TRAVELOG IPOH - DISCOVER LOST WORLD OF TAMBUN WITH TEAM BLOGGER PANTAI TIMUR 2019 - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

NUFFNAG

Rabu, 15 Mei 2019

TRAVELOG IPOH - DISCOVER LOST WORLD OF TAMBUN WITH TEAM BLOGGER PANTAI TIMUR 2019

LOST WORLD OF TAMBUN tentu ada yang pernah pergi dan ada jugak yang belum pernah masuk di Lost World of Tambun ni kan? Haaaa...termasuklah Seri Wangi yang tak pernah pun jejak kaki di Theme Park yang cantik dan penuh adventure apatah lagi tempatnya sangat luas dengan alam semulajadi di sekelilingnya. Biasa jugak ke Ipoh jalan-jalan dan jumpa kawan-kawan suami di Ipoh tetapi tak pernah pun masuk ke LWOT.



Alhamdulillah...akhirnya dapat jugak Seri  Wangi masuk ke LWOT bersama family team BPT, masa tu time cuti sekolah memanglah happy sakan dorang dapat enjoy mandi-manda dan discover satu taman LWOT. Kami memang planning cuti-cuti malaysia di Perak dan makan-makan dan tinggal di homestay...bestkan bila berkumpul beramai-ramai. Trip travel bersama Team BPT amat bermakna kerana bukan senang kami dapat bertemu dan berkumpul dengan keluarga masing dan macam-macam aktiviti yang telah kami rancangkan.


Discover Lost World of Tambun
Trip Bersama Team BPT


First trip travel kami ialah di Ipoh, selepas semua menikmati makan tengahari di McDonald's Sunway City, Tambun, Ipoh, masing-masing tidak sabar hendak ke LWOT, biasalah budak-budak kan? sapa tak teruja dapat masuk ke LWOT apatah lagi hendak mandi-manda kat water park di situ. Sampai saja di LWOT kami semua diberi tiket masuk dan dipakaikan gelang untuk masuk ke theme park Lost World Of Tambun, memang sangat menakjubkan sebabnya dikelilingi alam semulajadi dan flora dan fiona yang menghijau dan bukit bukau. Mana kami dibawa?


Theme Park 
Lost World Petting Zoo

Seri Wangi dan Team BPT dibawa ke Lost World Petting Zoo, di sini uoll boleh lihat pelbagai haiwan peliharaan yang jinak dari dekat, pastinya kanak-kanak sangat gembira dapat mendekati haiwan peliharaan yang jinak.











Lost World Animal Care Center

Di Animal Care Center ni, uoll boleh bawa anak-anak bermesra dengan binatang seperti Kuda Belang, Unta dan Girafah sambil memberi mereka makan, memanglah seronok dapat membelai girafah dari dekat dan juga dapat memberi makan pada unta dan kuda belang sambil berselfie tanpa rasa takut.







Lost World Tin Valley


Lost World Tin Valley mengingatkan kita zaman memdulang bijeh, seronok sekali-sekala kita mendapat pengalaman macam mana hendak mendulang bijih timah, macam mana susah-payahnya orang zaman dahulu mencari rezeki dengan mendulang bijih timah di lombong. Bila tengok suasana orang ramai yang teruja mencuba mendulang bijih pastinya seronok terutamanya kanak-kanak.







Lost World Tiger Valley


Lost World Tiger Valley ni pulak di mana time persembahan 'feeding time' di mana penjaganya akan mempersembahkan waktu memberi makan kepada sang harimau, semua yang hadir sangat seronok melihatnya, juga ada persembahan pertunjukkan haiwan lain seperti kebijaksaan burung kakak tua dan binatang-binatang lain yang cerdik dan mengikut kata tuannya.



Lost World Rain Forest Trail

Rain Forest Trail yang paling Seri Wangi suka discover sebab tracking trail mencabar jugak sebab kena berjalan melalui tangga, batu-batu kapur dalam gua, taman-taman yang menghijau semula jadi, keindahan fiona dan flora, bagus sangat jika membawa anak-anak sambil melihat alam semulajadi di samping itu dapat mempelajari kejadian batu kapur dan melihat keajaiban pelbagai bentuk batu kapur di sepanjang  Rain Forest Trail yang memukau mata memandang sebab itu Seri Wangi lebih banyak mengabdikan foto-foto di sini...selfie sakan haaaa..













                                            Lost World Glamping



Lost World Glamping - Seri Wangi memang tak tau pasal Glamping ni...haaaa...yang Seri Wangi tau camping jer...tapi ni siap khemah besar kau...boleh muat untuk satu family bertaraf first class cuma tak ada bathroom jer...heee...tau-tau ajerlah...dalam khemah mana nak letak bilik air kan...memang happening betul. Jangan risau dalam bilik ni ada aircond & tilam empuk bukan macam bercamping tidur kat atas tanah....!!








Pastinya anak-anak teruja dengan suasana damai, nyaman dan hening dapat menginap di tepi tasik dan malam beramai-ramai berbbq dengan family dan pengunjung yang menginap di glamping tersebut, malamnya pastilah sejuk sebab di kelilingi hutan alam semulajadi yang menghijau. Di samping itu juga di kawasan glamping ada juga aktiviti flyingfolk.


                                          
                                 Hippo Kingdom dan Swan Lake




First time tengok Hippo dari dekat, pada mulanya Seri Wangi ingatkan patung Hippo dorang buat hiasan....sekali dia bergerak terperanjat kau...haaaa..dia boleh tahan berendam dalam air. Jalan-jalan kat area tasik Swan Lake di sini uoll bolehlah naik perahu berbentuk Itik (White Swan) tapi masa tu belum nampak lagi orang naik, jadi just singgah amik gambar jer..






Lost World Water Park


Sapa-sapa pun kalau dah masuk kat Lost World of Tambun tak sahlah kalau tak pergi mandi-manda kat Water Park, itulah tujuan utama kalau uoll datang ke sini bersama family, dorang tidak sabar-sabar nak berenang dalam kolam, macam tulah Seri Wangi tengok Team BPT yang melayan kerenah anak masing-masing. Sebenar kawasan Water Park ni besar, Seri Wangi rasa kalau 1 hari berada di sana memang tak mencukupi masa sebab LWOT sangat luas dan besar tempatnya. Macam kat Water Park saja ada bermacam-macam permainan dan tempat berhibur untuk kanak-kanak terutamanya tempat-tempat mandi:
  • Surf & Slide
  • Jungle Wave Boy
  • Adventure River
  • Sandy Bay
  • Kids Explorabay
  • Cliff Racer
  • Tube Raider
  • Awesome Pool Party







Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di LWOT yang mesti uoll discover kalau nak ke sini 1 hari memang tak cukup masa sebab kalau bersama family terutamanya anak-anak memang masa dorang banyak habis kat Water Park jadi mak-mak bertabahlah kalau bawak anak-anak kecik sebab ada yang sampai tak nak balik haaaaa....!! Kalau uoll tak larat nak ronda-ronda berjalan kaki, pihak LWOT ada sediakan keretapi...jangan risau. Kalau lapar ada tempat makan kat Dulang Tea House and kalau uoll nak beli cenderahati ataupun baju mandi sebab terlupa bawak pun ada dijual di outlet sebelum uoll masuk kat check in tiket.





Seronok kan dapat doscover Lost World Of Tambun tapi sebenarnya tak dapat discover sepenuhnya dan nampaknya kena datang lagi ni,...heeee

**********

Kalau uoll nak discover Lost World Of Tambun bersama family bolehlah dapatkan maklumat lanjut berkenaan 
tempahan dan harga dengan melayari:

WEBSITE

FACEBOOK


INSTAGRAM

1 ulasan:

  1. Wah menariknya Lost World of Tambun.. Kena visit ni bawa keluarga..

    BalasPadam

Thak You For Your Comment