WD-40 MEMPERKEMBANGKAN OPERASINYA DI ASIA TENGGARA - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 6 April 2018

WD-40 MEMPERKEMBANGKAN OPERASINYA DI ASIA TENGGARA




Seri Wangi berkesempatan hadir di Majlis Produk Pelbagai-guna WD-40, produk jenama Amerika Syarikat yang semakin dikenali dan dipercayai di dunia kini telah bersedia untuk mwnembusi pasaran Asia Tenggara lebih agresif dalam tahun ini terutamanya di Malaysia. Sebahagian perancangan perluasannya, Bun Seng Hardware Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai pengedar pemasaran baru di Malaysia bagi Syarikat WD-40.  Bun Seng Hardware Sdn. Bhd akan mengambil alih peranan pngedaran dan jualan bagi semua produk yang didaftarkan di bawah jenama WD-40 termasuk Produk Pelbagai Guna WD-40, Specialist WD-40 dan Bike-40.


Perasmian Pelancaran WD-40 oleh Datuk Isham Ishak




SYARIKAT WD-40





Syarikat WD-40 adalah pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai malah peralatan ini mesti ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-corrosian untuk lapisan luar Atlas Missile (peluru berpandu) dan ia diubah kepada produk penyelesaian yang pantas bagi membersih dan mlindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat, mengusir kelembapan dan lain-lain.


Pengarah Serantau Syarikat WD-40-Asia-Mr Marcus Chen

Produk syarikat WD-40 sentiasa menjadi pilihan mereka yang profesional dalam bidang penyeleggaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka seperti perkakasan, industri, sukan, basijal, automotif dan jualan runcit. Hari ini WD-40 boleh diperolehi di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40 Specialist, WD-40 BIKE dan WD-40 Specialist Automotive. Rangkaian produk WD-40 boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara.


Pengarah Serantau Syarikat WD-40-Asia-Mr Marcus Chen

Dengan rangkian pengedaran Bun Seng Hardware Sdn. Bhd. yang luas, kami menjangkakan untuk mencapai jualan lebih daripada 2 juta botol produk WD-40 bagi tahun 2018, yang mana ia menyumbangkan kepada lebih 15% pertumbuhan berbanding tahun lepas. Kerjasama ini menandakan permulaan yang lebih agresif untuk produk WD-40 memasuki Asia Tenggara, terutamanya bermula dengan Malaysia terlebih dahulu. Kami akan terus meluaskan operasi dan rangkaian kami di rantau ini," kata Pengarah Serantau  
Syarikat WD-40-Asia - Mr Marcus Chen.



Bun Seng Hardware Sdn. Bhd.



Bun Seng  adalah peneraju alat-alat perkakasan, perkakas perindustrian dan bahan-bahan binaan yang terkemuka di seluruh negara. Dengan permulaan perniagaan sejak tahun 1979. Ben Seng mempunyai lebih daripada 4,000 pengedar perkakasan dan pembekal perindustrian melalui rangkaian pengedaran dan kerjasama strategik tempatan di seluruh Malaysia. Pelanggan perniagaan ke perniagaannya (B2B) termasuk rangkian pengedaran runcit yang popular seperti HomePro, Homefix, Mr. DIY dan peruncit milik peribadi serta pembekal perkakas. Selain daripada WD-40, Bun Seng mempunyai senarai jenama global dan tempatan yang terkemuka seperti Yale, Worx, Lenox, Aman, Colex, Everlas, Jetcch, VIP, Premio, MK, Samurai, Schneider Electric dan lain-lain.


Mr. Wong Kian Wah-Pengarah Urusan Bun Seng Hardware Sd Bhd

"WD-40 ialah jenama terkemuka isi rumah yang bukan saja berada di Amerika Syarikat, malah dibanyak lagi negara di seluruh dunia pada masa ini termasuk Malaysia bahkan sehingga setiap rumah atau garaj akan menjadi tidak lengkap tanpa memiliki botol yang berwarna biru dan kuning dengan penutup berwarna merah ini. Oleh itu, kami sangat berbangga dilantik sebagai pengedar pemasaran baru WD-40 bagi Malaysia dan kami menjangkakan kerjasama yang lebih baik dengan Syarikat WD-40," kata Mr Wong Kian Wah-Pengarah Urusan Bun Seng Hardware Sdn. Bhd.







Untuk Maklumat Lanjut WD-40

website:   WD-40.ASIA

1 ulasan:

Thak You For Your Comment