MAJLIS PELANCARAN PENJENAMAAN #TAWAKKALKANADA OLEH HOSPITAL PAKAR KPJ TAWAKKAL - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 21 Julai 2018

MAJLIS PELANCARAN PENJENAMAAN #TAWAKKALKANADA OLEH HOSPITAL PAKAR KPJ TAWAKKAL



#TAWAKKALKANADA

Sejarah Hospital Pakar KPJ Tawakkal  yang mula ditubuhkan pada tahun 1984 (sama tahun dengan anak kedua Seri Wangi), waktu itu ditubuhkan dengan nama Pusat Pakar Tawakkal oleh sekumpulan doktor pakar bermula dengan kapsiti katil sebanyak 50 unit. Kini setelah 34 tahun beroperasi dan di bawah  naungan KPJ Healthcare Berhad. KPJ telah membina bangunan Hospital Tawakkal KPJ Tawakkal yang baru menggantikan bangunan lama pada tahun 2010 dengan kapasiti 200 unit katil dan dibantu oleh seramai 40 tenaga pakar pelbagai bidang.



Apa yang Seri Wangi tahu bahawa kepakaran Hospital Pakar KPJ Tawakkal seperti:
  • Pembedahan Rawatan Tulang
  • Rawatan dari Pakar Jantung
  • Rawatan Perbidanan & Sakit Puan
  • Rawatan Kapakaran Kanak-Kanak
  • Kapakaran Pembedahan Am

Hospital Pakar KPJ Tawakkal yang terletak di Jalan Pahang Barat kini menawarkan perkhidmatan dari lebih 30 doktor pakar dalam pelbagai bidang termasuklah:

  • Orthopaedic
  • Cardiology
  • Obstetrics & Gynaecology
  • Paediatrics
  • Gastroenterology
  • Neurology
  • Urology
  • Colorectal Surgery
Setelah lebih 3 dekat beroperasi, kini pihak KPJ Tawakkal mengambil inisiatif dengan memperkenalkan penjenamaan #TawakkalKanAda bagi memperkukuhkan lagi jalinan pihak  Hospital Pakar KPJ Tawakkal dengan pelbagai pihak termasuklah pelanggan di Malaysia dan Antarabangsa.


Seri Wang berkesempatan untuk hadir di Majlis Pelancaran Penjenamaan #TawakkalKanAda yang diadakan di Hospital Pakar KPJ Tawakkal yang disempurnakan oleh YBhg Dato' Mohamad Farid Salim, Pengarah Eksekutif KPJ Tawakkal.




Di samping itu, pihak Hospital Pakar KPJ Tawakkal  akan memperkenalkan International Patient Centre (IPC) dan juga beliau memberi taklimat ringkas kepada media, di  samping aktiviti-aktiviti saringan kesihatan khas yang diadakan. Seri Wangi pun mengambil kesempatan untuk buat check-up, alhamdulillah semua ok and normal, tapi yang jelousnya my hubby punya usia badan 45 tahun muda dari usia sebenarnya 64 tahun, amboi...tergelak besar dia mendegarnya. 






Tayangan Video #TawakkalKanAda disiarkan kepada orang ramai sepanjang tahun ini melalui pelbagai saluran media dalam negara dan luar negara. Bestnya dalam sibuk-sibuk kita tengah tekun dengar ucapan dari YBhg Dato' Mohamad Farid Salim, tiba-tiba jer...semua hadirin gempar bila tiba-tiba dengar orang bergaduh dan marah-marah di depan orang ramai. semua terperanjat.rupa-rupanya gimik #TawakkalKanAda jer! sempat tu buat lawak. 


gimik #TawakkalKanAda Terperanjat I
Hospital Pakar KPJ Tawakkal yang kini mempunyai seramai 800 warga kerja telah mencapai pelbagai kejayaan di dalam dan luar negara. Antara kejayaan yang membanggakan negara yang telah dicapai:
  • RoSPA Health & Safety Awards -Gold Awards by the Royal Society for the Prevention of Accidents at the London.
  • Occupational Safety & Health Awards - Gold Class 1 Winner for Service Sectors.
  • Kuala Lumpur Mayor's Tourism Award 2017 - Platinum Award for Recipient for edical Tourism Category.
  • 2018 APAC Healthcare & Medical Tourism Awards - KPJ Tawakkal Won Gastroenterology Service Provider of the Year in Asia Pasific Award at Saigon Vietnam.

Hospital Pakar KPJ Tawakkal juga telah mencapai beberapa pengiktirafan seperti:
  • MSQH - Malaysia Society for Quality in Health
  • Certified in International Organisation for Standardisation (ISO) - Integrated Management System Management System from TUV Rheinland (M) Sdn Bhd.
  • 5S - Quality Environment Management System by Malaysia Productivity Corporation (MPC)
  • Baby Friendly Hospital Initiatives by the Ministry of Health Malaysia.


Lebih membanggakan sejak pelaksanaan Medical Tourism di Hoapital Pakar KPJ Tawakkal, pihak  KPJ Tawakkal telah menerima ribuan pesakit dari pelbagai negara seluruh dunia dan puluhan ribu pengunjung setahun. Ini menjadikan industri Medical Tourism ini satu pasaran baru dalam negara yang menyumbang kepada ekonomi negara dan industri pelancongan negara. Dengan sambutan yang amat menggalakkan pelanggan dalam dan luar negara dalam Medical Tourism ini ia telah memberi impak yang positif dalam penjanamaan melibatkan jutaan ringgit setahun.


Untuk maklumat perkhidmatan dan lain-lain 
mengenai Hospital Pakar KPJ Tawakkal
#TawakkalKanAda
dan Info selanjutnya layari:

Website :  KPJ Tawakkal

Facebook :  KPJ Tawakkal

Intagram :  @KPJ Tawakkal




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment