PAKEJ URUT BERSALIN/BERPANTANG SERI WANGI - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Khamis, 22 Ogos 2019

PAKEJ URUT BERSALIN/BERPANTANG SERI WANGI


Seri Wangi sudah lama buat perkhidmatan urut bersalin tapi belum lagi hebahkan dalam blog seri wangi ni, sekarang sri wangi rasa perlu tulis dalam blog ni sebab sekarang susah nak cari tukang urut. Seri wangi buat pakej urut bersalin untuk ibu-ibu yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan yang dekat dengan kawasan Seri Wangi tinggal di Sungai Buloh. Seri Wangi akan pergi ke rumah pelanggan jadi usah risau kalau pelanggan tidak dapat ambil seri wangi di tempat tinggal seri wangi jika jauh. Call saja nanti boleh bincangkan pertemuan dan cara seri wangi ke rumah pelanggan. Seri wangi juga pergi di kawasan Pucong, Shah Alam dan Klang, itu boleh dirundingkan. Pakej urutan selama 3 hari kalau nak lebih pun boleh. Pakej termasuk urutan badan, bertungku dan berbengkung dan mandi babya. Talipon Seri Wangi untuk tempahan dan juga jika ada masalah semasa mengandung dan berpantang. Seri Wangi juga ada ambil pakej untuk penjagaan ibu dalam pantang, ini perlu dirundingkan dulu.  Tel:  016-3747052.

URUTAN BADAN

Urutan seluruh badan untuk buang angin, pulihkan kembali tenaga, sakit-sakit badan selepas melahirkan, betulkan  urat saraf yang kembang dan urutan kepala dan tapak kaki dan sengkak peranakan.





BERTUNGKU

Setelah berurut seluruh badan, Seri Wangi akan bakar tungku untuk tungku di perut dan badan. Bertungku di perut untuk pulihkan tempat peranakan kita agar cepat kecut dan darah kotor cepat keluar. Bertungku seelok-eloknya dibuat hari-hari hingga habis pantang agar perut cepat kempis dan ramping kembali.



BERBENGKUNG

Setelah selesai bertungku barulah Seri Wangi pakaikan bengkung tetapi sebelum berbengkung kenalah sapu dulu dulu kapur sireh+limau nipis/tapel/krim halia di perut agar perut cepat kempis dan peranakan cepat kecut, kalau rajin berbengkung dari pagi hingga ke malam selama berpantang, pasti perut akan cepat kempis dan pinggang kembali.


 Pilis dan Param

Setelah semuanya selesai barulah pakai pilis di dahi untuk hindarkan pening kepala atau gelap mata. Sapukan seluruh badan dengan param agar badan tidak masuk angin. Ibu-ibu digalakkan memakai baju lengan panjang dan stokin dalam masa berpantang agar tidak masuk angin.


BERTANGAS

Bertangas ni untuk membersih alat virgina kita agar bersih dan tidak berbau ketika dalam pantang dan memulihkan luka jahitan.

Gambar Hiasan - Bertangas


 
Makanan yang perlu dielakkan dan yang boleh dimakan





 Set Jamu Bersalin   


Di sini Seri Wangi syorkan set-set bersalin yang biasa pelanggan beli, semua terbaik dan kita kenalah rajin makan jamu untuk pulihkan badan dan jangan malas amalkan jamu tersebut sepanjang dalam berpantang. Kalau malas nanti badan kita cepat terkena sakit sendi dan peranakan kita akan mengalami masalah seperti peranakan cepat turun, perut buncit dan ikutlah cara orang kampung berpantang. 

Set Bersalin Anugerah

Set Jamu Mak Dara
Set Jamu Salidah

Set Jamu Sendayu Tinggi

Set Jamu AMWAY

Set Jamu NR


PRODUK UNTUK LUARAN



SWISDERM adalah produk terbaik yang pernah Seri Wangi guna terutamanya untuk menyembuhkan luka-luka, parut, terkena air panas, minyak panas, bekas bisul jika disapu dengan cream swisderm ni ianya akan cepat kering dan menghilangkan bekas parut bisul dan juga scratchmark di perut mungkin akan berkurangan sekiranya bekas tersebut banyak dan tebal mungkin memakan masa untuk hilang atapun berkurangan. Jika ada kemushkilan bolehlah berhubung dengan Seri Wangi.


Untuk maklumat lanjut dan tempahan 
pakej bersalin


Tel:  016-3747052

27 ulasan:

  1. Great Post. Lovely Blog. I am really loving your blog.
    I am following your blog. pls follow back,xxx
    My blog new post click & comment

    BalasPadam
  2. Lepas bersalin mesti nak kena urut badan dalam tempoh pantang .. badan nak pakai lama. Pada ibu yang pertama kali bersalin, jaga pantang dengan betul ya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu jgn mls jaga bdn dlm pantang tak kiralah anak dah brpa orang

      Padam
  3. done folo ur blog :)
    alang2 dah join comment program ni :)

    terbaik.
    mesti berurut lepas bersalin.
    melegakan. menyihatkan.
    3 kali or lebih. best nyer!
    now pun, sekali dlm 2 bulan pasti aida akan pergi berurut.
    meleraikan urat2 yg bersimpul :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu bagus berurut utk perjalannan darah

      Padam
  4. Tercari-cari kat mana harga pakej berpantang rupanya kena terus call dan whatsapp ya hehe okay boleh survey nanti :)

    BalasPadam
  5. bertangas tu memang best, kalau rasa badan lemau banyak angin, period pun tak okay memang bertangas lah jawabnya. Bertungku bila period datang senggugut. Selesa je tidur

    BalasPadam
  6. Wah complete semua servis dari urut sampai tangas. Servis terbaik dari serai wangi. Mereka yg duduk berdekatan boleh laaa cuba khidmat serai wangi ni ya

    BalasPadam
  7. Wah. Berapa ni pakej ? Kalau mengurut utk ibu yang sizer ada tak? Contoh selepas 1 tahun, nak urut boleh ? Ingat nak hantar bini la. Lama tak mengurut. Rawang cover?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rawang kat mana?Call/wssap nti kak bg detail

      Padam
  8. Banyak juga pantang larang orang baru lepas bersalin ni hehehe kita baru tahu ilmu berguna mana tahu satu hari nanti akan dapat anak dan masa tu suami kena main peranan untuk jaga isteri berpantang hehehe kena tahu jugakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye maha...kena betul2 ikut pantang tau..bkn saja2 buat syarat pantang tu tanyalah org tua2 kalau dulu2 lg byk pantangnya lgpun blh libatkan nyawa klu tak ikut pantang kalau nasib tak baik

      Padam
  9. Bila tengok entry akak ni kan, rindu pula zaman berpantang. Best dapat tungku, urut dan bengkung tu semua.

    Pakej² yang akak tawarkan ni memang untuk orang bersalin je ke?

    Maksud Ruby, kalau nak urutan tradisonal betulkan urat dan sengkak untuk yang bukan bersalin, available ke kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau urut biasa pun kak buat kalau Rubiah nak urut blh dtg umah kak kat sg buloh kalau dekat wssap jer

      Padam
  10. wahhh tak tahu pulak seri wangi ada buat pakej urut bersalin. hebatlah seri wangi. saya sangat salute ! bolehlah nanti saya recommend kawan2 sy yang mencari pakej urut bersalin. susah nak jumpa yg betul2 pakar dalam hal nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak dah lama buat pakej urut bersalin, skrg buat pakej jaga dlm pantang dan juga urut biasa

      Padam
  11. Bestnya kak seri wangi ada buat servis urutan ni.. Rindunya moment ni semua masa lepas bersalin dulu. Masa ank kedua tak daapt berpantang betul betul. Sebab dia kena kuning/jaundis. Berulang ke klinik je. Dah tak merasa nak bertungku, berbengkung sangat. Kalau la tempat akk dekat dengan saya, memang nak try juga urutan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala..syamira boleh jer urut balik kak duk sg buloh sapa2 blh urut utk urut biasa

      Padam
  12. Saya suka survey pakej camni. Sebab lepas berpantang mesti mencari tukang urut tu. Best kalau dapat teruskan servis macam berpantang. Nanti nak try la kak. hehehe

    BalasPadam
  13. wah lengkap sungguh pakej seri wangi nie...nanti anak2 berpantang bole jemput seri wangi untuk berurut. Berurut pada orang perempuan tak bersalin tak da ke??

    BalasPadam
  14. Dulu masa bersalin anak pertama tak ada research sangat pasal berurut dan perpantang ni, so buat apa yang tahu je. Ni dah ada pengalaman, anak kedua memang nak berpantang betul-betul. Kalau ikutkan seronok je berpantang ni.

    BalasPadam
  15. dalam pantang kalau dapat berurut memang sedap sangat.. lega yang tak boleh nak cakap la.. then berlulur, bertanggas lagi.pergghh mmg terbaik. nak jugak la berurut ni..

    BalasPadam
  16. fuh.. syoknya kalau dalam pantang dapat berurut dengan sampurna.. rasa urat-urat dan otot badan tu segar je kan.. TB tak merasa nak mengurut time berpantang sebab bersalin czer.. nak urut biasa-biasa pun takut.. ada had dia kan.. so.. dah lama sikti baru lah berurut .. tu pun tak boleh mengurut macam orang biasa.. takuttt..

    BalasPadam

Thak You For Your Comment