MOH RONDA MARAN - Mengenali Felda Kampung New Zealand - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 18 April 2022

MOH RONDA MARAN - Mengenali Felda Kampung New Zealand

 


Akhirnya sampai juga Seri Wangi ke sebuah kampung yang mempunyai nama unik iaitu Kampung Felda New Zealand.  Di dalam fikiran sebelum sampai ke destinasi yang dituju Seri Wangi bayangkan tentu tempatnya cantik dan indah seperti New Zealand walaupun kita tahu tentulah tidak bersalji seperti di New Zealand. Dalam hati sememangnya mahu tahu lebih mendalam bagaimana tempat ini mendapat nama Kampung New Zealand. Pembaca Seri Wangi pun tentu hendak tahu bukan? 



Nampak tak pintu gerbang Felda Kampung New Zealand? Haaaa.. Itulah tempat yang sebenarnya hanyalah sebuah tanah rancangan Felda sama seperti tanah-tanah rancangan yang lain, pekerjaan dan penanaman kelapa sawit. Kalau anda hendak tahu sejarah bagaimana tempat ini mendapat nama Felda Kampung New Zealand. Seri Wangi pun hendak tahu sebenarnya. Apabila kami diberi penerangan oleh barulah kami semua faham sejarah perjalanan  Felda Kampung New Zealand. 



Untuk pengetuan anda semua Felda Kampung New Zealand ini terletak 15 KM dari Maran menghala ke Kuantan. Perkampungan ini sewaktu dijadikan tanah rancangan (FELDA) mendapat bantuan dari kerajaan New Zealand. Rancanmgan ini merupakan antara tanah rancangan FELDA yang tertua di Malaysia selepas Lurah Bilut. Luas rancangan ini ialah 2 500 ekar termasuklah 1660 ekar telah ditanam getah. Pada 1960, getah telah ditanam dan mula mengeluarkan hasil pada tahun 1967/68. Pada 1963, peneroka mula masuk rancangan.










Sumbangan pembukaan tanah rancangan disalurkan melalui kedutaan New Zealand di Kuala Lumpur. Atas dasar sumbangan dan bantuan inilah perkampungan ini dinamakan Kampung New Zealand. 

Namun begitu, ada satu versi cerita lain yang mengatakan perkampungan ini dibuka oleh orang asli Maori yang berasal dari New Zealand. Di antara dua versi cerita lisan ini, paling banyak didengari adalah versi pertama. Kalau benar versi kedua, pastinya ada keturunan Maori di kampung ini.



PM Malaysia ketika tu ialah Dato Seri Najib Tun Razak  bersalaman dengan juru ukur terawal bagi pelan pembukaan tanah Felda Kg New Zealand. 

Kalau anda hendak tahu bahawa  Felda ini sama seperti tanah-tanah rancangan lain. Suasana perkampungan “standard” seperti tanah-tanah felda lain juga. Tidak ada sebarang keistimewaan atau keunikan lain kecuali namanya sahaja. 

Kerajaan New Zealand telah menghantar dua orang pegawai sukarela bekerja dalam rancangan ini sebagai tanda kerjasama. Seorang daripadanya merupakan jururawat terlatih manakala seorang lagibertindak mengatur kerja dalam menjayakan usaha memelihara ikan air tawar.






Rancangan ini terbahagi kepada 2 peringkat penempatan penduduk yang setiap peringkat mempunyai Blok. Peringkat pertama (Blok A-D) dibuka pada tahun 1960/61, manakala peringkat 2 pada tahun 1963/64. Kini, semua ladang getah telah ditanam semula dan diganti dengan tanaman sawit keseluruhannya. 


Seri Wangi gembira apabila dapat mendengar sendiri penerangan tentang Felda Kg New Zealand dari pihak pengurusan kampung ini termasuk Guru Besar SK Ulu Luit Cikgu Jasmi, Tok Penghulu dan beberapa orang JKKK dan yang paling Seri Wangi bangga masih ada peneroka asal yang masih tinggal adalah lima orang. 




Pelbagai perancangan yang mereka rancangkan untuk  menambah baik pelan kemajuan penduduk Felda Kg New Zealand terutamanya Belia-Belia Felda, pengusahaan tani, produk kampung seperti sambal hitam dan pelbagai lagi. 







Begitulah maklumat sejarah Felda Kg New Zealand yang terkenal dengan namanya di Maran, kalau nak tau lebih lanjut anda boleh baca di sini: 

Kredit gambar: Facebook Feldaku Gemilang





#feldakgnewzealand
#maranbandarsejahtera
#mohrondamaran
#maranunlimited.com
#maranbandarsejahtera
#mohrondamaran #wonderfulmaran
#maranunlimited
#tourismpahang #tourismmaran
#pelanconganmalaysia
#pelanconganmaran
#travelblogger #malaysiablongger




15 ulasan:

  1. teringin nak melawat ke kg ini.

    BalasPadam
  2. Blh jer pg tp xde apa2 cuma Felda mcm tpt lain jgk

    BalasPadam
  3. Ooo. Itu sejarahnya nama Kampung Felda New Zealand nie. Menarik gak kalau ada keturunan Maori kat sini kan

    BalasPadam
  4. Begitu rupanya dapat nama. Kalau menghala ke Kuantan selalu nampak Felda New Zealand nih sebelah highway. Banyak sejarahnya rupanya ya.

    BalasPadam
  5. I thought you say New Zealand so you visit there. oh we have Kampung Felda New Zealand here! I don't know about this village so I think some New Zealand ppl come to stay and enjoy their 2nd home... So your post is very informative! Thanks

    BalasPadam
  6. Menarik sangat. Pernah juga dengar nama felda ni tapi xtahu mana dapat nama nz tu kan. Now dah tahu ;)

    BalasPadam
  7. camtek sangat kg new zealand ni.. suka kita tengok.. and mmg kg ni popular kan

    BalasPadam
  8. tak pernah pegi belah Maran lagi. bolehlah jalan-jalan sana nanti

    BalasPadam
  9. First time iena dengar nama tempat felda kampung new Zealand ni🥰😊 banyak sejarahnya rupanya ya. Baru tau. Good sharing

    BalasPadam
  10. nice sharing, baru tahu asal usul nama kampung ni. memang rare, pernah lalu sini sekali dua..

    BalasPadam
  11. First time nadia dengar nama Felda ini. Rindu pula kampung saya dekat Perak :(

    BalasPadam
  12. Menarik juga ada kampung New Zealand ni. Thanks for sharing some of the history about Kampung ni kan! Good to know bah’

    BalasPadam
  13. Wahhh tempat bersejarah ni. Beruntung akak dapat pergi. Banyak perkara nostalgia berlaku. Patutlah nama kampung tu Kampung New Zealand.

    BalasPadam
  14. Uih, kalau datang sini boleh la claim kita pernah ke New Zealand kan. Haha

    BalasPadam
  15. thanks for sharing this interesting article! never knew this place existed and now i simply cant wait to see it!

    BalasPadam

Thak You For Your Comment