TRAVEL : PADANG, SUMATERA BARAT, INDONESIA DESTINASI MARINE TEMPAT MENARIK UNTUK DITEROKAI - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNAG

Rabu, 12 Disember 2018

TRAVEL : PADANG, SUMATERA BARAT, INDONESIA DESTINASI MARINE TEMPAT MENARIK UNTUK DITEROKAI


TRAVEL to Padang, Sumatera Barat, Indonesia adalah buat pertama kali bagi Seri Wangi menjejakinya. Hati rasa berbunga dan ofcourse tersangat happynya dapat merantau ke negara orang terutamanya ke Padang, Sumatera Barat, Indonesia selama 3 hari. Padang yang terkenal dengan adat dan budaya Minangkabau. Kalau kat Malaysia ni bolehlah disamakan dengan Negeri Sembilan tapi percakapan orang Minang memang lebih kurang dengan cara percakapan orang nogori...heee...sebenarnya kalau dengar betul-betul memang tak berapa faham...haaaa. Ada satu ayat yang Seri Wangi baru belajar - Rancak Bana nak tau apa tu? Makna Cantik Sangat (banget) hmmm,,,,contohnya kalau uoll jumpa awek yang cun tu...kalau uoll (si lelaki) nak puji awek tu cantik...cakap jer macam ni...."Wow...Rancak Bana!!" haaaa...gerenti dia tak tau...uoll jer yang tahu....atau pu silap haribulan kepala uoll kena pelakung..haaaa

APA YANG MENARIK DI PADANG

 DAY 1.   Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Padang dengan flight Air Asia dengan harga tiket pergi/balik lebih kurang RM300, harga tiket flight tidak menentu jika ada promosi lagi bagus dan murah mengambil masa lebih kurang dalam 1 jam saja, tidaklah selama mana pun. Pemandangan dari tingkap kapal terbang jelas kelihatan pulau-pulau di Sumatera Barat terutamanya Pulau Pieh sebelum kapal terbang mendarat.



Sebaik saja mendarat di Minangkabau International Airport (Bandara  International Minangkabau). rombongan kami yang terdiri dari travel agent, media, vblogger dan blogger disambut oleh Asosiasi Pelaku Pariwisata Indonesia (ASPPI), DPC Kota Padang dan Dinas Pariwasata Kota Padang menyambut ketibaan kami di airport Minangkabau. Di sepanjang perjalanan dari airport tersebut, Seri Wangi dapat melihat pemandangan yang indah dan pembangunan Kota Padang yang pesat membangun, , paling menarik perhatian Seri Wangi kebanyakan bangunan Kerajaan Kota Padang sangat unik dengan binaan bangunannya berbentuk Minangkabau, seperti mana negara lain jugak kesibukan jalan raya Kota Padang sama jugak macam di Malaysia dan sangat menarik terdapat banyak Masjid yang pelbagai bentuk dan berwarna-warni.

KOTA PADANG







PANTAI PADANG (TAPLAU)

Seri Wangi sempat singgah di Pantai Padang untuk mengambil gambar kenang-kenangan di Kota Padang, di sini pelbagai jualan di tepi pantai dapat kita lihat, kalau uoll nak tau jika uoll nak abdikan gambar kenang-kenangan ada seorang tua yang akan ambil gambar uoll dan dikenakan bayaran tapi Seri Wangi rasa memadai simpan cuma dalam h/phone jer..dan satu lagi bahasa Padang yang Seri Wangi tau iaitu Taplau....apa tu? Mula-mula tu Seri Wangi tak amik pusing sangat tapi bila dorang cakap Taplau Padang barrulah faham...maknanya Taplau tu ialah Tepi Laut (Tapi Lauik...bahasa Padang) Seronok betul sepanjang perjalanan  di Kota Padang kita dapat melihat Pantai Padang yang indah dan juga terdapat pelbagai gerai jualan.






RUMAH MAKAN MUARO BARU





Destinasi seterusnya ialah makan tenghari, masing-masing perut dah berbunyi kelaparan, apa lagi kami dibawa makan di tempat yang istimewa di tepi pantai katanya iaituk Rumah Makan MUARO BARU yang terletak di Pantai Pasir Jambak yang terkenal di Padang. Memang sangat menarik dengan hidangan bermacam-macam lauk=pauk yang sedap, dihidangkan dalam pinggan kecil dan yang pastinya makanan laut adalah fresh dari tangkapan nelayan di pantai. Seri Wangi paling suka makan keropok Jengkol - kalau uoll nak tau apa tu Jengkol ialah Jering memang sedap dibuat keropok ada rasa pahit-pahit sikit. Ayat yang paling Seri Wangi suka sebut iaitu Lamak Bana...apa tu? Maknanya  Sedap sangat makanan tu. ada lagi...Tambuah Ciek.....jangan nak gelak pulak,,,,ayat ni,,,uoll bila nak makan kat kedai makan uoll boleh guna ayat ni....macam rasa nasi/lauk tu tak cukupkan uoll nak tambah nasi tu lagi...uoll boleh cakap kat pelayan kedai tu...."Tambuah Ciek...!!"Haaa...maknanya nak minta tambah nasi/lauk pauk,,,gitu...eloklah kalau uoll gi makan kat kedai Minang kat KL, uoll boleh praktis cakap minang...heeee tulah ajer ayat yang senang nak ingat pun..

Jengkol (Jering)

PANTAI PASIR JAMBAK




Pantai Pasir Jambak - Cantikkan?Pantai Pasir Jambak memang sangat terkenal di Padang, tempat penduduk Padang berlibur pada hujung minggu, waktu bercuti pastinya ramai yang datang bersama family berehat dan berlibur dengan pantainya yang cantik, bersih dan banyak pohon kelapa dan perkampungan di sekelilingnya. 

MUSEUM ADITIYAWARMAN
MASJID RAYA SUMATERA BARAT




Masjid Raya Sumatera Barat (Sumber) - Destinasi diteruskan setelah semua dah kenyang bana (kenyang sangat) dan cuci mata dan minda di Pantai Pasir Jambak tadi, kami semua dibawa pula ke Museum Aditiyawarman - Masjid Raya Sumatera Barat (Sumber)  di Padang. Seri Wangi sempat mengerjakan solat di masjid terbesar Padang yang berbentuk Minangkabau. Keunikannya terletak pada rekabentuk  moden dan tradisional rumah adat Minangkabau dengan ciri khas atap runcing. 

KOTA TUA - GUNUNG PADANG







Setelah semuanya selesai bersolat dan bergambat di masjid tersebut, perjalanan diteruskan ke Pantai Air Manis. Sepanjang perjalanan kita akan melalui Gunung Padang, Bukit Gado-Gado di mana kita akan dapat melihat rumah-rumah yang dibina di kaki bukit Gunung Padang, kemudian melalui Kota Tua yang penuh dengan sejarah di mana dapat dilihat kawasan Chinese Street dan juga akan melalui Jambatan Sitinurbaya dengan pemandangan yang indah untuk menuju ke Pantai Air Manis, Nak tau apa yang ada di Pantai Air Manis? 




foto dari Google
Pemandangan sepanjang Jambatan Siti Nurbaya sepanjang 156 meter menyeberangi Sungai Batang Arau di mana tempat perdagangan para nelayan ke pulau-pulau terdekat dan difahamkan bahawa pusara Siti Nurbaya disemadikan di Gunung Padang dan ianya berkisar tentang pengorbanan cintanya pada kekasih  dan juga kepada orang tuanya. Jabatan Siti Nurbaya adalah penghubung antara Jabatan tersebut dengan Kota Tua Padang


PANTAI AIR MANIS





Pantai Air Manis atau Pantai Aie Manih -  Ketika Seri Wangi sampai di sini, air laut tengah surut, pantai ni memang terkenal dengan kisah sejarah tentang Malin Kundang. Waktu kami tiba orang tidaklah ramai sebab time ni waktu bekerja kalau tidak tentu ramai pengunjung berlibur, lagi jika uoll nak ronda-ronda sekitar pantai Ar Manis nilah boleh sewa kenderaan ATV dan nak makan pun jangan risau sebab banyak gerai-gerai makan dan cendermata di sepanjang pantai tersebut. Bayaran untuk sewa ATV adalah RM30 untuk 1 jam. Rasanya eloklah uoll sewa ATV kalau nak pergi ke tempat Batu Malin Kundang tu...Seri Wangi dengan geng ambil keputusan berjalan kaki tapi....aduh...jauh jugaklah namun seronok dapat melihat keindahan pantai air manis. Tapi...time balik naik jugak ATV dengan geng yang sewa ATV.....haaaaa

BATU MALIN KUNDANG


Batu Malin Kundang ialah sejarah lagenda berkisar seorang anak yang durhaka, kalau kita kat Malaysia lebih kurang kisah cerita Si Tanggang. Kalau dilihat sememangnya Batu tersebut merupakan seketul batu seorang yang sedang sujud mungkin memohon keampunan dari ibunya dan di sekelilingnya adalah serpihan kapal pecah yang juga berbentuk batu. Dan dari situ kita dapat menilai bahawa Syurga itu di Tapak Kaki Ibu jadi,,,,ianya dapat memberi kita satu tauladan dan petunjuk agar kita menyanyangi ibu kita dan jangan menyakiti hati orang tua kita.

HOTEL DEIVAN






Hotel Deivan tempat kami menginap, Seri Wangi rasa puas hati dengan bilik penginapannya yang sederhana, cantik dan selesa dan juga sememangnya menu-menu hidangannya sedap belaka iaitu masakan orang minang memang sedap gitu. Adui....penat giler...satu hari round Padang...memang selesa nak lelap mata jap..




KAMPUNG LIMAU MANIS






Kampung Limau Manis  - Time for dinner, kali ni kami semua dibawa di Desa Wisata Limau Manis, Kacamatan Pauh, Padang, Sumatera Barat untuk makan malam dan juga melihat persembahan kebudayaan  Minangkabau. Paling suka sangat dapat merasai keenakan masakan asli orang minang, tarian dan muzik kebudayaan Minang dan kecantikan penari-penari budaya Minang amat memukau mata memandang, lebih-lebih lagi melihat pakaian Minangkabau yang sangat unik dan cantik, bergemerlapan...lebih kurang macam pakaian adat Negeri Sembilan. Seri Wangi paling suka dengan masakan rendang minangkabau yang sangat sedap dan lain-lain hidangan masakan desa orang Minang yang jarang kita dapati di Malaysia, tempe sememangnya hidangan utama yang dihidangkan.


Setelah selesai makan kami dipersembahkan dengan lagu-lagu tradisional Kebudayaan Minang, paling menarik persembahan Gendang Tambus Danau Malinjau, Silat dan Tarian Puteri Bangsu yang sangat memukau mata dan hati sesiapa menontonnya. Sesugguhnya adat dan budaya Minang sangat unik dan penuh adat serta tradisi apatah lagi orang-orang yang mesra dan penuh sopan santun. Sememangnya penuh kenangan malam tersebut.


TRIP  PADANG MARINE


DAY 2 - Trip Padang Marine - Pada hari kedua kami dibawa mengunjungi Pulau Pandan, rasanya tidak sabar ingin melihat sendiri kehidupan marine iaitu ikan lumba-lumba, paus dan penyu. Pagi-pagi lagi kami sudah berkumpul di Muaro Batang Arau untuk menaiki bot bersama Uda Udi Duta Wisata Kota Padang dan Dinas Pariwisata Kota Padang.





  Perjalanan dari Muaro Batang Arau ke Pulau Pandan mengambil masa 45 minit tapi Seri Wangi rasa lama jugak perjalanan untuk sampai ke Pulau Pandan. Sewaktu sampai di pantai Pulau Pandan, Seri Wangi terpegun melihat keindahan Pulau Pandan yang pasirnya halus dan memutih dan air lautnya membiru, difahamkan dengan fenomina keadaan alam semulajadi Pulau Pandan itu adalah tempat kesukaan penyu singgah untuk bertelur.







Kami diberi taklimat tentang kehidupan marine di Pulau Pandan khas kehidupan penyu-penyu yang datang singgah di pulau tersebut. Kami juga dibawa meninjau melihat kesan peninggalan sejarah Istana Belanda, apa yang dapat dilihat ialah dapur, perigi dan tiamg-tiang Istana Belanda.





Kawasan Kehidupan Penyu di Pulau Pandan, Padang, Sumatera Barat -  Kami semua diberi taklimat oleh petugas di pulau tersebut iaitu Andre bahawa di pulau tersebut memiliki 3 jenis penyu yang selalu singgah di perairan pantai tersebut iaitu penyu sisik, penyu hijau dan penyu belimbing. Kawasan pembiakan penyu di Pulau Pandan menetapkan Undang-Undang melarang melakukan pengambilan dan perdagangan penyu, telur, bahagian badan dan produk turunannya dan akan dihukum selama 5 tahun penjara atau denda R100juta. Pada menjelang tengahari dan terbenam matahari kami masing-masing diberi seekor anak penyu untuk dilepaskan. Untuk makluman uoll penyu amat sensetif  dengan bau-bauan seperti minyak wangi, sabun, shampoo dan lain-lain.










SHOPPING DI SANJAI UMMI
 AUFA HAKIM

Sanjai Ummi Aufa Hakim -  Bab shopping memanglah masing-masing menunggu, tak sahlah kalau bercuti ke Padang tidak membeli apa-apa untuk dibawa ke Kuala Lumpur. Seri Wangi telah awal-awal tukar duit jika 1MYR = 3,489.05IDR. Seri Wangi dah tukar 100MYR = 348,904.93IDR...haaaa...nampak banyakkan? Kami semua dibawa shopping ke Kedai Sanjai Ummi Aufa Hakim adalah sebuah kedai yang menjual pelbagai makanan berupa kudap-kudapan seperti kerepek, rendang minang dan lain-lain, jika pengunjung membeli dalam kuantiti yang banyak, jangan risau mereka akan masukkan ke dalam kotak supaya senang dibawa naik kapal terbang. Jika mahu membeli barang-barang cenderamata, kain batik, telekung, tudung dan baju sulaman kita boleh membelinya di kedai sebelah


Sanjai Ummi Aufa Hakim
.


Kedai Cenderamata


MALAM MAJLIS PERPISAHAN




Tibalah masanya lawatan kami selama 3 hari 2 malam di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Malam terakhir kami diakhiri dengan majlis makan malam sambil diiringi dengan muzik pemain gitar dan juga karaoke, meriah jugaklah malam itu dengan pelbagai kuiz dan uji minda. Seri Wangi terasa hiba pulak untuk mengucapkan selamat tinggal, banyak kenangan selama berada di Padang walaupun rasa hanya sekejap saja berlalu. Walau bagaimanapun Seri Wangi mahu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama pihak Asosiasi Pelaku Pariwisata Indonesia (ASPPI), DPC Kota Padang dan Dinas Pariwasata Kota Padang mengiringi rombongan Cik Kiah selama berada di Padang.

PANTUN

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga


27 ulasan:

  1. Salam akak...jumpa lagi kita di sini yaa..senang membaca postingan akak tentang Trip ke Padang yg lalu. Semoga akak dan kawan2 senang hati selama di Padang yaa..dan harapan kami akak dan kawan2 akan balik kat sini secepatnya...Kami dari ASPPI Kota Padang dengan senang hati akan menguruskan selama di sini..
    Salam untuk semua family & kawan-kawan di Malaysia. Sampai jumpa lagi di Kota Padang yang Rancak Bana..(Maulida/ASPPI Padang)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam...terima kasih sudi membaca posting kak, harap dapat share and komen dgn kawan-kawan di PADANG, inshaallah jika dijemput lagi kesana jumpa kita lagi yer..sampaikan salam utk org Padang.

      Padam
  2. Salam kenal kk moga kita jumpa lagi ya di episode selanjutnya

    BalasPadam
  3. Wah, cantiknya. Zumal tak pernah sampai lagi ke Padang. Teringin nak pergi...

    BalasPadam
  4. Best la tempat ni.
    Nanti nak pergi dengan kawan la

    BalasPadam
  5. wahhhh menarik.. tq for sharing kak..blh masuk dlm wishlist next travel destination..

    BalasPadam
  6. Best betul Kak Limah dapat berjalan dan join media tour macam ni...Padang sememangnya masih mengekalkan adat Minang Kabau, bahasa pun sedikit sama dengan bahasa NS, kami keturuna Minangkabau dah jadi moden sekarang, kalau tanya makna2 memang tak tau la..tapi bahasa mereka sangat unik

    BalasPadam
  7. Banyak tempat menarik kat Padang. Dulu masa ke sana, Padang cuma tempat transit ajer sebelum balik Malaysia. Destinasi utama kami ke Bukittinggi. Tak ingat berapa jam perjalanan dari Padang. Masa kami pergi tu Padang baru lepas gempa bumi. Banyak juga bangunan runtuh. Ada hotel runtuh dan katanya ada yang terkorban.

    BalasPadam
  8. Kelakar la Kak Limah ni tulis intro. Bella belum sempat ke Padang. Tp ramai kawan dah pergi. Teringin nak tgk masjid baru yg cantik dan tentunyalah nak makan makanan padang. Kt KL gigih pegi beli kt KL sentral menu Padang. Btw, nice trip kak. Sonok tengok.

    BalasPadam
  9. Cantiknya tempat dia.. Daribats langit dah nmpk cantik.. Semmmua tempat akk pergi menarik.. Makann dia.. Aumm.. One dY dapat pergi kita follow blog akk ok

    BalasPadam
  10. haven't been to Padang. it seems like a good place to visit with whole family. the food look so delicious too

    BalasPadam
  11. Tak pernah sampai Indonesia lagi. Dekat jer rupanya naik flight. Patutlah Air Asia jual tiket murah jer ke Indonesia. Teringin nak pergi sana, tengok banyak betul tempat menarik dan dekat dengan nature. Best!

    BalasPadam
  12. Jengkol bestnya lama tak makan dan susah nak dapat kat KL ni hehehehe bestnya dapat pergi jalan sampai Padang meriah tengok makanan kat sana dan tak perlu takut was-was nak makan hehehehehe

    BalasPadam
  13. banyak tempat menarik di sana ye. cantik-cantik pemandangannya. part paling best mesti shopping kan? hehehe

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  14. abang saya pernah ke padang , memang bab makan tu yang paling heaven katanya....tempat2 pun boleh kata menarik dan banyak sejarahnya jugak terutamanya kisah Malin Kundang tu, inilah untungnya suka melancong sebab dapat tahu macam2 dan berkongsi dengan pembaca lain supaya yang tak pernah pergi boleh tahu dan jadikan entry ni sebagai panduan

    BalasPadam
  15. Seronoknya dapat merantau ke tempat orang. Lagi2 satu rumpun. Rasa seronok untuk kenali budaya, adat, bahasa mereka. Siap ada nama kampung limau ya. Dkt sabah ada satu sekolah nama limau juga tapi Limau Limau nama diberi. Hihi Terima kasih sudi kongsi. Nanti boleh rujuk sini kalau ada plan ke Padang. Tq!

    BalasPadam
  16. Syioknya dapat gi Padang, dah lama teringin nak ke sana tapi belum ada peluang. Kalau ke sana sure nak rasa nasi padang sana..nak tau sama idok gan masakan nasi padang kat sini

    BalasPadam
  17. yesss this is certainly a nearer place at very affordable price for malaysian to go given the current market condition! i never heard of padang probably not a super famous place, but that's the reason it is cheap too!

    How to deal with markets ups and downs?

    BalasPadam
  18. Seronok akk melancong dan mencari pengalaman hidup kat Indonesia. Mouse mommy belum lagi berkesempatan sampai ke Indonesia. Sekarang ank dah besar sikit blh mula plan balik nak melancong dalam dan luar negara. Selamat bercuti!

    BalasPadam
  19. Bestnya dapat meneroka negara orang. Hehe
    Saya ni malaysia pun tak habis pusing.
    Kalau la tiba tiba dapat jelajah ke negara orang, rasanya memang seronok sangat. Hehe
    Pantai disana cantik bersih je kan..

    BalasPadam
  20. Wah menariknya dpt pergi padang.. Kita sempat pergi beberapa tmpt shj kt padang msa ada lawatan antarabangsa dkt universiti dlu... Best dan ada byk brg2 yg tradisional .

    BalasPadam
  21. one of my place to go in list. no matter big place or small place, i love to explore it out and love to walkabout too.

    BalasPadam
  22. belum pernah ke sini lagi... dah pergi lombok, surabaya dan jakarta...

    BalasPadam
  23. Macam mana masakan orang Minang ye.. hehe teringin nak cuba..ddengar citer pun sedap .. tapi tu la.. bila nak pi padang tu tak tau la.. kalau ada rombongan blogger.. nak gak pi sama.. hahaha

    BalasPadam
  24. Seronok pi travel tengok kisah sejarah atau mitos suatu masa dulu kan kak. Pastu cari tempat makan tradisional. Fuhhh. Last sekali barulah pi kedai beli buah tangan untuk dibawa pulang. Dah lama tak pi travel. Seronok tengok gambar dan akak huraikan info segala.

    BalasPadam
  25. Lama dah LeYa tak ke sini. Last dengan Ibu Ayah dan tak silap baru lepas PMR.. Hahaha... Kalau ke sana lagi, memang ghaso balik kampung sendiri kek Nismilan tu haa... Hehehe...

    BalasPadam
  26. best nya tengok akak asyik berjalan tengok tempat orang.. hee~ thanx untuk info kak.. mana tau ada rezeki turn atie plak sampai padang nih..

    BalasPadam

Thak You For Your Comment