Produk Haney D'Jiwa Minuman Kesihatan Dan Kecantikan Untuk Penjagaan Luaran Dan Dalaman Tubuh Badan - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Selasa, 28 Julai 2020

Produk Haney D'Jiwa Minuman Kesihatan Dan Kecantikan Untuk Penjagaan Luaran Dan Dalaman Tubuh Badan


Pernahkah uoll mengalami lenguh-lenguh badan, sakit sendi, perut kembung, angin satu badan and berasa tidak selesa serta stress? Biasalah kan? bila kita mengalami semua perkara-perkara macam ni tentu tak tau macam mana hendak mengatasinya kan? Seri Wangi pun mengalami perkara begitu, apatah lagi kalau banyak kerja-kerja di rumah ataupun uoll yang bekerja seharian di office tentu terasa penat dan letih sangat serta berasa tidak bermaya. 

Kadang-kadang kita tidak ada masa nak buat sesuautu atau masak air halia untuk minuman buang angin...malas pun ye jugak kan? Memang tak ada masa untuk semua tu...hmmmm...tapi hati memang hendak badan sentiasa sihat walafiat....yelah...badan kita ni bukannya kuat sangat pun,lebih-lebih lagi macam Seri Wangi yang dah berusia lagilah senang sakit sana...sakit sini...memang tidak boleh dielakkan...bohonglah uoll yang muda tu....tak mengalami semua tu kan? orang kata badan dah lemau....haaaa...ingat biskut ke...heeee!!! Seri Wangi sebelum memang rajin masak air halia kemudian campur madu untuk buang angin dalam badan...itu kalau rajinlah...tak selalu buat...!

Jadi zaman sekarang semua benda mudah jer...dah siap semua benda kita cuma minum dan tak payang pening-pening kepala nak masak itu..ini bagai and nak siapkan bahan-bahan nak buat air halia. Jom Seri Wangi share apa yang Seri Wangi amalkan sekarang untuk kesihatan badan,,,naknya kini dia berusia....memang body kena jaga kan?


Haney D'Jiwa



Seri Wangi memperkenalkan produk Haney D'Jiwa - suplemen kesihatan dan kecantikan untuk penjagaan luaran dan dalaman. Haney D'Jiwa ni bukan sekadar madu tapi adalah campuran minuman botani yang dapat membantu meningkat kesihatan tubuh badan kita. Mengandungi madu, saffron, habbatus sauda, lemon, halia dan boswelia serrata yang mengadungi banyak khasiat dan kesihatan, sesuai untuk wanita dan lelaki disetiap peringkat umur.



Mengenai Madu Haney D'Jiwa yang perlu korang tahu dalam menangani dan mencegah masalah kesihatan tidak kira umur...baik yang tua maupun yang muda remaja. Lebih-lebih sekarang kita berdepan dengan COVID19 jadi sememangnya dengan pengambilan Haney D'Jiwa dapat mencegah dan menguatkan ketahanan badan kita.

  • Haney D'Jiwa dirumus untuk memberi kesihatan kepada tubuh badan secara menyeluruh dan menyerlahkan kecantikan semulajadi.
  • Setiap orang tua atau muda mengalami masalah kesihatan yang berbeza seperti sakit-sakit sendi dan lutut yang biasanya dialami oleh orang berusia macam Seri Wangi ni.
  • Masalah kulit dan hormon dalam badan bagi orang muda yang biasa hadapi masalah begini. 

Kalau korang nak tau produk kesihatan dn kecantikan Madu Haney D'Jiwa ni diilhamkan oleh pengasasnya Dato' Zaitun Muhd Jiwa dan Ashraf Muslim. 

Pengasas Haney D'Jiwa, Dato' Zaitun Muhd Jiwa dan Ashraf Muslim

Kebaikan Haney D'Jiwa
  • Dapat mengurangkan kulit kusam, mencerahkan wajah dan juga toner tak sekata serta masalah kulit berjerawat.
  • Membantu mengimbangkan emosi (stress) dan mengimbangi hormon badan.
  • Meningkatkan daya ketahanan badan agar tubuh kembali sihat dan segar.
  • Mengurangkan angin dalam badan
  • Memberi tenaga

  • Meredakan tekanan dan memulihkan kesihatan dalam badan

Kandungan Haney D'Jiwa


Kandungan bahan utama herba yang terdapat di dalam Hamey D'Jiwa selain madu, Habbatus Sauda, Lemon dan Halia ialah SAFFRON dan BOSWELIA SERRATA

Saffron ianya adalah antara herba termahal di dunia yang dibawa khas dari Timur Tengah. Khasiatnya baik untuk saraf, mata, kecerdasan minda, kestabilan emosi, kesuburan, asma dan banyak lagi. Ianya juga dapat mengimbang emosi, hormon dan mengawal stress.

Boswelia Serrata  adalah dari tumbuhan yang didatangi dari India. Ianya mempunyai khasiat yang sangat banyak di antaranya membantu memberi kelegaan pada sendi-sendi dan sakit lutut memanglah sesuai sangat dengan Seri Wangi yang sekarang dah mula sakit-sakit lutut.

Boswelia juga dipanggil frankincense ia mempunyai manfaat di mana boleh melambatkan penuaan, membantu meningkatkan bekalan darah ke sendi serta membantu mencegah kerosakan tulang rawan dan sendi. 

Habbatus Sauda terdapat sejenis ubat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kecuali mati. Mempunyai khasiat zaman berzaman kata orang 1001 khasiat untuk semua. Kecuali kalau malas nak mengamalnya kan? Antaranya:

  • mengelak risiko cancer
  • masalah sembelit dan penghadaman
  • Baik untuk kesihatan jantung
  • Anti-Penuan, kulit dan tulang yang sihat.
  • Mengurangkan tekanan dan mengstabilkan tekanan darah.
  • Penggalakan susu semulajadi
Madu seperti biasa semua orang tau khasiatnya di mana madu dapat membantu dalam meningkatkan metabolisma badan yang mana metabolisma yang rendah memdahkan untuk diserang penyakit.

Halia dapat membantu orang yan selalu mempunyai masalah perut berangin, tubuh badan rasa tidak selesa, sebu dan tekak loya.

Cara Pengambilan Haney D'Jiwa


Madu Haney D'Jiwa mudah jer cara pengambilannya, amalkan setiap pagi sebelum sarapan dan hanya makan 1 sachet sehari dengan dibancuh bersama segelas air putih atau pun lebih mudah hanya koyakkan sachet dan terus masuk ke mulut...jangan pulak telan plastik sachet tu....haaaa. ! Madu Haney dalam bentuk cecair, rasanya memang sedap masam-masam manis gitu..Seri Wangi lebih suka terus masuk ke mulut. Sesuai untuk lelaki dan wanita.




Harga Haney D'Jiwa berpatutan - satu kotak cuma RM69 dalam terdapat 15 sachet, RM8 untuk postage dan untuk 2-6 kotak pula harga postage RM10. Untuk postage Sabah/Sarawak pula sekotak RM12 dan RM16 untuk 2-6 kotak.



Untuk Maklumat Lanjut:

FACEBOOK



Tag:  #HaneyDjiwa  #madu  #saffron #habbatussauda  #bosweliasarrata  #halia #lemon

11 ulasan:

  1. First time dengar jenama MadunHaney D'Jiwa ni. Harganya pun berpatutan. Lagipun madu memang makanan sunnah. Memang patut diamalkan.

    BalasPadam
  2. Wah. Produk Madu ye. Madu dah memang banyak manfaatnya - ditambah dengan pelbagai bahan asli tu - makin elok la fungsinya kan

    BalasPadam
  3. convenience kalau buat dalam sachet macam ni boleh consume on the go je. First time tahu bowella tu.

    BalasPadam
  4. wah satu lagi produk hebat dan nampak sangat berkhasiat. nampaknya macam jenama baru kan? Sebab sebelum ni tak pernah dengar lagi. ;)

    BalasPadam
  5. Produk kesihatan macam ni saya suka. Mudah nak amalkan. Tak perlu sudu bagai. Hehehe. Madu dan halia ni memang bagus. Nanti nak try.

    BalasPadam
  6. Produk baru yaaa? 1st time dengar.
    Teruja jugak nak try bila tengok bahan² nya bagus bagus. Kebaikan dan manfaat nya bagus untuk kesihatan

    BalasPadam
  7. Madu ni mmg banyak khasiatnya.. sekarang datang dlm packaging cantek nampak menarik sangat

    BalasPadam
  8. Tak pernah dengar tentang produk ni. As we know madu mmg banyak khasiat nyaa. Bila buat dalam sachet macam ni memang mudah nak consume and nk bawa kemana2😁

    BalasPadam
  9. woahhh... i love ginger honey so much and of course this will be in my list!!! i can't wait to check this out!

    BalasPadam
  10. Sedap plak nak sbut namanya, Haney D'Jiwa...masuk dalam jiwa terus hehehe..
    Lepas ni Akak minum mesti nampak berseri gitu..nanti update feedback ye Kak, macam nak try le plak..

    BalasPadam
  11. Bagusnya produk nie.. Ada kandungan madu, saffron, habbatus sauda, lemon, halia dan boswelia serrata.. Mmg tertarik utk mencuba supplement ini..

    BalasPadam

Thak You For Your Comment