MAJLIS ANUGERAH PILIHAN PENGGUNA (CCA) OLEH MTPN SELANGOR - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 25 Mac 2022

MAJLIS ANUGERAH PILIHAN PENGGUNA (CCA) OLEH MTPN SELANGOR

 

Anugerah Pilihan Pengguna (CCA) 2021-2022 telah diadakan di Hotel Le Meridian Putrajaya. Acara penganugerahan ini turut dihadiri Tetamu Kehormat Y.B. Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, Pengerusi Tetap Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor.


Seperti CCA sebelumnya, para pemenang anugerah ini telah melalui penelitian tiga peringkat oleh MTPN Selangor bagi memastikan mereka betul-betul layak. Daripada 213 calon, hanya 66 yang menerima pengiktirafan ini dengan membawa pulang trofi CCA sebagai bukti pencapaian cemerlang mereka di dalam industri yang diceburi. YDP MTPN Selangor, Dato’ Dr. Gavin Voon, percaya bahawa dengan mengiktiraf syarikat-syarikat ini, ianya mampu meningkatkan daya saing di samping mengembangkan pertumbuhan ekonomi tempatan, terutama sekali di dalammenangani kesan pandemik COVID-19. Selain daripada peneraju-peneraju industri, MTPN Selangor turut memberi pengiktirafan kepada beberapa organisasi yang telah berbakti kepada masyarakat melalui pelbagai aktiviti CSR sepanjang tahun sambil mengambil iktibar bahawa negara telah banyak menghadapi halangan dan cabaran ditahun-tahun sebelumnya.





Hubungan positif di antara peniaga dan pengguna merupakan tunjang kepada MTPN. Ini merupakan sebab utama MTPN menasihati orang awam untuk mengutamakan kejujuran dan integriti semasa memberi perkhidmatan kepada pengguna. Para penerima anugerah CCA ditekankan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dansah kepada para pengguna yang khuatir tentang kredibiliti sesebuah perkhidmatan.


Justeru, inisiatif oleh MTPN Selangor ini bertujuan untuk menggalakkan para peniaga untuk beroperasi menggunakan sistem perniagaan yang sah melalui program “Idenfic” yang diperkenalkan oleh MTPN. Program ini bertujuan untuk mengutamakan kredibiliti, kepercayaan dan pengiktirafan bagi peniaga dan pengguna.


 

Dato’ Gavin berkata, “Bertujuan untuk megiktiraf integriti, kejujuran dan professionalism di dalam memberikan perkhidmatan kepada pengguna, MTPN Selangor telah menganjurkan CCA bagi mencapai matlamat ini. Pengiktirafan ini diberikan kepadabsyarikat-syarikat yang membuktikan usaha cemerlang mereka di dalam hal Ehwal pengguna dan perniagaan”.


Y.B Tuan Mohd Zawawi menjelaskan pandangan beliau dengan berkata, “Perkara yangmenarik perhatian saya adalah visi MTPN yang selari dengan misi Kerajaan Selangor yakni ‘Melestarikan Pembangunan dan Kemakmuran Simetri, Pintar dan Peduli Rakyat’.Dengan ini, saya ingin melibatkan diri dengan memberi sokongan kepada MTPN Selangor dengan harapan perniagaan-perniagaan di Selangor akan terus maju”.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment