Kesihatan dan keselamatan adalah keutamaan yang sepatutnya di dahulu kan. Jika kita sihat maka semua Pekerjaan seperti beribadah, berniaga, bersukan dan pelbagai aktiviti dapat di laksanakan dengan baik. Tunai kan hak ke atas tubuh badan kamu agar senantiasa dapat melaksanakan kebaikan dan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Itulah nasihat dan pandangan dari Dr Zulkafperi MD seorang doktor pakar PROLOTHERAPY yang telah merawat beribu-ribu pesakit menggunakan kaedah Prolotherapy yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang Prolotherapy tanpa pembedahan.
Dengan cara ini beliau dapat membantu pesakitnya yang bergelut dengan sakit belakang, sakit pinggul, sakit leher, sakit buku lali, sakit bahu, sakit siku, sakit lutut, sakit buku lali, sakit tumit, sakit kaki, sakit kepala dan lebih banyak lagi untuk membantu mereka mengelakkan pembedahan dan terus hidup tanpa rasa sakit.
Walaupun dengan kesibukan berkempen atas Parti Perikatan Nasional namun tekad untuk membantu penduduk Tanjong Karang tetap menjadi pilihan hati Dr Zul. Beliau sudi merawat beberapa pesakit di Kampung Parit Serong.
Abdul Rahman Abidin umur 77 tahun dari Kampung Parit Serong telah mengalami masalah sakit lutut hampir 4 ke 5 tahun lamanya. Beliau telah mencuba pelbagai kaedah rawatan. Syukur Alhamdulillah pada malam rawatan ketika itu hujan gerimis penuh rahmat bersama Dato Dr Zulkafperi atau dikenali Dr Zul suatu keajaiban sehingga menitis dan mengalir air mata Pakcik kerana sakit yang di alami yang begitu lama telah sembuh dengan keajaiban Allah s.w.t dengan kaedah rawatan Dr Zul.
Kepakaran yang ada pada Dr Zul di gunakan untuk memberi khidmat kepada penduduk. Dr Zul bukan biasa-biasa dalam diam kerana mempunyai bakat dan kepakaran yang amat diperlukan oleh semua penduduk dan rakyat selain sebagai seorang pemimpin yang hebat.
Ketika rawatan Pakcik Abdul Rahman dan orang yang hadir amat terkejut kerana beliau dapat duduk bersila melipatkan kaki dan mengangkat kaki. Di saat itulah riak wajah Pakcik amat gembira sehingga menitis air mata tanda Syukur kepada Ilahi. Allahu Akbar.
Pakcik Abdul Rahman sangat tersentuh hati dan berterima kasih sangat kepada Dr Zul kerana dengan izin Allah s.w.t Pakcik dapat merasai perubahan yang begitu cepat dan ajaib dengan menggunakan kaedah rawatan pakar Dr Zul. Pakcik dan isteri beliau menunggu 3 hari untuk berjumpa Dr Zul dan rezeki malam 14 Nov 2022 akhirnya dpt berjumpa dan menerima rawatan Prolotherapy.
Seorang lagi pesakit yang berpeluang mendapat rawatan dari Dr Zul ialah Muenah binti Salleh, berusia 68 tahun dari Kampung Parit Serong. Makcik Muenah telah mengalami masalah lutut. Sebelum ini beliau telah menerima rawatan dari Dr Zul di lutut kaki kanan dan menerima 12 suntikan pada lutut oleh Dr Zul sendiri. Perbezaan amat ketara sekali sebelum dan selepas. Bak kata makcik seperti MAGIC katanya.
Kini makcik Muenah hadir dengan wheelchair untuk menerima rawatan di lutut kaki sebelah kiri pula. Alhamdulillah dapat berdiri dan berjalan sedikit. Dalam masa yang sama juga makcik membawa suami beliau untuk pertama kali menerima rawatan yang sama. Mereka berdua amat bersyukur di atas perubahan kesihatan mereka yang semakin pulih. Beliau hadir dan datang berjumpa Dr Zul atas saranan kawan-kawan kerana Dr Zul adalah Doktor Pakar Prolotherapy.
Inilah PEMIMPIN yang perlu kita ada di kalangan masyarakat terutama kawasan Parlimen Tanjong Karang. Kebaikan dan Manfaat kepada sesama insan dan khidmat sebagai seorang pemimpin perlu dibuktikan dengan perlaksanaan yang istiqomah.
Masa depan Tanjong Karang bergantung kepada pengundi-pengundi yang ada di Tanjong Karang. Jika mahukan perubahan dan pembaharuan maka Dr Zul adalah pilihan yang tepat dan amat sesuai. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Dr Zulkafperi MD. sila layari: https://www.prolotherapy.my
Dr Zulkafperi MD.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Thak You For Your Comment