BENAN ISLAND RESORT, LINGGA, KEPULAUAN RIAU, INDONESIA DESTINASI PERCUTIAN YANG INDAH PERLU ANDA DILAWATI - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Selasa, 5 September 2023

BENAN ISLAND RESORT, LINGGA, KEPULAUAN RIAU, INDONESIA DESTINASI PERCUTIAN YANG INDAH PERLU ANDA DILAWATI




Terpegun melihat keindahan sebuah pulau yang terbentang indah dengan kebiruan air laut, dihiasi dengan Butiran pasir yang memutih dan hamparan kebiruan langit yang bagai kan lukisan di canvas.  Haaaa.... gitu..!!! 

Okaylah Seri Wangi nak bercerita destinasi kami yang terakhir iaitu Benan Island Resort,  yang terletak di Kabupaten Lingga, Kepulauan Riau.


Pengalaman Seri Wangi sepanjang perjalanan kami untuk ke Pulau Benan ini memanglah sangat mencabar dan meletihkan juga yang tidak biasa dan tidak pernah bercuti di sini,  namun apabila anda telah menjejak kaki di Pulau Benan ini pastinya anda akan tersenyum lebar,  penat pun akan hilang tiba-tiba bila melihat keindahan pantai nya.  


Untuk makluman anda perjalanan untuk ke Pulau Benan mengambil masa sekitar 45 minit dari Jeti Jambatan Enam Barelang,  Batam dengan menaiki bot laju ke Jeti Labun kemudian anda akan menaiki kenderaan Tuk Tuk,  ramai-ramai duduk di belakang,  satu pengalaman yang menarik dan mengambil masa dalam 5 minit perjalanan dari Jeti Labun ke Benan Island Resort. 








Haaa... best jugak sekali sekali kena duduk kat belakang ramai-ramai dengan Jalan yang tidak rata dan dapat melihat suasana kampung yang banyak tanaman pokok-pokok kelapa. Bila sampai sahaja di depan pintu masuk Benan Island Resort,  kami turun ambil gambar dulu sebelum masuk ke dalam untuk melihat pamandangan sekelilingnya..memang cantik,  nyaman dan tenang. Bila dah puas hati barulah boleh masuk. 




Bila dah ramai-berkumpul di pindok comel,  kami dijamu dengan minuman air kelapa muda,  memang sedap sangat,  hilang dahaga dan makan tengahari yang menyelerakan lagi pun semua dah kelaparan.. haaa!! 






Bila semua dan kenyang,  tiba masanya untuk check-in bilik masing-masing. Di Benan Island Resort anda akan diberi 2 pilihan,  sama ada hendak bermalam di Villa Rumah Kayu ataupun di Glamping site.  Sememangnya kedua-duanya sangat menarik tapi kami yang perempuannya diberi bermalam di villa rumah kayu,  macam duk rumah kampung gitu...dan yang lelaki ya bermalam di khemah Glamping yang mana bilik airnya di luar. 

Villa Rumah Kayu







Seri Wangi memang suka dengan bilik rumah kayu traditional macam ni,  sama seperti rumah  kampung yang mempunyai tingkap dan pintu berselak,  memang kuat bunyinya masa hendak tutup pintu.  Biliknya kemas,  bersih dan selesa serta biliknya luas dan disediakan juga tuala mandi,  sabun dan ubat gigi.  
Setiap villa kayu ini diberi nama,  macam rumah yang Seri Wangi duduk namanya Kapur. Kemudahan sangat memuaskan siap ada minuman seperti air mineral dan mi cup,  plug,  kipas dan dll kecuali WiFi,  kat sini memang susah nak dapat line internet. 



Glamping Site


Bagi yang sukakan adventure dan ingin merasakan suasana nyaman dengan mendengar desiran ombak malam,  bolehlah anda bermalam di Glamping,  siap dengan kemudahan disediakan kecuali bilik airnya di luar.  Seri Wangi ingin juga rasakan suasana begitu bila berada dalam khemah ni,  luas dan selesa sekali. 





Jom ikut Seri Wangi melihat di sekeliling Benan Island Resort yang indah ini,  memang tidak puas rasanya hanya bermalam 1 malam sahaja sebab banyak lagi tempat-tempat yang menarik kami tidak sempat jelajahi. 











Memang luas kawasan Pulau Benan ini, kalau anda nak tau di sini pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan semasa bercuti dengan family,  kawan-kawan dan juga untuk yang nak berhoneymoon.  Rasanya anda tidak akan rasa boring bila berada di sini.  Beriadah dengan menaiki basikal,  keliling kampung,  berkayak,  berenang, snorkeling melakukan aktiviti permainan hari keluarga dan mandi manda serta juga aktiviti pantai dan Sukan air. Bagi yang kaki karaoke mesti happy sebab anda boleh bersantai di waktu petang pekena kopi pekat sambil melihat kebiruan air laut dan malamnnya boleh berkaraoke di teratak kayu tepi pantai. 
















Dah puas jalan-jalan sekitar Resort,  ada satu lagi tempat menarik iaiti hutan bakau yang cantik pemandangannya. Anda akan dapat melihat sunset di Pelantar yang ada jaring,  melalui lalu jambatan kayu sambil melihat keindahan pandan dan hutan bakau. Memang serius cantik view di sekeling laut yang membiru. Kalau korang berani bolehlah mencuba berbaring di jaring tapi kena berani... don't worry jaring tu kuat jugak.. haaaa!! Kalau jatuh pun masuk kat laut jer!! 














Bab makan memang Seri Wangi tak sabar hendak tunggu sebab akan dijamu dengan makan seafood  Wah... memang sedap bila tengok menu-menu yang dihidangkan iaitu kekapis dan siput gonggong serta lain-lain lagi. Sesekali dapat makan siput gonggong tu memang sedap padahal sebelum tak reti makan,  kalau anda nak tau ianya bagus untuk orang lelaki. 







Happening sangat and enjoy dijamu dengan hidangan makanan laut yang sedap,  esok dah nak balik,  next time ada umur panjang mybe dapat datang lagi ke Benan Island Resort (BIR). Seri Wangi nak ucapankan terima kasih kepada owner Benan Island Resort di atas layanan mesra mereka.



Untuk maklumat lanjut tentang Benan Island Resort (BIR) layari

FACEBOOK

INSTAGRAM

Telefon: +62 822 1115 8899


@batamtourismpromotionboard
@favehotelnagoyabatam 
@astonnagoya  @benanislandresort


#benanislandresort
#batamkampongfoodfiesta2022
#INDONESIA #Wonderfulindonesia
#batam #batamtourism #batamtourismboard #batamtourismpromotionboard #pesonaindonesia #wonderfulindonesia #wonderfulriauislands #wonderfulbatam #indonesia #indonesiatourism
#favehotel #favehotelnagoyabatam #astonnagoya #nagoyatamrincity #culinary #food #fiesta #kampung #travel #travelbloggerlife


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment