MERAIKAN HARI HAIWAN SEDUNIA 2019 DI SUNWAY LAGOON - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 7 Oktober 2019

MERAIKAN HARI HAIWAN SEDUNIA 2019 DI SUNWAY LAGOON



Sempena sambutan Hari Haiwan Sedunia 2019 @SunwayLagoonMalaysia telah memberikan pengalaman yang sangat menarik serta pengetahuan dan pendidikan dalam menimba ilmu dengan suasana alam kehidupan liar di Sunway Lagoon Wild Park.

Hari Haiwan Sedunia disambut setiap tahun pada 4hb Oktober yang merupakan acara global  bertujuan untuk membela nasib haiwan sedunia terutamanya dalam hal kebajikan dan tempat tinggal mereka. Acara tahunan bermula seawal tahun 1925 dan berjaya membentuk International Animal Welfare yang bergerak sebagai  sebagai  penguatkuasa  khas sedunia. Sunway Lagoon Wildlife Park - Zoo berteraskan pendidikan ini dihuni oleh 140 spesis hidupan liar, perincian spesis haiwan eksotik/luar biasa, pelbagai jenis burung dari merata dunia, hidupan laut, jenis ikan, haiwan reptilia dan gajah. Kempen ini bertujuan untuk menerapkan minat dan menjadikan tugas memelihara haiwan juga adalahadalah tanggunjawab kita bersama. Usaha untuk menyokong dua matlamat utama Sustainable Development Goal (SDG) yanditetapkan oleh United Nation (UN) yang mensasarkan 17 matlamat utama dimana diharap dapat dilaksanakan menjelang tahun 2030.



Sunway Lagoon Wildlife Park  memberi komitmen penuh menyokong dua matlamat mereka iaitu Responsible Consumption and Production (goal#12) yang bertujuan mengimbangi corak had penggunaan agar tidak melebihi pengeluaran secara menyeluruh.  Life On Land (goal #15) bertujuan untuk mempertahankan , mengembalikan semula  dan mencadangkan sumber yang ada untuk mengimbangkan ecosistem muka bumi, menjaga keseimbangan hutan, memerangi kemusnahan hutan, menyekat dan memelihara semula tanah yang musnah dan menyekat kemusnahan kepelbagaian sumber semulajadi bumi.



Mr.Sean Choo, Pengurus Besar Sunway Lagoon berkata bersempena Hari Haiwan Sedunia pada kali ini, kami sangat berharap dapat menwujudkan suatu pengalaman baru di mans semua pengunjung tanpa mengira lapisan usia dapat merasa keseronokan yang ditawarkan di Wildlife Park dan masa yang sama pengunjung berpeluang belajar dengan lebih lanjut tentang bagaimana memainkan peranan dalam usaha memelihara alam sekitar. Semuanya sejajar dengan dengan komitmen kami agar menjadi lebih stabil dan bertanggungjawab dalam hal persekitaran tetapi pada masa yang sama masih memberi peluang kepada pengunjung berhibur dengan persembahan yang sangat menarik dan laur biasa terutamanya kepada golongan generasi muda


Mr.Sean Choo
"Tujuan utama persatuan adalah mengembalikan semula populasi kura-kura liar yang semakin terancam dan sebagai contoh kura-kura sungai yang dijadikan sebagai bahan rujukan kami. Berdasarkan matlamat dan minat yang sama, kami sangat berbesar hati dan teruja untuk bersama berganding bahu dengan pihak Wildlife Park Sunway Lagoon untuk projek kali ini," kata Dr Chen Pelf Nyok, merangkap pengasas bersama Persatuan Pemeliharaan Kura-Kura Sungai Malaysia.

Dr Chen Pelf Nyok


Aktiviti Wildlife Park Jumaji Challenge


Aktiviti ni memang happening, mencabar fizikal dan minda serta memberi pengalaman serta pengetahuan yang berguna untuk kita menerokai alam haiwan liar dan kehidupan habitat mereka. Kami dibahagikan kepada 7 team hidupan liar seperti Lion, Tiger, Marmoset, porcupine, guinea, pig, macau and otter dan perlu selesaikan task ke setiap 7 Station di Wildlife Park. 

7 Station Wildlife Park

Peserta yang telah di bahagikan kepada setiap kumpulan seperti team Seri Wangi adalah Team Porcupine (Landak) yang perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan menyelesaikan kuiz, soalan dan mengambil gambar setelah selesai tugasa, petugas akan memberikan barangan yang perlu dikumpulkan dari 7 station Wildlife Park untuk tugasan akhir di Wildlife Theatre. 

1.  Harimau
5.5m ialah jarak lompatan yang paling jauh bagi seekor harimau dalam satu lompatan. Bina jarak sejauh 5.5m daripada barang-barang yang ada. Haaa...habis semua barang-barang dalam bag kami keluarkan untuk cukupkan jarak 5.5m.



2. Panther
Harimau bintang, cheetah dan harimau kumbang boleh dikenalipasti melalui corak di badan masing-masing. Jadi task kami kena lukis corak tersebut kat muka masing-masing.


3. Taman Burung
Setiap penjaga zoo harus tahu makanan setiap penghuni zoo. Ok...yang ni memang mencabar bagi yang tak boleh nak sentuh langsung. Haaaa...mau tak mau kami kena cari kad jawapan makanan kegemaran haiwan yang disorokkan dalam peti berisi ulat2 hidup...Seri Wangi...?No problem..ok jer!



4.  Jungle Trail
Flamigo terkenal dengan kebolehan berdiri mengimbang badan menggunakan sebelah kaki dan cara ini adalah cara mereka berehat. Jadi task kami kena tiru gaya Flamingo, berposing bagai ikut gaya yang diberikan.


5.  Pet Village
Pembuangan sisa plastik merupakan masalah sedunia dan Malaysia dengan anggaran 1 juta tan pada tahun 2018. Task kami ialah membantu untuk membuat ecobrick bagi membina kandang kambing daripada bahan kitar semula seperti plastik botol minuman yang mana setiap satu botol mengandungi sisa pembuangan plastik dan disasarkan penghasilan 1000 biji batu ecobrick.



6.  Rimba
Rimba tempat hidupan liar seperti White Lion yang ada di Wildlife Park. Kami diberi tugasan dengan menyelesaikan puzzle yang diberikan dan macam biasa setelah selesai diberi barangan yang perlu dikumpulkan.



7. The Take Home Garden 
Setiap team ditugaskan untuk lakukan sendiri bercucuk tanam dan berkebun dengan menggunakan barangan kitar semula seperti bekas tempat letak telur yang telah sedia dipotong kemudian letak tanah, biji benih yang disediakan dan tag nama biji benih yang kita pilih sendiri. Setelah selesai tugasan petugas akan memberikan barangan untuk dikumpulkan.



Wildlife Theater

Wau....akhirnya Team Porcupine dapat jugak selesaikan tugasan dan kami semua berkumpul di Wildlife Theater untuk tugasan terakhir iaitu membuka semua barangan yang telah kami kumpulkan seperti tempurung kelapa, tali, tali sabut dan sayur kacang dan buah betik serta secara kreatif kami diberi tugasan untuk membuat sendiri tempat makanan untuk Porcupine (landak)


Dah siap pun tempat makanan si landak kami, sebenarnya landak jenis tidak cerewet pasal makanan yang terdiri dari sayur-sayuran dan buah-buahan.




Sempena dengan Hari Haiwan Sedunia 2019, pihak Sunway Lagoon-Wildlife Park, pameran daripada Jabatan Hidupan Liar Malaysia dan Taman Negara  (Perhilitan), Save The Earth Pledge Wall iaitu sebuah petisyen yang disediakan khas bagi pengunjung untuk menandatangi petisyen tersebut bagi mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan harian kita.



Untuk maklumat lanjut:

Website

Facebook




#SLWAD2019  #SunwayLagoonMy  #WildlifePark #WorldAnimalDay

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment