MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA ANTARA JAKEL SHAH ALAM DAN AHLI PARLIMEN TANAH MERAH, KELANTAN - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 27 Mei 2017

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA ANTARA JAKEL SHAH ALAM DAN AHLI PARLIMEN TANAH MERAH, KELANTAN

Menandatangi Perjanjian Antara Jakel Shah Alam dan Ahli Parlimen Tanah Merah


Seri Wangi telah hadir bersama rakan media  untuk menyaksikan Majlis menandatangani perjanjian usahasama antara YB Dato' Hj Ikmal Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan dengan kerjasama Jakel Shah Alam Trading Sdn Bhd untuk Penyerahan 60,000 pasang baju raya kepada pengundi-pengundi di Parlimen Tanah Merah, Kelantan.

SAMBUTAN HARI RAYA 2017

Sambutan Hari Raya tahun ini penduduk di Parlimen Tanah Merah tentu lebih ceria dan meriah menyambut Hari Raya kerana setiap keluarga bakal menerima sumbangan 60,000 pasang baju raya daripada YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan. Mulai hari ini dengan berbesar hati ingin memberikan sumbangan ikhlas kepada para pengundi beliau di Parlimen Tanah Merah, Kelantan pada bulan Puasa ini. Oleh itu beliau mengharapkan sedikit sebanyak sumbangan tersebut dapat mengembirakan penduduk di Tanah Merah, Kelantan di samping dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan. Hmmm....kalaulah Seri Wangi lahir di Tanah Merah pasti dapat juga sepasang baju raya tapi...Seri Wangi orang Kota Bharu, Kelantan!!Lahir jer kat sana tetapi membesar di KL.


Para penduduk akan menerima sumbangan baju raya yang berkualiti tinggi iaitu Baju Melayu untuk lelaki dan Baju Kurung untu perempuan serta baju kemeja untuk lelaki bukan muslim dan kain untuk perempuan bukan muslim. Lebih istimewa, mereka boleh membuat pilihan masing-masing dari segi warna, corak serta saiz yang diingini. Sumbangan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kumpulan penerima dan kesemuanya akan menerima barangan masing-masing sebelum hari raya. Penebusan baju raya bermula dari 10 Ramadhan hingga 15 Syawal.





Dalam pada itu, Jakel tahun ini menyediakan pelbagai design dan jenis fabrik berkualiti tinggi untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. Jakal juga baru sahaja memperkenalkan  duta-duta mereka tahun ini iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Ashaari, Lara Alana, Harith Azreen, Hanis Zalikha, Hari ke diaman Yusuf Iskandar seta 2 icon kempen iaitu Janna Nick kiranya anda berani, Hairul Azreen, Haniz Iskandar, Yusuf Iskandar serta icon kempen - Jana Nick dan Rozita Che Wan




Selain dari itu, Jakel Shah Alam buat pertama kalinya bekerjasama dengan Haqqi (sebuah portal Online barangan haji & umrah dan barangan muslimah) membangunkan khemah besar jualan Aidilfitri bersebelahan Petronas, Seksyen 7, Shah Alam. Terdapat lebih 20 jenama artis terkenal akan dibuka sepanjang bulan Ramadhan bermula esok hingga malam raya.    


Jakel Shah Alam

 No. 27, 29, 31, 33 & 35, Jalan Plumbum S7/S, 
Seksyen 740000 Shah Alam, Selangor





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment