McDonald's Malaysia Memperkenalkan Cita Rasa Ala Portugal - Burger Ayam Portugal Sempena Kempen 'Discover The World 2019' - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Khamis, 4 Julai 2019

McDonald's Malaysia Memperkenalkan Cita Rasa Ala Portugal - Burger Ayam Portugal Sempena Kempen 'Discover The World 2019'

Ada berita gembira buat pelanggan setia McDonald's, kini McDonald's Malaysia melancarkan burger baharu iaitu Burger Ayam Portugas (Portuguese Chicken Burger) yang sememangnya sedap dan lazat bersama Sos Piri-Piri yang unik rasanya...yang pastinya uoll tak akan menyesal nanti.....haaaaa


Kalau sebelum tu McDonald's Malaysia menyajikan cita rasa ala Korea menerusi Spicy Korean Burger (Burger Korean Pedas), kini McDonald's Malaysia menghidangkan pula Burger Ayam Portugal (Portuguese Chicken Burger). Pelancaran tersebut diadakan di McDonald's Kota Damansara DT, PJ sempena Kempen 'Discover The World 2019'.

Eugene Lee, Pengarah Pemasaran McDonald's Malaysia and Melati Abdul Hai, 


Burger Ayam Portugal ni memang sedap dengan kepingan daging ayam yang digoreng enak gitu....dicelup pulak dalam sos piri-piri unik hingga tak terkata nak cakap...lepas tu dihidangkan pulak bersama campuran sayur-sayuran dan salad segar kemudian diapit dengan ban yang mengandungi emping cili terbaharu, kaya dengan pelbagai letusan perisa dan rempah ratus yang menyerlahkan cita rasa ala Portugal. Aduiii...terbayanglah pulak macam makan kat Portugal kan...!!! Bayangkan yang enak-enak haaaa...


Eugene Lee, Pengarah Pemasaran McDonald's Malaysia berkata,
"Sejak beberapa tahun lalu, kami telah menyajikan cita rasa menarik dari negara-negara seperti Brazil, Mexico, Korea dan Thailand kepada pelanggan kami, di mana kami menerapkan perisa unik dari negara-negara tersebut ke dalam menu kami di Malaysia melalui kempen 'Discover The World 2019'. Kali ini, kami menghasilkan sesuatu yang lebih istimewa dan memperkenalkan Burger Ayam Portugal baharu, yang disajikanm bersama sos piri-piri isitimewa kami."
"Apabila menghasilkan item-item menu yang inovatif, McDonald's sentiasa mengutamakan keceriaan para pelanggan kami dan memberi kejutan kepada mereka dengan memperkenalkan perisa-perisa hebat terbaharu dan burger ini pastinya akan membuka selera dengan cita rasa yang lain daripada apa yang telah kami sajikan sebelum ini."


Sempena pelancaran Burger Ayam Portugal baharu, mulai 4 Julai 2019 McDonald's Malaysia memperkenalkan satu permainan 'Augmented Reality' yang dinamakan 'Catching Nonando' di mana pelanggan perlu 'menangkap' sebanyak mungkin ayam Nonando dalam tempoh 60 saat untuk mengumpul mata. Pelanggan akan diberi ganjaran serta-merta berupa diskaun untuk pembelian Burger Ayam Portugal. Nampaknya sapa yang terror main games tentu happy sakan betul tak?? Untuk permainan ini pelanggan hanya perlu klik pada pautan Facebook: https://www.facebook.com/My.McDonalds/


Set hidangan Burger Ayam Portugal disajikan dengan French Fries dan minuman pilihan sama ada Fanta Grape, McFreeze atau Coke biasa dengan harga bermula RM16.99 untuk masa terhad sementara stok masih ada...baik cepat beli nanti melepas pulak..!! pencuci mulut pula McDonald's Malaysia juga membawa kembali Dinosaur McFlurry yang penuh dengan pusaran coklat yang enak dan dihiasi bijirin coklat....fuuuuh..sedapnya.



AKTIVIT SEMASA PELANCARAN
BURGER AYAM PORTUGAL



 


Untuk Maklumat Lanjut mengenai tawaran  dan menu McDonald's
sila lawati:

WEBSITE

FACEBOOK

8 ulasan:

  1. Wah ada menu baru, lepas ini Naim akan cari . hehe. mesti sedap kan. Semoga ia menjadi 'feveret' rakyat Malaysia

    BalasPadam
  2. Sedapnya dengan sos piri2. Kena try ni!

    BalasPadam
  3. Tadi dah pergi mcd. Belum tengahari tak jual la pulak. Terpaksa makan breakfast. Kena pergi lagi la ni ek. Macam sedap tengok air Fiesta purple tu. Ditambah makan burger Portugal. Terasa macam kat sana gitew

    BalasPadam
  4. Haritu dah rasa yang Korean Burger tu. Sedap. Iklan dia tempohari bukan-main, rupa2 nya iklan Burger Korea McD. Hehe. Harini nak cuba la Burger Ayam Portugal ni. Nak rasa apa beza sos dia.

    BalasPadam
  5. Burger baru kan sedap nampaknya memang kena cuba ni. Yang quarter pounder tu pun tak cuba lagi. Haritu beli ice cream coffee diaorang sedap juga

    BalasPadam
  6. This is a new flavor right? I can't wait to try this out because I'm a big fan of piri piri sauce. Thanks for recommending.

    BalasPadam
  7. Tak pernah try lagi tapi baca review ada yg kata sedap ada yg kata sebaliknya. Ingat nak cuba juga sbb mcd mmg feveret anak2 sejak dulu lagi

    BalasPadam
  8. MCD keep coming out new menu burger! Couldn't catch up at all haha. This Portugal burger madam sedap je, gotta go try !

    BalasPadam

Thak You For Your Comment