Pokémon TCG 25th Year Exhibition (Pameran Pokémon Trading Card Games (TCG) ke-25 - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 23 Mei 2022

Pokémon TCG 25th Year Exhibition (Pameran Pokémon Trading Card Games (TCG) ke-25


Sapa peminat Pokémon? Haaaa... mesti ramai peminat legend ni! Bukan saja kanak-kanak yang minat, orang dewasa pun ramai yang minat Pokémon ni. Terutamanya card games dia, anak Seri Wangi sampai sekarang masih simpan. 

Kini peminat tegar Pokémon bolehlah datang berkunjung ke Pameran Pokémon TCG yang ke-25 ini yang diadakan AEON Mall Shah Alam dan untuk pengetahuan semua pameran ini adalah lokasi terakhir/penutup untuk  acara tahun ini. Jadi baik lah anda datang ke pameran Pokémon ini yang akan berakhir pada 29 Mei 2022.

















Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk peminat Pokemon. Peminat Juga boleh mendapatkan barangan merchandise Pokemon yang dibawa dari Jepun. Seri Wangi pun teruja bila melihat pelbagai aktiviti dan jualan di pameran tersebut. Tapi bab main games tu tak reti sangat..kanak-kanak dan anak-anak muda yang paling ramai peminatnya. Paling happy bila dapat melihat Pikachu menari di atas pentas. 





 
Pameran Pokémon Trading Card Games (TCG) ini mula dilancarkan pada 28 Januari 2022 di AEON MALL Metro Prima, Kepong. Pelancaran di sini menjadikan AEON Mall Metro Prima sebagai pusat beli belah pertama di Malaysia yang menganjurkan Pameran Pokémon TCG bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-25.








Ia seterusnya di adakan MyTOWNKL, Cheras pada 18 hingga 27 Mac 2022 dan di AEON MALL Bukit Tinggi dari 12 hingga 24 April 2022 dan lokasi  terakhir AEON Mall Shah Alam menjadi lokasi terakhir/penutup untuk acara tahun ini hingga 29 Mei 2022.










Okaylah... apa lagi yang di tunggu, jomlah ramai-ramai berkunjung dan memeriahkan  suasana di pameran tersebut dengan family, terutamanya kanak-kanak pasti seronok dapat bergambar dengan patung besar Pokemon tu. 




Untuk maklumat lanjut, sila layari:

WEBSITE

www.aeongroupmalaysia.com

FACENBOOK

AEON Retail Malaysia

INSTAGRAM

AEON Retail Malaysia

TWITTER

AEON Retail Malaysia



#AEONRetailMalaysia 
#AEONMallShahAlam
#PokémonTCG25tYearExhibition
#PokémonTCG
#PokémonTCGExhibition
#PokémonTradingCardGames
#parentingblogger #lifestyleblogger 

4 ulasan:

  1. Best nyer ada Pokemon exhibition. Alahai... comel nyer Pikachu2 tu. Tringin juga nak ambil gambar dengan depa. Hehehe ^_^

    BalasPadam
  2. Comelnya akak bergambar kat photobooth Pokemon tu. Hehe. Saya dulu pernah main game tangkap2 Pokemon kat phone. Hehe. Peminat Pokemon kalau pegi pameran ni mesti mereka teruja.

    BalasPadam
  3. OK. Nak pergilah sebab nak carikan barangan Pokemon untuk anak-anak saudara.

    BalasPadam
  4. Comelnya.. nie kalau bawa anak AM confirm berbelanja sakan... favourite kartun dia tau POKEMON nie..

    BalasPadam

Thak You For Your Comment