MOH RONDA MARAN - Rasai Keenakan Pizza Maran Mia Ghafar Bakery & Cafe Dari Harga RM5 - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 8 April 2022

MOH RONDA MARAN - Rasai Keenakan Pizza Maran Mia Ghafar Bakery & Cafe Dari Harga RM5

 


Jika anda ronda-ronda ke Maran dan ingin mencari tempat makan yang sedap dan lazat, bolehlah anda singgah menjamu selera makan pizza jika tidak mahu makan berat-berat. Jangan ingat di Maran tidak ada restoren Pizza tapi bulan restoren pizza yang biasa kita pergi makan. Tapi kali Seri Wangi hendak membawa anda ke restoren a pizza Maran dimiliki oleh peniaga bumiputra iaitu Puan Zalmiah Binti Abd Ghafar (Mia Ghafar). Selain beliau memiliki Restoren Pizza Maran, beliau juga membuka Pizza Maran Frozen yang mana pizza frozen tersebut boleh dipos kepada pelangganya ke seluruh negeri kecuali Sabah/Sarawak.


PIZZA MARAN


Percaya tak kalau Seri Wangi kata pizza Maran ni hanya berharga dari RM5 dan sedap pulak rasanya dan mempunyai pilihan pelbagai flavor seperti Perisa sambal Petai Tempoyak, Pizza 2 musim -size small 6 inci-(Cheezy+BBQ), Pizza Sambal Hitam + Beef Pepperoni dan pelbagai perisa. Restoren Pizza Maran terletak di Anjung Selera Taman Tasik Maran


Puan Zalmiah Binti Abd Ghafar 


Selain dari pizza, terdapat juga menu-menu lain yang dihidangkan, memang sangat sedap semua menu-menu yang dihidangkan semasa dinner malam itu. Seri Wangi paling suka makan pizza perisa sambal Petai Tempoyak, hanya di Maran saja yang ada, tak taulah kalau di tempat lain ada dijual. 




Di Pizza Maran anda boleh memilih jenis pizza yang anda gemar seperti:

☑️Pizza Ala Carte
☑️Pizza Combo
☑️Korean pun Ada








Di antaranya Pizza Pencita cheese, Pizza Classic dan Pizza Kanak-kanak - Tak Pedas). Pizza yang  sentiasa mendapat permintaan ialah Perisa sambal Petai Tempoyak, Pizza 2 musim (Cheezy+BBQ) dan Pizza Sambal Hitam + Beef Pepperoni. Seri Wangi sangat suka semua tersebut, rasa sedap dan lembut. Pizza Maran juga menyediakan perkhidmatan penghantaran pizza frozen ke seluruh negeri kecuali Sabah/Sarak. 



PIZZA MARAN FROZEN


Untuk maklumat semua selain Pizza Maran, pemiliknya  iaitu Puan Zalmiah Binti Abd Ghafar (Mia Ghafar) juga memiliki outlet Pizza Mara Frozen yang mana ianya menyediakan penghantaran pizza sejuk beku yang akan diposkan ke seluruh negeri kecuali Sabah/Sarawak atas permintaan pelangganya. Seri Wangi sangat kagum bahawa pizza Maran homemade ini sangat berkualiti dan bersih pembuatannya. 


Seri Wangi sendiri berpeluang dapat melihat cara pembuatan pizza Maran frozen yang menitikberatkan kualiti dan kebersihan ketika menyediakan pizza tersebut. Dari mula menguli doh, membakar, topping dan pembungkusan pizza frozen utk delivery di sekitar Maran dan juga pengeposan kepada pelanggannya di lain-lain Negeri. 








Setelah tepung doh diuli dan dicanai leper, mengikut size yang dikehendaki sebelum Dibajar. Kemudian doh tersebut sedia untuk dimasukkan ke dalam oven khas untuk di kembangkan selama 30min dan dibakar serta disejukkan sebelum proses topping dilakukan untuk proses pembungkusan dan penghantaran. 







Penyediaan Topping Pizza


Untuk penyediaan topping pizza mengikut saiz dan perisa, Pizza-pizza yang telah Dibakar dan disejukkan akan melalui proses penyediaan topping sebelum dibungkus untuk penghantaran. Bahan-bahan untuk topping adalah mengikut perisa yang diorder. 









Berikut adalah pizza-pizza yang telah siap di taburkan topping mengikut saiz, perisa pizza dan dibakar untuk dihidangkan kepada pelanggannya. Seri Wangi tengok pun dah mula rasa lapar bila bau aromanya yang menambah tekak dan tidak sabar menunggunya.  Lihat cara penyediaan ya di disini: https://vt.tiktok.com/ZSdMX8B3N/






Kalau nak tau penyediaan pizza Maran Hanya 5 minit sahaja dah boleh dihidangkan kepada pelanggan. Untuk Set combo A frozen ni boleh tahan selama 3 bulan  dalam freezer. Pizza Maran yang paling digemari oleh pelanggan:

1. Perisa sambal Petai Tempoyak, -size Medium 9 inci RM15

2. Pizza 2 musim -size small 6 inci-

(Cheezy+BBQ) : RM5

3. Pizza Sambal Hitam + Beef Pepperoni (Large:12 inci) RM20






Hmmmm.... memang menggoda betul Pizza Maran ni, selain itu terdapat juga lain-lain menu yang dihidangkan, semuanya sedap dan lazat. Seri Wangi rekomenkan kepada anda jika ke Maran bolehlah singgah makan di Oulet Pizza Maran. Baca juga: nikmati masakan ikan sungai yang enak



Untuk maklumat lanjut dan tempahan


FACEBOO

https://www.facebook.com/PizzaMaran


INSTAGRAM

https://instagram.com/pizza_maran

TIK TOK

https://vt.tiktok.com/ZSdMXCBAt


ALAMAT

Pizza Maran

Kedai No 9,Gerai Anjung Selera.
(Bangunan Depan KFC & DIY Maran)

Taman Tasik Maran

Tel:

http://www.wasap.my/+60185784856/nakorderpizzamaran (Mia)



#Pizzamaran. #Pizzamaranfrozen #pizzaviral  #pizzamampumilik  #maranbandarsejahtera #mohrondamaran

#maranunlimited.com

#maranbandarsejahtera

#mohrondamaran #wonderfulmaran

#maranunlimited

#tourismpahang #tourismmaran

13 ulasan:

  1. Nampak menarik pizzanya tu. Banyak juga pilihannya. Paling bangga sebab kalau muslim yang hasilkan, insya allah halalan toyyiban. Kalau turun sana pasti singgah. Nak rasa juga kesedapannya.

    BalasPadam
  2. Nyumss nampak sedap ya! Nanti kalau ke area sana boleh cuba Pizza Maran ni :)

    BalasPadam
  3. Wowo ...love the many varieties of the pizzasss, also the spaghetti ๐Ÿ๐Ÿ so so tasty good. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  4. Wah. Isinya meriah tapi harganya RM5 sahaja? Kena try nie. Nanti nak ajak kengkawan terjah la jika ada kelapangan.

    BalasPadam
  5. Interesting restaurant to dine at. Love their theme and concept. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  6. Tak sangka ada Pizza Maran ni. Harga RM5 ni kira sangat murah ni. Nanti nak terjah dan try juga la.

    BalasPadam
  7. Uishhh menarik tgok menu kat sini lagi2 pizza buat sendiri tu... Serius la kak harga RM5... Kena try ni

    BalasPadam
  8. wah kalau ke sini. bolehlah cuba bila ke mAran.. yg best homemade

    BalasPadam
  9. Wahhh, serious la RM5! Kalau ke Maran, confirm kena cari pizza ni la! Siap ada yang frozen boleh pos seluruh Semenanjung kan! Boleh try ni!

    BalasPadam
  10. This looks absolutely delicious! I am sure the whole family will enjoy makan2 at this restaurant at any time of the day.

    BalasPadam
  11. Nampak gebu lembut pizzanya, macam-macam juga ada yaaa.. kalau Saya tu habis dah memborong pizza frozen tu..

    BalasPadam
  12. Nampak gaya macam kena cuba pizza Maran ni hehehe sebab homemade sangat best jiga yang rare mcm ni kan hehehe.. nanti lah kita balik kg pergi cuba...

    BalasPadam
  13. Murahnya pizza dia, RM5 je. Walaupun nampak comel je, tapi ni mesti sedap sebab homemade. Berbaloi dengan saiz dan perasa yang ditawarkan.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment