MAGICA Events & Functions Hall Eksklusif Dewan Terbesar Di Subang - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Selasa, 18 Jun 2019

MAGICA Events & Functions Hall Eksklusif Dewan Terbesar Di Subang

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Seri Wangi di sini nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua reader tersayang, rasanya masih belum terlambatkan sebab rayakan sebulan haaaa...dan sekarang pun dah start ada yang buat Open House dan juga yang buat majlis kahwin kan? Haaa...nak cite pasal majlis kahwin tu..mesti ada yang masih merancang dan plan untuk majlis bahgia korang kan? Dah cari pakej perkahwinan yang sesuai dengan bujet korang? Hmmm...tentu pening kepalakan? Kalau boleh nak ada semua dalam satu pakej macam katering, dewan, pelamin, mak andam dan macam-macam lagi yang berkaitan kerja kawin ni.


Seri Wangi nak cadangkan korang satu tempat yang sangat menarik yang pastinya korang suka dan menetapi cintarasa korangt terutamanya bakal-bakal pengantin di luar sana. Seri Wangi dah pun rewang-rewang hari tu masa pembukaan dewan yang paling eksklusif cantik bagaikan persandingan di Istana Kayangan...gitu..



MAGICA Events & Functions Hall yang terletak di Tingkat 4, Star Avenue Lifestylle Mall, Subang merupakan dewan acara terbaharu dan terbesar pernah dilancarkan di kawasan Subang dan direka indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti serba lengkap. Hari MAGICA Events & Functions Hall dianjurkan dengan kerjasama lebih daripada 20 rakan vendor termasuk katerer, perunding perkahwinan termasyur, pakar dekorasi dan ramai lagi yang terlibat.

  MAGICA HALL


MAGICA menampilkan 3 Dewan Utama iaitu Magica Hall, Classic Hall dan Garden Hall yang mana gabungan kesemua dewan tersebut boleh memuatkan sehingga 7,000tetamu pada satu-satu masa, setiap dewan boleh juga berfungsi secara berasingan dengan rekaan dalaman yang tersendiri untuk memenuhi keperluan, kehendak dan konsep yang berbeza dan pastinya setiap mata memandang akan terpukau dan kagum melihatnya sebaik kaki melangkah masuk ke MAGICA.


Magica Hall

Dewan Utama menampilkan interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candelier yang pastinya memukau mata dengan juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan. Wauuu...memang sangat cantik hingga tak terkata nak kata apa-apa. Berada di tengah-tengah dewan adalah laluan peragaan yang diperbuat daripada lantaian kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh bunga-bungaan bagaikan pesona magikal yang indah dan menawan. Dekorasi ini dihidupkan oleh sistem penataan cahaya canggih mengikut alunan muzik. Dewan ni mampu memuatkan 3,000 tetamu secara buffet atau 700 tetamu dengan susunan meja, dewan dengan fasiliti siap sedia yang membolehkan majlis dapat dilangsungkan dengan lebih mudah.




Magica Classic Hall

Magica Classic Hall terletak di sebelah kanan Magica Hall, ruang berkeluasan 12,000 kaki persegi yang didatangi dengan pentas siap sedia, pintu masuk yang ditatarias dan hiasan bunga-bungan bersama hamparan karpet merah, Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV yang memberikan kesan lebih dramatik, dengan kemampuan kapasiti yang sama dengan Magica Hall dan banyak lagi ruang untuk sentuhan peribadi dengan dekorasi dewan mengikut cita rasa masing-masing.








Magica Garden Hall

Magica Garden Hall menampilkan suasana ala hutan hujan bagaikan taman yang menhijau dan indah sesuai untuk acara majlis keraian atau majlis perkahwinan. Selesa untuk 250 tetamu dengan susunan meja atau 700 tetamu secara bufet. Dewan ini dilengkapi dengan suasana yang berlatar belakangkqan irama semulajadi dengan kicauan burung dan deruan air terjun bagaikan magikal suasana alam.





VIP Suite Room

VIP Suite Room untuk pelanggan yang bercadang menganjurkan majlis yang lebih kecil atau mesyuarat, mereka mempunyai pilihan iaitu bilik suite yang dapat menampung antara 40 hingga 80 tetamu. Terdapat 2 bilik VIP Suite yang fleksibel bersama ruang legar luas untuk sebarang acara.


PAKEJ PERKAHWINAN

MAGICA Events & Functions Hall menawarkan rangkaian pakej perkahwinan menarik yang terdiri daripada senarai menu oleh katerer, pakar perunding perkahwinan dan pengurus acara serta diskaun menarik daripada rakan vendor dengan dekorasi mempesonakan dan latar belakang perkahwinan yang menjadi impian setiap bakal pengantin, MAGICA menyediakan setiap kelengkapan dan tawaran kepada pelanggannya untuk majlis perkahwinan yang berprestif dan eksklusif, bahkan menjimatkan lebih 50-60%.

KATERER


Beberapa keterer yang turut serta semasa Hari Terbuka MAGICA Events & Functions Hall:

  • Jy Caterer
  • Felda D'Saji
  • Zai Seri Gemilang
  • Kencana Ketering
  • Rose Katering
  • Teaffani Katering









KOLEKSI BUSANA PENGANTIN




Untuk gaun pengantin yang elegant dari KYBC semasa wedding fashion show dan busana tradional pengantin dari Putree Brindal yang pasti menarik perhatian tetamu yangt hadir.




Selain dari itu terdapat juga vendor-vendor lain seperti wedding services partners:
  • Kad Kahwin
  • Atelier Porto
  • MIEZIPRO
  • KLWGF
  • Pretty Dolls

Official Wedding Planner:
  • SASES
  • NR Wedding & Events
  • Great Creation
  • Sanggul Events


Untuk tempahan dan keterangan lanjut
MAGICA Events & Functions Hall

FACEBOOK

INTAGRAM

ALAMAT

MAGICA Events & Functions Hall
Tingkat 4, Star Avenue Lifestyle Mall
Shah Alam 

Telefon

012-6787795

#magicawedding  #magicaevenhalls  #jomkahwin  

1 ulasan:

Thak You For Your Comment