Majlis Pembayaran Zakat Korporat McDonald’s Malaysia Kepada Zakat Melaka" – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)" - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 4 Jun 2022

Majlis Pembayaran Zakat Korporat McDonald’s Malaysia Kepada Zakat Melaka" – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)"



McDonald’s Malaysia menganjurkan Majlis Pembayaran Zakat Korporat Kepada Zakat Melaka – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pada 17 Mei 2022 lalu di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah, Bukit Katil, Melaka Majlis ini menyaksikan penyampaian bayaran zakat korporat 2022 oleh McDonald’s Malaysia kepada Zakat Melaka - Majlis Agama Islam Melaka. Di majlis yang sama, pihak McDonald’s Malaysia juga mengadakan majlis sambutan Hari Raya dan agihan duit raya bersama anak-anak yatim yang menetap di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah.










McDonald’s Malaysia merupakan sebuah organisasi yang sentiasa prihatin terhadap nasib keluarga asnaf dan golongan yatim piatu. Sebagai sebuah syarikat milik pelabur Islam, McDonald’s Malaysia sentiasa komited memenuhi tanggungjawabnya untuk membayar zakat korporat tahunan. McDonald’s Malaysia, yang  dimiliki oleh pelabur Islam, komited melaksanakan tanggungjawabnya untuk membayar zakat korporat seperti yang disyari’atkan oleh Agama Islam.








Majlis Pembayaran Zakat Korporat McDonald’s Malaysia tersebut dihadiri oleh YBhg. Datuk Haji Ibrahim bin Haji Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Melaka, Pn. Shakina binti Mohd Said, Ketua Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam Melaka, Pn. Arina Saffura binti Alim, Ketua Seksyen Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Melaka, dan En. Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman.





Untuk makluman, zakat korporat McDonald’s Malaysia bagi tahun 2022 bernilai RM180,000  ini sebagai sumbangan kembali kepada golongan asnaf dan yang memerlukan di seluruh negeri Melaka. Ini merupakan jumlah tertinggi yang dibayar kepada  Zakat Melaka sejak McDonald’s Malaysia mula membayar zakat korporat pada tahun 2017. 





Zakat korporat peringkat negeri Melaka merupakan negeri ke-enam yang McDonald’s Malaysia telah membayarkan zakat korporat untuk tahun 2022. Sehingga 2022, McDonald’s Malaysia bakal membayar sejumlah RM9.85 juta zakat korporat. McDonald’s Malaysia sentiasa menerapkan nilai-nilai positif dengan menyumbang kembali kepada masyarakat sekitar lokasi ia beroperasi di seluruh negara.











Untuk keterangan lanjut bolehlah layari


WEBSITE

https://www.mcdonalds.com.my/


FACEBOOK

https://www.facebook.com/My.McDonalds/




#McDonaldsMalaysia #MAIM

#ZakatMelaka #KAYFAZ #RMHC

#KompleksAnakYatimFatimahAlZaharah.




5 ulasan:

  1. Alhamdulillah..bagus la hasil dari perniagaan diberikan kepada mereka yg memerlukan

    BalasPadam
  2. satu inisiatif yang hebat daripada pihak mekdi dalam membantu lebih ramai
    masyarakat di luar sana - ayu rafikah

    BalasPadam
  3. What a beautiful initiative to help those people and communities in need. cant wait to see the smiles on the children's faces!

    BalasPadam
  4. This is a good initiative by McDonald. I’m glad they are doing this. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  5. Wow this is another good initiative by McD, they always help the needy and so supportive

    BalasPadam

Thak You For Your Comment