HAPPY MEAL Muncul Kembali Dengan Mainan Ikonik Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 McDonald's - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 29 November 2019

HAPPY MEAL Muncul Kembali Dengan Mainan Ikonik Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 McDonald's



SATU POST SATU PERIBAHASA

Peribahasa today:   Apalagi sawa, ia berkehendakkan ayamlah!
My Answer          :  Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya ataupun Orang yang bertemu barang yang kesukaannya.


Korang tentu tak pernah dengar peribahasa tukan? Sebenarnya banyak peribahasa yang kita tak tau eloklah kita ambil taukan? Peribahasa ni lebih kurang macam Seri Wangilah mencari barang-barang yang digemari, macam barang mainan Ikonik McDonald's 'Happy Meal' ni, time kecik-kecik dulu tak merasa nak kumpulkan semua mainan McD yang comel-comel ni....sekarang rasa teruja bila @McDonald's Malaysia keluarkan semua mainan Ikonik ni...jadi bolehlah beli and kumpulkan semua dan bagi kat cucu-cucuanda Seri Wangi.


HAPPY MEAL McDONALD'S


Selama 40 tahun Happy Meal  menjadi simbol perkongsian detik-detik kegembiraan untuk keluarga di seluruh dunia. Oleh itu bagi memperingati periatiwa penting ini, McDonaold's Malaysia telah melancarkan edisi khas 'Surprise Happy Meal'  sempena Sambutan Ulang Tahun ke-40 McDonald's Malaysia  menampilkan beberapa mainan Ikonik 'Happy Meal' paling popular sejak empat dekat lalu. Surprise Happy Meal  kini boleh didapati di restoren-restoren McDonald's seluruh negara mulai 28 November selagi stok masih ada.....jadi yang peminat-peminat tegar mainan 'Happy Meal' bolehlah cepat-cepat terjah nanti habis, kempunan pulak....haaaa!




 

Sejak ia mula diperkenalkan pada Jun 1979 di Amerika Syarikat 'Happy Meal' berkembang ke lebih 100 buah negara di seluruh dunia dengan mainan ikonik kekal sebagai simbol kejutan keceriaan dan kegembiraan.

Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia
"Kami sangat teruja membawa rakyat Malaysia mengimbas kembali detik-detik manis dengan mainan-mainan paling paling ikonik Happy Meal  pada masa lalu, seperti Beanie Babies dan Tamagotchi. Kanak-kanakmahupun orang dewasa pasti seronok dengan kemunculan kembali mainan dan era 1980-an dan 1990-an ini. Ia semestinya membangkitkan nostalgia, lebih-lebih lagi para pelanggan yang menyukai Happy Meal semasa zaman membesar mereka," kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai.


Setiap 'Surprise Happy Meal'  akan menganduni salah satu mainan koleksi dan edisi terhad seperti:

  • Cowboy McNugget (McDonald's) 1988
  • Fireman McNugget (McDonald's) 1988
  • Hamburger Changeable (McDonald's) 1989
  • McNugget Carrier Mail (McDonald's) 1988
  • Grimace (McDonald's) 1990
  • Dino Happy Meal Box Changeable (McDonald's) 1991
  • McDonald's Hot Wheels Thunderbird (Mattel) 199 
  • Hamburger (McDonald's) 1995
  • Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers) 1996
  • Patti The Platyuous (Ty Beanie Baby) 1997
  • Tamagotchi (Bandai) 1998
  • My Little Pony (Hasbro)1998
  • Furby (Hasbro) 1999
  • Hello Kitty (Sanrio) 2013
Memang happy sangatkan? Bila time bukak kotak Happy Meal masing-masing tentu teruja nak tau dapat mainan apakan? Kalau ada nasib bertambah seronoklah kalau dapat mainan kesukaan dorang tu. Tentu ibubapa dan anak-anak gembira ketika membeli sambil menikmati Happy Meal, tidak secara langsung ianya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan kenangan manis bila bersama keluarga, sahabat handai dan juga dengan orang tersayang.



McDonald's melalui Parties @ McD, McDonald's Malaysia menyediakan ruang untuk rakyat Malaysia dan pelbagai peringkat umur untuk mengadakan pelbagai sambutan seperti majlis hari jadi, majlis perjumpaan semula atau majlis perpisahan di restoren-restoren McDonald's terpilih di seluruh negara. Sambutan-sambutan ini merupakan peluang bagi orang ramai berkumpul untuk mencipta dan menikmati detik-detik manis bersama keluarga, sahabat handai dan orang tersayang. Selain Parties @ McD, McDonald's Malaysia juga menyediakan Meeting Parties @ McD di mana para pelanggan boleh menggunakan restoren-restorennya sebagai tempat mengadakan mesyuarat di luar pejabat.




Untuk Maklumat Lanjut Happy Meal

WEBSITE

FACEBOOK



 #McDonaldsMalaysia    #HappyMeal  #40thanniversary  #McDonaldsIconicToys   #SurpriseHappyMeal

1 ulasan:

  1. seronok mengumpul koleksi mainan McD ni.. boleh buat sbg kenangan...

    BalasPadam

Thak You For Your Comment