Konsert Agungnya Cinta Inisiatif Dana Amal Oleh Yayasan UNITI Bekerjasama Dengan Afocus Media Ventures - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 31 Oktober 2022

Konsert Agungnya Cinta Inisiatif Dana Amal Oleh Yayasan UNITI Bekerjasama Dengan Afocus Media Ventures



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Inisiatif Dana Amal ‘Agungnya Cinta’ Yayasan UNITI, yang terkenal dengan pelbagai gerakerja amal, kini menjalin kerjasama dengan Afocus Media Ventures (AMV), produser media Islamik kontemporari, dalam menganjurkan satu inisiatif kutipan dana amal bagi menjana pelbagai aktiviti kebajikan kelolaan Yayasan UNITI, yang dinamakan Agungnya Cinta.



Antara aktiviti kebajikan yang dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif Agungnya Cinta ini termasuklah:

    Feet 4 Life Pemberian kaki palsu percuma kepada lebih 700 OKU Asnaf di seluruh Malaysia, dengan kerjasama Uniti Waqi Sdn. Bhd. dan Kedidi Global Sdn. Bhd

    1 Keluarga 1 Graduan
      Siri program pendidikan yang membantu memastikan sekurang-kurangnya seorang ahli daripada golongan keluarga B40 untuk layak melanjutkan pelajaran ke IPT
        Tuisyen Percuma
          Program tuisyen percuma yang telah dijalankan sejak tahun 2010 untuk meringankan bebanan keluarga dengan membiayai sebahagian daripada kos pendidikan serta menjadi penggerak kepada pelajar untuk terus meningkatkan potensi diri dalam bidang akademik. 
            Waqaf Tunai ASEAN Mall
              Pusat membeli-belah yang bukan saja membekalkan makanan halal dan keperluan penggunaan harian untuk masyarakat setempat, malah juga bertindak sebagai gerbang produk halal wilayah ASEAN.


              Konsert Agungnya Cinta (KAC2022)



              Sebagai satu nilai tambah kepada inisiatif ini, sebuah konsert makan malam dengan pengisian yang dinamakan Konsert Agungnya Cinta : Menyusuri Sirah Baginda akan dianjurkan khas untuk meraikan para penyumbang. 

              Dalam konsert ini, riwayat hidup Rasulullah akan diceritakan semula dalam bentuk tazkirah oleh Ustaz Don Daniyal dan Imam Muda Megat Mohd Zaid, diselang-selikan dengan alunan 
              nasyid tentang kehidupan dan perjuangan Baginda oleh kumpulan Raihan, UNIC, Mirwanaserta Naim Daniel, di samping persembahan sketsa oleh Man Raja Lawak dan dendangan syair tradisi oleh Galuh Cendra Kirana







              Berikut adalah butiran konsert tersebut:

              Nama : Konsert Agungnya Cinta
              Tarikh : 30 Disember 2022
              Masa : 8.00 – 11.30 malam
              Lokasi : Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur


              Sebagai memenuhi permintaan para peminat hiburan Islamik, konsert ini juga akan disiarkan secara langsung atas talian.

              Sumbangan untuk inisiatif Agungnya Cinta boleh dibuat menerusi laman sesawang : https://kac.amv.events
              sama ada mengikut pakej yang telah ditawarkan atau sebarang jumlah bebas mengikut kemampuan.





              #KonsertAgungnyaCinta
              #AgungnyaCinta
              #InisiatifDanaAmal
              #YayasanUNITI #AfocusMediaVentures
              #Feet4Life #1Keluarga1Graduan
              #TuisyenPercuma 
              #WaqafTunaiASEANMall

              8 ulasan:

              1. oh can buy tickets to watch. Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur is near to me so can go

                BalasPadam
              2. Kita boleh sumbang dalam banyak cara kan kak. Berlumba untuk buat amal jariah, mana yg ada kita cuba demi mendalami erti perkongsian. Btw tertarik nak join .. harap date tu Sal free

                BalasPadam
              3. Bagus buat konsert macam ni. Artis pun semua best. Semoga dapat bantu mereka yang memerlukan.

                BalasPadam
              4. 31 Disember 2022 di Sime Darby memang waktu yang sesuai kak. Kelainan dalam menyambut New Year, kita manfaatkan dengan program bermanfaat.

                BalasPadam
              5. That is a nice way to raise funding with concert, wishing it a great success. Cheers Siennylovesdrawing

                BalasPadam
              6. wahhhh konsert yang sangat dinantikan... lokasi kat sime darby nampak sangat esklusif

                BalasPadam
              7. Thanks for sharing this, bagus juga concert macam ni and artis pun best

                BalasPadam
              8. such a beautiful name for such a wonderful initiative. cannot wait to hear more about the results in the future!

                BalasPadam

              Thak You For Your Comment