Inisiatif Kitar Semula Melalui AEON Bekerjasama Dengan KLOTH CARES Untuk Melindungi Alam Sekitar, - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 10 Jun 2022

Inisiatif Kitar Semula Melalui AEON Bekerjasama Dengan KLOTH CARES Untuk Melindungi Alam Sekitar,

 

PROTECT OUR PLABET


Kewajiban kita bersama  untuk menjaga alam sekitar kita bersih dari sampah sarap yang di buang merata. Tahukah Anda sebenarnya setiap sampah yang di buang, tidak kiralah pakaian buruk, kain buruk, barang-barang elektrik yang rosak, botol-botol kaca/plastik dan sebagainya boleh di kitar semula. 


AEON CO. (M) BHD (AEON) meneruskan usaha kemampanannya dengan bekerjasama dengan KLOTH CARES untuk menyediakan ong kitar semula di cawangan AEON Mall dan AEON BiG terpilih.

Inisiatif kitar semula yang dilancarkan di AEON Alpha Angle di Wangsa Maju, Kuala Lumpur adalah salah satu usaha AEON dalam memperkasakan inisiatif kemampanannya untuk melindungi alam sekitar, biodiversiti dan ekosistem.



Menurut Azli Mohamed, Ketua Pegawai Usahasama dan Kelestarian AEON, “AEON komited untuk menggabungkan amalan mampan ke dalam inovasi produk yang mampu membawa impak positif kepada komuniti. Kami kekal komited untuk mempertingkatkan amalan kemampanan yang telah kami selaraskan dengan prinsip teras kepada Manusia, Keamanan dan Komuniti,”


“AEON berdedikasi untuk memenuhi kewajipan menjadi warga korporat yang baik. Kami berusaha untuk memupuk penglibatan dan kerjasama yang lebih baik dengan komuniti kami sambil terus berusaha untuk menyokong pemegang taruh kami dalam mencapai aspirasi mereka. Dalam melaksanakan inisiatif pada hari ini, kami bersyukur kerana kami dapat bekerjasama dengan Kloth Cares dan rakan pengasas mereka, Selangor Youth Community (SAY) dan Life Line Clothing Malaysia (LLCM) untuk membantu kami menguruskan tong kitar semula untuk ditempatkan di pusat beli-belah pilihan kami,” tambahnya.

 







Sebanyak 38 tong kitar semula akan diguna pakai dan ditempatkan di cawangan AEON Mall dan AEON BiG di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Menerusi inisiatif ini, AEON menyasarkan sejumlah 380,000 kg fabrik kitar semula akan dikumpul dalam tempoh setahun. 

 

Majlis yang diadakan bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 itu diserikan oleh Ummi Kalthum Shuib, Pengarah Wilayah Persekutuan (Wilayah Persekutuan), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCorp) - Kuala Lumpur & Putrajaya, dan penampilan istimewa oleh adik Kumika Kufaizul yang menyampaikan pantun GoGreen.






Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha AEON dalam memperjuangkan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNSDG) - 12 dan 17 yang menumpukan pada memastikan corak penggunaan dan pengeluaran yang mampan, serta mengukuhkan cara pelaksanaan dan menghidupkan semula perkongsian global untuk pembangunan mampan.





Untuk maklumat lanjut, sila layari:

WEBSITE

www.aeongroupmalaysia.com

FACENBOOK

AEON Retail Malaysia

INSTAGRAM

AEON Retail Malaysia

TWITTER

AEON Retail Malaysia


7 ulasan:

  1. Yeay! Good initiative AEON and I can't wait to visit AEON with my recyclable fabrics too.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..baguslah buat program mcm ni supaya kita smua dapat jaga alam sekitar..

    BalasPadam
  3. inisiatif yang sangat bagus dari aeon.. moga dapat diteruskan pada masa akan datang

    BalasPadam
  4. event yang sangat bagus. dan bila bawak anak2 kecil sekali kan, mereka dapat knowledge yang lebih berkesan berbanding kita ceritakan sahaja. mereka sendiri join as apart of the event and charity. nice

    BalasPadam
  5. Lama tak nampak kempen camni.. lagi satu bagus, kalau tak susahnya nak mencari kat mana nak kita buang barang terpakai..

    BalasPadam
  6. This is good initiative kan! Nell pun nak hantar baju2 dan kain2 lama to support this campaign la! Together we can make a difference kan!

    BalasPadam
  7. I memang support initiative macam ni, going to donate more clothes for this recycle and upcycle campaign

    BalasPadam

Thak You For Your Comment