Mira Filzah dah lawa luaran tapi cantik...... - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 9 September 2020

Mira Filzah dah lawa luaran tapi cantik......

 

Tidak hanya dikurniakan rupa paras cantik, berbakat dan santun, artis popular Mira Filzah juga harus diakui antara wanita yang pintar atau boleh disebut sebagai ‘beauty with brain’.
Diusianya kini 27 tahun dan baru saja melangsungkan perkahwinan dengan arjuna hati, Wan Emir Astar, Mira boleh dilihat sebagai golongan seni yang memiliki segala-galanya.

Bagai tampak sempurna perjalanannya memilih haluan seni sekitar tahun 2013 juga membuahkan hasil. Berjaya mencipta pengaruh dan impak tersendiri, si cantik kelahiran Ipoh Perak ini mempunya pesona dan aura yang bukan calang calang.

Pemilik nama penuh  Nur Amirah Filzah  Badioezaman ini pernah menjadi pelajar cemerlang menerusi peperiksaan SPM pada tahun 2010. Jadi dengan apa yang diraih selebriti bertudung itu, tidak hairan dia dilantik menjadi duta dan ikon PTTI selaku pusat peningkatan akademi yang memberi fokus membantu pelajar SIjil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat keputusan cemerlang sejak awal tahun ini
“Kolaborasi PTTI dan Mira ini secara jelas mendokong aspirasi yang mahu membantu lebih ramai pelajar berjaya mendapatkan keputusan terbaik untuk SPM.
“Kejayaan cemerlangnya dalam akademik sebelum ini selain posisinya sebagai ikon PTTI juga jelas memberi signifikan bahawa dengan usaha gigih dan ‘smart’ menelaah pelajaran, kejayaan itu pasti mengekori di hadapan kelak.
“Malah Mira dan PTTI juga optimis nak membantu lebih ramai lagi calon SPM mencipta kejayaan. Mira selama ini iuga terus berperanan menyuntik semangat untuk pelajar lebih fokus dengan hal akademik,” kata Cikgu Fana yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PTTI Group Sdn Bhd.
Kata Cikgu Fana lagi atau nama sebenarnya  Siti Farhana Abu Osman, PTTI dan Mira sendiri percaya sesuatu perkara bermanfaat itu wajar dikongsi untuk semua terutama bakal calon SPM.

“Nilai sebuah kehidupan manusia itu tak bererti jika tidak memberi manfaat kepada orang lain. Khusus juga dalam hal akademik, manfaat yang diperoleh patut disebarkan,” katanya.
Cikgu Fana juga berpandangan Mira dilihat perlambangan tepat yang mampu memberi inspirasi kepada semua golongan termasuk pelajar.
“Perkahwinannya baru-baru ini juga tular. Ada saja cerita perkahwinannya yang dikongsi di media sosial. Pendek kata, Mira mempunyai aura dan impak besar. Lalu dengan kejayaan diraihnya sewaktu belajar dan menduduki SPM hingga kini menempa nama sebagai anak seni, kita turut mahu lebih ramai lagi pelajar SPM berjaya sepertinya.
“Kita mahu lebih banyak kisah kejayaan SPM diraih kelak tular juga. Tanpa sedar figura seni terkenal ini memberi inspirasi kepada ramai golongan. Peranannya sebagai ikon PTTI juga banyak memberi aspirasi, inspirasi dan cetusan semangat kepada ramai pelajar.
“Dengan apa yang dilalui dan dicapainya kini, dia boleh dianggap sebagai wanita berjaya. Tanpa perlu terlalu beriya-iya nak kelaskan dia sebagai itu ini mahupun menyebut dirinya selaku individu yang banyak memberi inspirasi dan simbolik semangat, kita memang tahu dirinya cukup menginspirasikan ramai,” kata Cikgu Fana lagi.
PTTI yang ditubuhkan sekitar tahun 2016 sudah berjaya melahirkan lebih 100,000 orang pelajar lulusan SPM dengan keputusan cemerlang hingga tahun lalu.
“Ketika ini kami ada 25 tenaga pengajar di PTTI. Menerusi formula kepakaran yang ada beserta formula dan teknik berkesan membimbing pelajar, kami sentiasa optimis membantu mereka yang akan berdepan dengan SPM.
“Formula dan teknik itu termasuk memberi bimbingan calon SPM untuk memahami langkah demi langkah terhadap sesuatu konsep ilmu dengan cepat, menguasai topik dengan mudah dan menghafal dengan senang. Tak ketinggalan memahami teknik khas untuk skor dalam peperiksaan
“Perjuangan dan misi PTTI mahu lebih ramai pelajar SPM terutamanya bangsa Melayu skor dalam SPM. Kami percaya setiap pelajar ada potensi untuk berjaya dan kami boleh bantu menjadikan ia kenyataan.
“Kehadiran Mira sebagai ikon PTTI juga menjadi nilai tambah kepada visi dan misi yang ingin dicapai,” katanya.
Sekalipun tahun ini, Malaysia diuji dengan pandemik Covid 19 hingga sesi persekolahan terbantut beberapa bulan,  perjuangan menempuhi SPM tetap diteruskan.Tinggal sekitar tiga bulan lagi peperiksaan SPM akan menjelma yang dijadualkan pada 6 Januari 2020. Peperiksaan percubaan SPM pula dijangka berlangsung Oktober depan.

Lalu, PTTI dengan berbesar hati  serta komited mahu membantu serta membuka tawaran secara terhad kepada hanya 3000 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM di seluruh Malaysia untuk menyertai seminar Last Ultra 100% pada 26 dan 27 September ini.Bimbingan persediaan secara dalam talian ini dibuka berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

“Jadi kalau nak berjaya dan jadi seperti Mira Filzah yang pernah menjadi pelajar cemerlang SPM, inilah masa untuk mendaftar secara percuma. Tak perlu bazir masa lagi, tapi ambillah peluang untuk mencipta kecemerlangan dalam SPM kali ini.
“Ini juga usaha kami di PTTI intuk membantu lebih ramai calon SPM tanpa mengira aliran apa sekalipun yang terkesan akibat pandemik melanda dunia. Alhamdulillah selama ini kami sudah berjaya membantu ramai calon SPM dan usaha itu tak pernah terhenti.
“Masa juga kian mencemburui bakal calon SPM. Alhamdulillah  sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa dari Mac lalu hingga kini ke fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, PTTI sudah bantu lebih 20000 calon SPM membuat persediaan menjawab peperiksaan itu kelak,” katanya.
Kata Cikgu Fana lagi yang juga merupakan lulusan ijazah Universiti Putra Malaysia, sejak April hingga Jun lalu, seminar percuma ini sudah dilakukan sebanyak tiga kali.
“Kiranya untuk bulan ini akan menjadi seminar percuma kali keempat dan terakhir kita anjurkan untuk membantu bakal calon SPM.
“Memang ada yang tanya kenapa dibuat seminar begini secara percuma. Tapi itulah bukan persoalan besar yang  perlu dijawab. Ada ketikanya ilmu itu juga afdal diberikan tanpa mengharapkan pulangan.
“Namun insyaAllah daripada cara beginilah kita percaya akan lebih ramai lagi melanggan program pembelajaran dan perkongsian ilmu kami secara berbayar,” katanya.
PTTI selama ini sudah memenangi hati pelajar di pelbagai platform media sosial seperti YouTube, Instagram, Facebook dan Tiktok.Bagi menyertai seminar Last Ultra 100% ini boleh tekan pautan:  http://bit.ly/lastultra
 

KOMEN PELAJAR

Berikut di bawah ni beberapa komen dari pelajar-pelajar berikut:



     








20 ulasan:

  1. Suka tengok penampilan Mira Filzah ni sesuai dijadikan ikon .

    BalasPadam
  2. Mira ni pakej ramai wanita dinluat sana nak jadi.mcm dia. Cantik dan berjaya. Skrg jadi duta hebat nya

    BalasPadam
  3. Untung suami Mira dapat seorang wanita yang bukan sahaja cantik tapi juga pintar macam PTTI ni pusat pembelajaran terbaik. K

    BalasPadam
  4. if all the cikgu looks so pretty the students sure will not miss class haha. thanks for sharing this

    BalasPadam
  5. Tak berapa minat Mira ni tapi suka perwatakan dia yang jenis selamba bila bercakap, takde nak control ayu ke apa... sebab saya bukan fans dia hehehehe

    BalasPadam
  6. Berjaya dalam akademik dan kerjaya. Layan juga dengan drama-drama lakonan Mira. Personaliti Mira pun menarik. Memang sesuai dijadikan ikon.

    BalasPadam
  7. Memang Mira seorang wanita yang bijak dalam akademik, pemikiran, dan membuat keputusan bukan sekadar cantik sahaja.

    BalasPadam
  8. Sesuai Mira jadi ikon, tak byk kontroversi dan lagi-lagi dia ni "Beauty With Brain".. Boleh jadi pembakar semangat buat student2 yang bakal duduki exam penting nanti

    BalasPadam
  9. Cantiknye Mira Filzah. Suka tengok dia lembut je. Sesuaila dia jadi ikon dengan pencapaian akademiknya

    BalasPadam
  10. Ikon yang sesuai. Tahniah Mira

    BalasPadam
  11. Wah bnayak job mira pilzah sekrg.. Rezeki dia.. Sekrg jadi ikon ni pulak..

    BalasPadam
  12. memang sesuai sangat jadikan mira filzah sebagai duta untuk spm sebab dia skor tinggi. Inspirasi sangat untuk belia

    BalasPadam
  13. Alahai si cantik manis Puan MiraFilzah wajar tampil ikon akademik. Sumber inspirasi bagi belia wanita yang ada impian nak sukses dalam hidup. Alhamdulillah inspired Malaysian icon.

    BalasPadam
  14. Memang sesuai jadikan fiza sebagai ikon. Bukan je cantik malah bijak dan berhemah.

    BalasPadam
  15. Khabarnya Mira dah nak berhenti berlakon... eloklah tu tumpi pada suami dan jadi duta produk mcm ni pun ok... tak makan masa lama ya tak?

    BalasPadam
  16. Memang sesuai Mira Filzah jadi icon. Personaliti menarik, berbudi bahasa patut di contohi anak muda sekarang.

    BalasPadam
  17. Yes. Beauty with brain. Bagus PTTI ambil pendekatan bekerjasama dgn Mira Filzah. Secara tak langsung membawa mesej pendidikan adalah sangat penting. Tahniah atas kolabrasi dan pencapaian PTTI.

    BalasPadam
  18. Ena memang kagum dengan mira ni sebab die bijak n sopan sama mcm mak dia. Apa2 pon dia selalu dgn mak dia. Mcm neelofa. Bertuahlah suami mira.

    BalasPadam
  19. sejak berkahwin ni makin murah rezeki mira filzah, rezeki pengantin baru. e-book tu BBL boleh download tak?

    BalasPadam
  20. Bangga betul Yana dengan si Mira ni . Untung Abang emir dapat dia . Dahlah pandai . Manis je orangnya . Mesti skor tinggi dak 2 spm nanti kan 😅

    BalasPadam

Thak You For Your Comment