Calon No.3 Dr. Zul Perikatan Nasional Tanjong Karang Berjiwa Rakyat - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 14 November 2022

Calon No.3 Dr. Zul Perikatan Nasional Tanjong Karang Berjiwa Rakyat


Pada 13 November 2022 yang lepas Dr. Zul, Calon No.3 Perikatan Nasional Tanjong Karang pada jam 1.20 petang  telah hadir ke Majlis Perkahwinan penduduk di Tanjong Karang. Majlis perkahwinan tersebut di sambut dengan penuh meriah, di mana kedua pengantin tersebut adalah antara Atikah dan Syamil. 




Majlis tersebut diraikan dan di sambut dengan mesra dan prihatin rakyat oleh Kapt. (B) Dato' Dr Zulkafperi Hanapi.




Pasar Malam Pekan Tanjong Karang


Seterusnya Dato' Dr Zulkafperi Hanapi ke Pasar malam Pekan Tanjong Karang pada jam 5.30pm untuk bertemu  rakyat Tanjong Karang di Pekan. Ramai penduduk Tanjong Karang yang datang untuk membeli belah di Pasar Malam seawal petang hari. Calon No.3 Dato' Dr Zulkafperi Hanapi dan pasukan beliau berkempen di sepanjang pasar malam.





Ketika berkempen beliau turut bertembung dan bermesra dengan Calon dari Barisan Nasional dan MUDA secara kebetulan. Sikap yang mesra, Profesional dan terbuka beliau amat dirasai apabila beliau tenang berhadapan dengan lawan calon-calon di Tanjong Karang.






Kg. Parit Serong Tanjong Karang


Pada jam 9. 30 malam Calon No.3  Dato' Dr Zulkafperi Hanapi membuat lawatan ke gelangang silat Persatuan Seni Silat Cimande Warisan. 



Menarik minat golongan Belia untuk aktiviti sihat. Kedatangan Calon No.3 Dato' Dr Zulkafperi Hanapi memberi suntikan semangat dan mendekatkan pemimpin dengan golongan Belia dan penduduk kampung.






Semoga Calon No.3 Dato' Dr Zulkafperi Hanapi akan berjaya dalam pemilihan PRU-15 di Tanjong Karang. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment