Seronok sungguh pergi jalan-jalan cari makan di Halalfest PWTC yang dijalankan selama 4 hari. Memang puas hati sampai tak larat nak jalan dan tak larat nak makan sample-sample makanan di gerai-gerai di situ. Seri wangi tak lepas peluang ambil bahagian dalam pertandingan masakan Ratu Resepi anjuran Mak Dara. Setiap hari mula hari khamis hingga sabtu, dipilih pemenang pertama untuk masuk pusingan akhir. Rezeki Seri Wangi menang dalam pusingan hari ke 3 - Sabtu, tak sangka dah rezeki namanya Seri Wangi menang tempat ke 2, kawan seri wangi cuma dapat sagu hati tapi hadiah juga lumayan. Walau macamana pun hadiah wang tunai memang lumayan begitu juga dengan hadiah saguhati. Paling senang kerana bahan-bahan semua sudah siap sedia cuma kita masak je menggunakan rempah Mak Dara yang memang sedap untuk masak nasi beriani.
Nasi Beriani Hadiah No 2 |
Nasi Berianai ysng sudah dimakan |
Chef Zaidah juri pertandingan Ratu Resepi,baik orangnya, lemah lembut dan cantik, Jaafar Onn jadi pengacara majlis. Gementar juga seri wangi dibuatnya ketika pertandingan hari itu maklumlah kena masak depan orang ramai pulak tu. Chef Zam menguruskan pertandingan masakan untuk Kolej. Selain itu diadakan juga pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.
Pertandingan masakan untuk kolej |
Asyik dengar coloteh Chef Wan |
Rempah Beriani Mak Dara |
Chef Zam |
Bersama Suziana |
Pertandingan Mewarna |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Thak You For Your Comment