Keindahan Pantai Di Lotus Seaview Beach Resort & Spa Distinasi Menarik Pengunjung - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Khamis, 28 Julai 2022

Keindahan Pantai Di Lotus Seaview Beach Resort & Spa Distinasi Menarik Pengunjung


Bagi yang sukakan penginapan di tepi pantai, Seri Wangi rekomenkan anda bermalam di Lotus  Seaview Beach Resort & Spa yang menghadap ke laut, angin sepoi-sepoi bahasa dan kita dapat mendengar desiran ombak dari penginapan kita yang tidak jauh dari pantai. Pemandangannya sangat cantik dengan laut yang membiru, pasti mengamit perasaan anda, lebih-lebih lagi kalau yang sedang dalam honeymoon, romantik kan? 


Lotus  Seaview Beach Resort & Spa sama jugak seperti Lotus Desaru Beach Resort & Spa namun begitu Lotus Seaview terletak di Pengerang, jarak perjalanan lebih kurang 45min dari Lotus Desaru. 



BILIK PENGINAPAN



Kalau yang merancang nak honeymoon tu Seri Wangi memang rekomen anda datang bercuti ke sini, sebabnya suasana yang tenang, nyaman dan sunyi. Kalau nak bawak family, pasti anak-anak yang paling gembira dapat bermandi manda di pantai dan juga kolam renang serta dapat melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan di sini. 

Untuk menginap di Lotus  Seaview Beach Resort & Spa.Pelbagai kemudahan yang disediakan seperti microwave, peti sejuk, kipas, TV, coffee/tea. Terdapat 3 pilihan penginapan untuk anda.

🌊Villa Sea View 
🌊Villa Garden View
🌊Bilik hotel





Villa Sea View 

Villa Sea View adalah villa 2 tingkat yang terletak di tepi pantai, menghadap laut sememangnya sangat memukau mata memandang. Villa yang mempunyai bilik yang lengkap, luas, selesa dan mempunyai katil yang bersih dan selesa. Apalagi berdepan dengan pantai, bersantai di beranda sambil melayan perasaan. Bilik-bilik penginapan amat sesuai kalau bercuti bersama family, teman-teman dan berbulan madu. Pagi-pagi bersiar di tepi pantai sambil menunggu sunrise dan senja melihat sunset serta bersiar-siar dan mandi manda di pantai. 






Villa Garden View 

Pilihan untuk anda yang suka mandi di swimming pool terutamanya kanak-kanak dan mempunyai taman permainan yang cantik. Villa Garden View terletak tidak jauh dari pantai, anda cuma berjalan kaki jika anda mahu mandi-manda di pantai dan jika cuma ingin bersantai bersama anak-anak, bolehlah bersantai dan melihat anak-anak bermain dan mandi di swimming pool. 







Bilik hotel Lotus Seaview

Jika anda berdua ataupun bersaorangan dan ingin menginap bilik yang kecil tapi selesa amatlah sesuai menginap bilik hotel tersebut dengan berpatutan. Bilik penginapan tersebut berdekatan dengan Villa Sea View. 





Aktiviti Dan Sea Sport



Seri Wangi paling suka dengan yang ada di Lotus Seaview di mana anda dan keluarga dapat luangkan masa bermain di pantai seperti ATV, electric motor dan kereta yang kanak-kanak boleh pandu sendiri, jangan risau aktiviti-aktiviti tersebut ada yang nengawasi setiap pergerakan mereka, begitu juga dengan ATV. Memang seronok rupa memandu ATV ni, kalau anda nak tau Seri Wangi sebenarnya takut nak bawak sebab tak pandai bawak motor dan kereta, bila kawan-kawan kata senang  nak handle ATV, maka.... kita trylah jugak dengan pengawasan as bang-abang yang jaga kat situ. Haaaaa.... akhir pass bawa k ATV next time dah tak takutlah nak bawak kalau ada aktiviti memandu ATV.

 











Selepas penat beriadah dan memandu ATV, anda bolehlah lepak-lepak atau bersarapan pagi, makan tengahari di restoren Sea Sport di tepi pantai sambil layan melihat pemandangan pantai yang indah. 






Baca artikel: Percutian Menarik Bersama Keluarga di Lotus Desaru Beach Resort & Spa


Untuk maklumat lanjut layari

WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM

Alamat

1 ulasan:

Thak You For Your Comment