ASSIGNMENT PROJEK SEJARAH LISAN DAN WARISAN BERSAMA STUDENT UiTM SHAH ALAM - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 12 Julai 2017

ASSIGNMENT PROJEK SEJARAH LISAN DAN WARISAN BERSAMA STUDENT UiTM SHAH ALAM



Salam My Readers tersayang,


Entri kali ni Seri Wangi nak cerita tentang pengalaman Seri Wangi bekerjsama dengan 2 orang student UiTM - Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (HONS) Pengurusan Rekod, Puncak Perdana Shah Alam. Mereka berdua iaitu Aimi Arifah binti Azizan dan Nurfazlin binti Mustafa telah diberi  tugas membuat Assignment Projek Sejarah Lisan dan Warisan -Adat dan  Kepercayaan : Bidan Kampung.

Depan Class 3-Fakulti Pengurusan Maklumat
Sebelum mereka bertemu Seri Wangi, mereka berdua telah menalipon Seri Wangi dulu untuk bertanya sama ada Seri Wangi sudi bekerjasama dengan mereka untuk menyiapkan assignment bertemakan Adat dan Kepercayaan:Bidan Kampung. Sebelum itu mereka pernah menalipon beberapa bidan/tukang urut lain tetapi tidak dapat kerjasama. Akhirnya mereka dapat menghubungi Seri Wangi melalui Mr Google. Rezeki mereka nampaknya sebab Seri Wangi sudi bekerjasama dengan mereka tanpa meminta apa-apa bayaran kerana sebelum ini ada yang meminta bayaran.

Mereka berdua datang ke rumah Seri Wangi untuk berkenalan dengan lebih dekat dan bertanyakan pengalaman Seri Wangi dalam bidang Perbidanan/Tukang Urut Tradisional. Bila waktu temujanji ditetapkan mereka berasa gembira dapat bekerjasama dengan Seri Wangi untuk assigment mereka itu, barulah mereka tetapkan tarikh sebenar untuk temuduga Seri Wangi di Kolej UiTM Puncak Perdana Shah Alam.




Hari Ahad 23 April 17 Seri Wangi ikut mereka ke Kolej UiTM di mana mereka telah pun menempah bilik iaitu BK 3, Fakulti Pengurusan Maklumat untuk menemubual Seri Wangi berkenaan pengalaman Seri Wangi dalam bidang Perbidanan. Suasana di dalam class perlulah sunyi sepi semasa mereka merekod perbualan Seri Wangi. Jenuhlah jugak Seri Wangi terpaksa menjawab setiap soalan mereka tanpa ada kesalahan, semua soalan mempunyai 330 soalan yang perlu Seri Wangi jawab dalam temubual tersebut, namun begitu Seri Wangi telah pun diberi penerangan dan persetujuan untuk menjawab dan bekerjasama dengan mereka berdua. Seri Wangi rasa berbangga kerana diberi penghormatan sebagai Tokoh Perbidanan dalam assignment mereka itu.





Seri Wangi gembira kerana dapat juga merasa berada di dalam class mereka kalau dilihat macam di dalam class sekolah jer...Seri Wangi agak-agak dalam 2-3 jam jugaklah Seri Wangi menjawab soalan mereka berdua dan berjaya dalam misi mereka untuk menyiapkan assignment tersebut, apabila siap buku berkenaan perbidanan nanti mereka berjanji akan memberi sebuah untuk Seri Wangi. Setelah selesai bekerjasama dengan Seri Wangi mereka memberi buah tangan dan cendermata kepada Seri Wangi sebagai kenang-kenangan.  Pengalaman yang paling berharga buat Seri Wangi bila diangkat sebagai Tokoh Perbidanan dalam Assignment Projek Sejarah Lisan dan Warisan - Adat dan Kepercayaan:Bidan Kampung



#uitampuncakperdanashahalam   #projeksejarahlisandanwarisan
#fakultipengurusanmaklumat    #studentuitm    #bloggermalaysia
#studentblogger    #denaihati     #bloggerscommunity

25 ulasan:

  1. Bagus. Berkongsi ilmu pengetahuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,sis cuma nk tlg dia org tu...mcm anak sis juga yg belajar di Uitm

      Padam
  2. lega hati dapat bantuan dari seri wangi. kalau tak, sedih juga students ni kan. nampaknya seri wangi berpengalaman dlm urut bidan. bolehlah saya recommend kat member

    racheal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Before that dia org ada cari orang lain tp biasalah....sis kesian sbb dia org bujet pun xckp...sis tlg dgn iklas utk exam dia orgkan.

      Padam
  3. Lovely place to do assignment... Great project..

    BalasPadam
  4. I tak pernah masuk uitm before, looks like their facilities are good too.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I pun first time masuk class dia org...biasa htr anak kat luar jer..

      Padam
  5. Getting together with the students and faculty over projects is the best way of completing projects. I still remember a number of assignments from a few years ago. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes....not easy to do that...like exam...pening kepala..that way I tlg they all.

      Padam
  6. Pengalaman yang baik buat dua pelajar. Tak tahu pulak Akak mahir dalam bidan. Salute you.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betty I memang tukang urut for afterbirth...you blh tgk fb page pakej bersalin...chinese pun l amik juga...you blh call klu nak urut.

      Padam
  7. Yeah, lucky for the students that you were willing to assist them in their assignment without asking for anything in return. Hopefully they pass with flying colours.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank You, Emily. I hope so they will pass and l just want to help them.

      Padam
  8. this actually made me miss my assignment days..way better than working days..T.T

    BalasPadam
  9. Seronoknya akak..SA tgok akak aktif sgt event..bertuah akak...SA ni je blom boleh aktif sgt sbb kerjaya kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni personel assigment...psl event tu kena pandai bg masa sbb kak pun kerja juga...kalau ada rezeki tak ke mana kan?

      Padam
  10. Tahniah kerana terpilih. Lama jugak interview yer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...lama jugak dah lupa byk soalannya..sebenarnya bukan semua org yg nak bekerjasama tanpa dpt apa-apa balasan..

      Padam
  11. Salam kak...

    Akak memang tukang urut tradisional ke? ke just untuk wanita bersalin je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer...Bro kak memang tukang urut tradisional dan urut bersalin dah 30 tahun dlm bidang ni...tgk fb page kak...pakejselepasbersalinafterbirth...blhlah tempah klu ada yg nk bersalin

      Padam
  12. oh wow... tak tau pulak ada professional course camni... aduh, rasa cam tertinggal kapal betul... hahaha... baguslaah menaikkan martabat perbidanan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah...kak pun tak tau..byk lagi pecahan dia, mcm kwn dia amik Urut Tulang Patah...nti dah siap buku dia org janji nk bg satu kat kak

      Padam
  13. tempat saya sambung degree (PLK) and sy tinggal kat belakang uitm ni..hehehe.. selamat berkenalan dengan kakak serai wangi.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment