PAMERAN BPEX SATU RUMAH, SATU KELUARGA BUMIPUTRA MALAYSIA PADA 1 & 2 OKT 2022 DI MID VALLEY - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 30 September 2022

PAMERAN BPEX SATU RUMAH, SATU KELUARGA BUMIPUTRA MALAYSIA PADA 1 & 2 OKT 2022 DI MID VALLEY

 


Anda masih tercari-cari rumah idaman? Sesiapa pun mempunyai impian untuk. memiliki sebuah rumah idaman dari menyews rumah setiap bulan, namun begitu bukan semua orang yang mampu membelinya. Bagi kalangan orang yang bekerja dan mampu membeli rumah tidak menjadi masalah, tapi di kalangan orang tidak mampu seperti peniaga kecil-kecilan tentu tidak mampu kerana tidak mempunyai pendapat yang tetap serta tidak mempunyai penyata gaji untuk membuat pinjaman bank. 

Oleh itu anda usah risau kerana masih ada peluang anda memiliki rumah idaman,  khususnya golongan muda bumiputera diseru mengambil initiatif menghadiri Pameran Satu Rumah, Satu Keluarga Bumiputera Malaysia - Promosi Bumiputera Kuota (BPEX 2022)  yang bakal diadakan pada 1 & 2 Oktober 2022 bertempat di Dewan 3, Pusat Pameran Mid Valley dari jam 11 pagi hingga 9 malam.


PAMERAN BPEX  SATU RUMAH, SATU KELUARGA



Tujuan utama program pemilikan pameran ini adalah untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera di bidang hartanah dan menggalakkan kaum Bumiputera khususnya orang Melayu, celik hartanah dan menyahut aspirasi kerajaan untuk meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera sebanyak 30% hingga 60%

Melalui skim-skim yang ditawarkan itu,  golongan Bumiputera daripada gologan B40 atau M40 berpeluang untuk memiliki rumah di sekitar Lembah Klang, khususnya bagi pembelian Rumah Pertamaku. Kira-kira hampir 8,500 unit kediaman dan pejabat untuk Kuota Bumiputra ditawarkan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bermula dari RM200,000 ke atas. Program pemilikan kediaman BPEX ini membawa pakej-pakej menarik yang mana inisiatif Pembiayaan perubahan iaitu i-biaya akan memudahkan golongan ini memikili kediaman tyang mana Skim Pinjaman Kredit Perusahan (SJKP) inisiatif dari Kementerian Kewangan untuk membantu yang tiada pendapatan tetap dan tiada slip gaji untuk memiliki rumah pertama mereka, seperti pemandu teksi, golongan petani dan Perusahan kecik yang boleh memiliki rumah maksima RM400,000.
 

Selain itu, pembeli-pembeli Bumiputera dapat membuat pilihan hartanah yang berbagai dan menikmati harga Promosi Bumiputera Kuota (BPEX) dan juga diskaun bumiputera sehingga 15%. Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas juga membantu berpendapatan rendah untuk memiliki rumah dari banj-bank yang terlibat seperti Maybank, Bank Muamalat, Bank Islam dan Bank Rakyat dengan Pembiayaan 110% dengan tiada bayaran pendahuluan. Turut serta juga dengan Skim PRIMA Sewa Beli (RTO) untuk mereka yang berpendapatan rendah berminat untuk menyewa Dahulu dan kemudian baru membeli serta memiliki tanya. Oleh itu digalakkan kaum Bumiputra mengambil peluang ini sementara unit-unit masih ada dan dikekalkan untuk mereka memiliki rumah sendiri. 



Pembeli Bumiputra dapat membuat pembagai pilihan hartanah dan menikmati harga promosi Kuota Bumiputra dan juga diskaun sehingga 20% serta rebat-rebat diskaun yang tinggi bagi memudahkan pembeli. Promosi-promosi lain berupa subsidi percuma perjanjian jual beli, setem duti dan pelbagai lagi seperti kelengkapan kabinet dapur, vaucer perabut dan peralatan elektrikal percuma juga akan di sediakan oleh pemaju-pemaju rumah yang mengambil bahagian di pameran tersebut. 

Di petik daripada kenyataan Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato'Sri Reezal Merican Naina Merican berkata, di bawah program HOPE, Kerajaan turut memperkenalkan inisiatif pemilikan perubahan Keluarga Malaysia (I-Miliki) melibatkan pemberian inisiatif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama mengikut kadar harga rumah. Bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, inisiatif pengecualian duti setem adalah sebanyak 100% manakala harga rumah melebihi RM500,000  hingga RM1juta, insentif pengecualian sebanyak 50%.



Untuk maklumat anda semua, terdapat 55 pemaju yang akan mengambil bahagian mempamerkan unit kediaman masing-masing di mana 25 dari Kuala Lumpur dan 30 dari Selangor. Antaranya Platinum Victory, PKNS, SP Setia, Malton Berhad, OCB Group Berhad, MCT Berhad, IJM Corporation Berhad, UEM Sunrise, EUPE Corporation Berhad, MKH Berhad, Glomac Group, Sky World Development, Mah Sing dan TS Law.


Pameran BPEX ini mendapat perhatian dan sokongan dari Kementerian a Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), yang mana Majlis pembukaan Pameran ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 1hb Oktober 2022 jam 5.30 dan Majlis penutup an akan dihadiri oleh YB Dato' Seri Dr Shahidan bin Kasim, Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan pada 2hb Oktober 2022bjam 8.00 malam. 


Untuk maklumat lanjut berkenaan Pameran BPEX Satu Rumah, Satu Keluarga Bumiputera Malaysia, anda bolehlah layari BPEX



#BPEX #SatuRumahSatuKeluarga
#PameranBPEX #KuotaBumiputra
#SkimJaminanKreditPerumahan
#SkimRumahPertamaku #KPKT
#SkimPrima #CAGAMAS #KWP
#RentToOwn #Bumiputra
#B40 #M40 #pameranhartanah

9 ulasan:

  1. wahh tinggi gak diskaun tu. menarik gak. kira inisiatif yang bagus untuk bagi rakyat mampu ada rumah

    BalasPadam
  2. Excitednya pasal hal rumah-rumah ni sebab sure akan dapat banyak ilmu baru dengan attend event macam ni.

    BalasPadam
  3. Wah, menarik jugak inisiatif ini. Bolehlah mereka yang berminat mencari rumah untuk mencuba :)

    BalasPadam
  4. Mana nak dapat rumah bawah 300k ni. Kalau ada peluang, amik la. bestnyaaa

    BalasPadam
  5. Bagusnya Program 1 pelan 1 rumah ini.. selain dapat membantu dan menaiktarafkan golongan yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah, menjalin hubungan baik antara Pemaju dan pembeli. Moga lebih banyak program dan inisatif yang diambil untuk memastikan setiap keluarga di Malaysia memiliki sekurang2nya 1 rumah untuk didiami..

    BalasPadam
  6. Bagusnya ada initiative macam ni, mengalakan lebih ramai untuk rancang untuk miliki rumah sendiri at more affordable price kan! Kena banyakkan lagi initiatives mcm ni!

    BalasPadam
  7. wahh banyak diskaun. Sangat bagus untuk kita.

    BalasPadam
  8. This is a good initiative to give the B40 a chance to own a house and have a better living

    BalasPadam
  9. Program yang bagus untuk mereka yang ingin mendapatkan aset baharu. Rumah pertama dengan harga berpatutan macam ni susah nak dapat. Elok pergi expo untuk cari.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment