LKE HYDROPONIC FARM PENERAJU CONTOH AGRIKULTUR MODEN & AMALAN INOVASI HIJAU - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 26 Mac 2022

LKE HYDROPONIC FARM PENERAJU CONTOH AGRIKULTUR MODEN & AMALAN INOVASI HIJAU




Sekali sekala kita berkunjung melihat tanaman-tanaman segar menghijau  dan buah-buahan yang masak berjuntai dan  yang pasti memukau mata memandang.

Seri Wangi pertama kali dapat berkunjung ke LKE Hydroponic Farm iaiti LKE Green Tech Farm yang terletak di Machias, Bentong, Pahang.



LKE Hydroponic Farm merupakan sebahagian daripada LKE Group Sdn. Bhd. yang merangkumi tanah seluas 200 ekar, bersedia untuk menerima pengunjung tempatan dan antarabangsa melalui ekopelancongan.


LKE Group Sdn. Bhd. melancarkan perasmian LKE Hydroponic Farm sebagai kebun pelancongan eko yang pertama di Bentong yang memanfaatkan sistem hidroponik secara efektif untuk penghasilan tanaman segar demi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara serta menetapkan penanda aras kepada pemain-pemain industri seluruh negara dalam Amalan Inovasi Hijau. Perasmian ini turut disaksikan oleh Timbalan Pengarah Kanan Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Pn. Rosnah Mustafah.




Ditubuhkan sebagai sebuah fasiliti persendirian sejak 3 tahun lalu, LKE Hydroponic Farm yang seluas 1.5 ekar merupakan sebahagian daripada 200 ekar yang dimiliki oleh LKE Group Sdn. Bhd. termasuk LKE Musang Queen, LKE Hydroponic Farm, LKE Bio Ginger Farm, LKE Swiflet Farming, LKE Palm Oil Plantation dan LKE Natural Rubber. Kebun hidroponik ini menggunakan teknik penanaman tanpa tanah untuk menghasilkan tanaman dengan kaedah yang lebih mesra alam. Sistem hidroponik menggunakan air sebagai asas untuk bercucuk tanam, namun ianya menggunakan kurang dari 80 – 90 peratus air berbanding dengan kaedah penanaman tradisional. Ia menghasilkan tanaman yang lebih sihat dan berkhasiat dengan penggunaan racun serangga yang minimum. Ini dapat dicapai dengan membekalkan nutrien yang secukupnya melalui kawalan suplemen di dalam air yang digunakan.







Bercucuk tanam di dalam persekitaran yang terkawal di mana suhu dan kelembapan dipantau secara berkala, penuaian tidak lagi bergantung kepada musim menuai, membolehkan tanaman-tanaman bermusim ditanam sepanjang tahun. Teknik penanaman hidroponik juga membolehkan kepadatan tanaman yang lebih tinggi disebabkan ruang akar yang lebih luas, tidak dihadkan oleh tanah dan tanaman tidak perlu bersaing untuk air. Selain itu, tanaman yang ditanam dengan kaedah ini juga mampu mencapai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi, iaitu dua kali ganda berbanding dengan kaedah tradisional. Maka, potensi hasil dapat ditingkatkan, membolehkan para pengusaha tanaman menghasilkan tanaman dalam kuantiti yang lebih besar sepanjang tahun, sambil menjaga integriti ekologi tanah.


Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan LKE Group Sdn. Bhd., En. Jeremy Chin berkata, “Walaupun kami mengalami kesukaran semasa peringkat awal akibat pandemik, kini kami bersedia untuk menjemput para pengunjung dari seluruh dunia apabila Malaysia membuka pintu sempadan nanti. Kerja-kerja yang kami jalankan di sini adalah penting untuk pertumbuhan industri pertanian di Malaysia, juga untuk ekosistem bumi. Jadi, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain-pemain industri untuk menggunakan amalan-amalan inovatif yang mampu meningkatkan kecekapan dan produktiviti untuk hasil yang lebih baik, berdasarkan pendekatan saintifik. Dengan itu, ekonomi Malaysia akan berkembang secara signifikan dan kita lebih dekat untuk memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan menjelang 2030.”.













LKE Hydroponic Farm juga menjadi tarikan ekopelancongan yang sesuai kepada pelancong tempatan dan antarabangsa untuk menikmati pengalaman pertanian masa depan dan mendidik kanak-kanak tentang amalan-amalan kelestarian untuk menjaga Bumi. Para pengunjung akan membuat lawatan di seluruh fasiliti sambil dibawa oleh atendan yang terlatih, supaya maklumat-maklumat tentang sistem hidroponik dapat disampaikan secara menyeluruh. Selain itu, para pengunjung juga dapat menikmati pelbagai hidangan istimewa yang disediakan daripada hasil tanaman kebun tersebut.






Timbalan Pengarah Kanan Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Pn. Rosnah Mustafah berkata, “Saya amat bangga melihat rakyat Malaysia mengambil inisiatif untuk menjaga Bumi kita dan memastikan kehidupan yang lestari untuk generasi akan datang. LKE Hydroponic Farm ini sudah pasti menetapkan penanda aras dalam industri pertanian di Malaysia dan ianya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti pendidikan yang menghiburkan (edutainment), sesuai untuk golongan kanak-kanak dan dewasa. Selain itu, LKE Group Sdn. Bhd. juga menawarkan pelbagai kemudahan di tanah yang seluas 200 ekar ini, di mana ianya dapat menarik perhatian para pelancong dari dalam dan luar negara serta meningkatkan sektor ekopelancongan di Malaysia.”.



Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari


WEBSITE

https://www.lkegroup.com.my/lke-hydroponic-farms/


FACEBOOK

https://www.facebook.com/LKE-Green-Tech





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment