas perkhidmatan cemerlang menerusi penerimaan pelbagai anugerah. Kumpulan Yuk Tung adalah pemaju hartanah utama untuk pelbagai projek kediaman, komersial dan pembangunan bercampur yang menampilkan reka bentuk canggih, kerja tukang yang teliti, dan pengetahuan mendalam tentang pasaran tempatan.

Dalam banyak aspek sektor pembangunan hartanah, pasukan profesional berpengalaman kami sememangnya tiada tandingan. Disiplin dan komitmen ditunjukkan mereka memberikan hasil yang luar biasa. Tidak hairanlah Yuk Tung Group telah diiktiraf memenangi beberapa anugerah, seperti Pembangunan Anugerah Hartanah Asia Pasifik untuk Royce Residence KLCC dan kejayaan dalam industri perhotelan menerusi Crowne Plaza KLCC.


Untuk ketenangan lanjut layari

WEBSITE

www.kingspark.com.my

INSTAGRAM

https://instagram.com/highlands_park_city



#KingsPark #KingsParkGallery

#KingsParkGentingHighlands 

#SwissôtelGentingHighlands 

#GentingHighlands #YukTungGroup

#KingsParkdevelopment


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment