LOTUS HOTEL KUALA LUMPUR PENGINAPAN STRATEGIK DI KUALA LUMPUR - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Selasa, 28 Mei 2019

LOTUS HOTEL KUALA LUMPUR PENGINAPAN STRATEGIK DI KUALA LUMPUR



SALAM RAMADAN


Seri Wangi tau uoll mesti dah sibuk-sibuk shopping untuk beli baju raya dan pelbagai persiapan untuk menyambut ketinaan Hari Raya Aidilfitri. Apa yang pastinya ramai yang bershopping di Kuala Lumpur, maklumlah di Kuala Lumpur hanyak pilihan kita nak membeli-belah. Biasanya tumpuan mestilah area Chow Kit Road, Jalan Tunku Rahman, Medan Tunku dan juga di Masjid Jamek. Untuk warga Kuala Lumpur memang tidak ada masalah kalau nak shopping tapi bukan saja orang KL jer yang nak shopping, orang luar pun ada juga yang sanggup ke KL hendak shopping bersama family, setahun sekalilah katakan.


Gambar Hiasan
Jadi bila dah bercadang nak datang ke Kuala Lumpur, pastinya uoll pasti akan mencari tempat menginap di sekitar Kuala Lumpur. Dulu Seri Wangi ada tugas di Kuala Lumpur dan terpaksa bermalam 1 malam dan tercari-cari hotel yang sesuai dengan bujet kita dan rasanya begitulah agaknya jika tibe-tibe jer kita terpaksa menginap di hotel tanpa dirancang sebabnya di Kuala Lumpur memang banyak terdapat hotel-hotel sekitarnya namun tidak dapat mencari yang sesuai.


LOTUS HOTEL KUALA LUMPUR


Jom ikut Seri Wangi ronda-ronda Kuala Lumpur dan mencari hotel penginapan yang mampu milik mengikut bajet uoll. Lebih-lebih time nak shopping Hari Rayakan mestilah ronda-ronda semua tempat satu hari pun tak cukup....haaaaa. Nak cari tempat makan pun senang, ada kemudahan pengangkutan awam seperti LRT/MRT/Bus Rapid dan juga Bus Free. Seri Wangi cadangkan uoll mencari tempat penginapan di tengah kota raya iaitu Lotus Hotel Masjid Jamek dan Lotus Hotel Medan Tunku.


LOTUS FAMILY HOTEL MASJID JAMEK
KUALA LUMPUR 

Lotus Hotel Masjid Jamek Kuala Lumpur

Seri Wangi nak cite tentang Lotus Family Hotel Masjid Jamek Kuala Lumpur ni terletak di tengah-tengah ibu kota dan sangat strategik tempatnya, pasti uoll sukakan hotel ni sebab apa yang uoll nak semuanya ada di sini. Apa istimewanya Lotus Hotel Masjid Jamek Kuala Lumpur ni?
  • Hotel ni berdekatan dengan Station LRT Masjid Jamek Kuala Lumpur. Jadi uoll boleh juga pegi shopping ke KLCC, Ampang, naik MRT ke Bukit Bintang ataupun Times Squre, Sogo semuanya boleh sebab station LRT Masjid Jamek penghubung kesemua station LRT Kelana Jaya dan MRT. Pengangkutan awam pun banyak seperti Bas Rapid, Bus GO KL City Bus (Free tambang), Texi dan Grab.


  • Berdekatan dengan tempat shopping di Masjid India di mana dari Hotel Lotus Masjid Jamek uoll boleh berjalan kaki sepanjang laluan Masjid India hingga ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan banyak kedai-kedai serta Shopping Mall. Uoll mestilah sukakan?Banyak pilihan dan window shopping. 


  • Oh lupa pulak dari Hotel ni jugak uoll boleh berjalan kaki jer ke Dataran Merdeka, Pasar Seni dan Petaling Street tempat shopping murah yang ramai orang suka berkunjung dan Seri Wangi selalu gak shopping kat Pasaraya Mydin...murah-murah gitu...

Dataran Merdeka

Petaling Street
Pasar Seni (CM)
  • Nak cari tempat lepak-lepak, santai dan kedai makan. Jangan risau area Lotus Hotel Masjid Jamek memang banyak kedai-kedai makan yang uoll boleh cari, murah dan sedap dan lagi satu kalau tak cukup duit nak shopping, banyak bank-bank ada di situ...no problem.

BILIK PENGINAPAN LOTUS
MASJID JAMEK

Jom kita tengok bilik-bilik penginapan di Lotus Hotel Masjid Jamek yang sememangnya sangat selesa, service dan layanan dari staf-staf hotel yang terbaik dan mesra serta ada kemudahan Wifi, keperluan yang disediakan seperti Taxi, Van, City Tour atas permintaan.













Harga Bilik Penginapan

Standard Single - RMRM150 per night
Superior Single - RM170
Standard Double (no window)  -  RM200
Superor Double  -  RM270
Deluxe Double - RM250.00

Untuk tempahan dan pertanyaan:

WEBSITE

ALAMAT

Lotus Family Hotel
Masjid India
45, Jalan Melayu, City Centre
50100 Kuala Lumpur, WP

TEL: 03-26921881

LOTUS HOTEL MEDAN TUNKU KUALA LUMPUR


Seri Wangi bawak Uoll jalan-jalan area Jalan Medan Tuanku pulak, kat area sini ada juga Lotus Hotel Medan Tuanku Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah tempat shopping Mall dan jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit serta Bangunan Medan MARA, Pertama Komplek, SOGO, Mydin serta JAKEL. Sukakan? Bila menginap di hotel Lotus ni uoll tentu happy dan enjoy dengan family sebab dapat jalan-jalan disepanjang jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) yang sememangnya terkenal dengan tempat-tempat shopping dan makan-makan serta bermacam-macam barangan yang uoll boleh beli..siap jerlah bawak duit..lagipun nak shopping rayakan?

Di Lotus Hotel Medan Tuanku Kuala Lumpur juga banyak kemudahan yang ada seperti pengangkutan awam, station LRT, bus,Taxi dan Grab. Uoll jangan risaulah semua ada...nak jalan-jalan cari makan pun senang.




Bilik Penginapan Lotus Hotel 
Medan Tuanku Kuala Lumpur
















Youtube






 Harga Bilik Penginapan


Single Room - RMRM105
Twin Room - RM140
Double Room  -  RM140
Deluxe Double Room  -  RM160
Triple Room - RM180.00
Family Room  -  RM220.00

Untuk tempahan dan pertanyaan:

WEBSITE

ALAMAT

Lotus Family Hotel
Medan Tuanku
2, Lorong Medan Tuanku 1, Chow Kit
50300 Kuala Lumpur, WP

TEL: 03-26941881

7 ulasan:

  1. Waahh kalau ena nak cuti2 ke kl boleh la menginap di sini kan kak. Tq suggest. Biasa p kl tdo rumah sedara,je. Tp teringin jugak nk check in fmly private kan. Lokasi pon strategik nk shopping.

    BalasPadam
  2. amek haaa x ke sng nk shopping kat KL ni xyah nk sebok2 jem nk cari parking lg jln kaki je! bagus nye location hotel ni sgt sgt sgt strategic!! harga pun sgt berbaloi!!

    BalasPadam
  3. Eeeee dekat gilaaaaa hotel ni. Kita memang selalu jalan2 area tu jugak sometimes meet Bruneian (termasuk my family) mmg suka this area. Senang ke Sogo too. Tak lah mahal mana rupanya harga dia kan!

    BalasPadam
  4. Lokasi hotel nie sgt strategik..dekat dengan public transport

    BalasPadam
  5. bagusla ada hotel dekat dengan semua tempat..senang nak shopping dah penat masuk hotel..lepas tu jalan lagi..hahaha..ada adik ipar buat macam ni..tidur hotel kalau nak shopping raya dekat kl..di atak duk kl..

    BalasPadam
  6. Wow best juga kalau nak shopping or event in KL or family member yang datang dari out station kita boleh recommend them to stay here.

    BalasPadam
  7. Kalau nak bermala dekat KL bolehlah piluh hotel ni, nampak selesa... Dekat pulak dengan public transpot dan mall. Tq info akak.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment