AEON BERSAMA CHEF WAN PERKENALKAN NEOFLAM UNTUK AEON STAR REWARDS - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 2 April 2022

AEON BERSAMA CHEF WAN PERKENALKAN NEOFLAM UNTUK AEON STAR REWARDS

 


Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa kepada my readers yang setia😍

Sempena bulan Ramadan 2022, tentulah kita akan bertambah sibuk di dapur untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Seri Wangi sememangnya setiap hari akan memasak sendiri juadah berbuka untuk keluarga, jarang membeli di Bazar Ramadan, lebih-lebih lagi jika kita mempunyai big family.. Kalau beli memang tak cukup rasanya dan lagi jimat kalau kita masak sendiri. 


Anda tentu ada yang dah mula shopping untuk persediaan menyambut Ramadan. Ada tak yang shopping di AEON Mall? Kalau anda nak tau bulan Ramadan ini, AEON CO. (M) BHD. (AEON) buat pertama kalinya memperkenalkan Program Star Rewards Chef Wan-Neoflam (Chef Wan-Neoflam Star Rewards Programme) ke seluruh negara dengan kolaborasi bersama ikon Malaysia yang terkenal di dalam arena masakan, Chef Redzuawan ataulebih popular dikenali sebagai Chef Wan. 


AEON Star Rewards menawarkan pelbagai jenis peralatan memasak yang moden kepada pelanggan dari segenap lapisan masyarakat, khasnya generasi muda yang mula menjadikan bidang memasak sebagai hobi pasca-pandemik dengan harga berpatutan. Program ini memperkenalkan Neoflam, sebuah jenama peralatan memasak berkualiti tinggi dan mempunyai rekabentuk menarik yang diimpot dari Korea Selatan, kini boleh didapati di kesemua rangkaian pasar raya AEON seluruh negara. Produknya ringan dan mudah digunakan, hasil teknologi EcolonTM yang tidak melekat dan tahan lasak.

Bercakap mengenai program ini, Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON berkata,”Makanan dan masakan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan budaya dan cara hidup rakyat Malaysia keseluruhannya. 


Sehubungan dengan itu, kami yakin chef tersohor negara, Chef Wan merupakan individu yang tepat untuk mewakili koleksi peralatan memasak Neoflam ini.”Chef Wan tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia di mana beliau mempunyai kepakaran, populariti, pengaruh, dan pengalaman luas selama bertahun-tahun dalam bidang masakan. Pada masa yang sama, Chef Wan juga secara eksklusif mengiktiraf peralatan memasak Neoflam untuk AEON. 

“Selaras dengan moto Chef Wan “Makanan yang baik menyatukan kita semua”, kami percaya bahawa kunci utama untuk menyediakan masakan yang baik ialah melalui peralatan memasak yang baik dan bermutu. Kami ingin memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan peralatan memasak yang berkualiti dengan harga yang mampu dimiliki terutamanya kepada mereka yang tidak mahu berbelanja besar.

“Memandangkan kita sudah pun berada di bulan Ramadan yang mulia, hidangan yang dimasak sendiri di rumah sudah semestinya akan menjadi lebih bermakna dengan sambutan kempen Ramadan-Raya AEON-Raya Penuh Makna.’ tambah Low Ngai Yuen.

Program Star Rewards yang sebelum ini dikenali sebagai “Program Kesetiaan Pelanggan AEON” (AEON Customer Loyalty Programme), membolehkan pelanggan mengumpul setem pada setiap pembelian luar talian dan dalam talian di AEON dan menukarnya untuk membeli alat memasak Neoflam dengan beberapa tawaran dan ganjaran yang lain. Melalui program ini, pelanggan akan diberi 1 keping setem (untuk bukan ahli) dan 2 keping setem (untuk ahli AEON) bagi setiap perbelanjaan sebanyak RM30 di AEON secara fizikal manakala pembelian menerusi aplikasi iAEON pula akan menerima e-setem. 

Tambahan 3 setem akan diberikan kepada ahli AEON yang membeli melalui AEON Member Plus, AEON Credit Card atau AEON Wallet. Selepas mengumpul bilangan setem minima (20 setem fizikal untuk ahli AEON, 15 setem fizikal untuk bukan ahli dan 8 e-setem), para pelanggan boleh menebus setem-setem tersebut untuk membeli produk-produk Neoflam.



Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat AEON Star Rewards, sila layar: www.aeonretail.com.my.



Mengenai AEON Runcit 

AEON CO. (M) BHD. adalah syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia dengan 28 AEON Mall, 34 AEON Stor, 9 MaxValu Prime, 65 AEON Wellness dan 43 DAISO dan 4 Komai-so di seluruh negara. Ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai maklum balas kepada jemputan oleh Kerajaan Malaysia dalam membantu memodenkan industri peruncitan negara. 

AEON BiG (M) SDN. BHD. mengendalikan 21 pasar raya besar dengan nama dagang "AEON BiG" di Malaysia. Ia menawarkan pelbagai pilihan dengan nilai yang hebat. Pengambilalihan 

AEON BiG adalah sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi di Asean. 

AEON terus berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah. Berpandukan kepada falsafah “Pelanggan Didahulukan”, pemahaman mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran, dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON beriltizam untuk melangkaui jangkaan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali mereka berbelanja di rangkaian AEON. 

Dengan semangat AEON yang bermaksud ‘berkekalan’ dalam Bahasa Latin, matlamat AEON adalah untuk memastikan kerjasama lestari dengan para pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan komuniti untuk mewujudkan masa hadapan yang tiada had.


Untuk maklumat lanjut, sila layari:

WEBSITE

www.aeongroupmalaysia.com

FACENBOOK

AEON Retail Malaysia

INSTAGRAM

AEON Retail Malaysia

TWITTER

AEON Retail Malaysia

LINKEDLN

AEON Group Malaysia







6 ulasan:

  1. bestnya program Star Rewards Chef Wan ni, terigin nak ambil gambar selfie dengan Chef Wan.

    BalasPadam
  2. Waaa menarik ni.. lama tak pi AEON, nanti nak pi cari laa.. menarik ni..

    BalasPadam
  3. AEON always give the rewards so that why my mom want to get stamps to collect. hehe Wow you are lucky! I want to take a photo with Chef Wan!! :D

    BalasPadam
  4. Menarik ye Aeon Star Rewards ni! Boleh dapat macam2 lagi dari program ni! Nak dapatkan juga la!

    BalasPadam
  5. Best kan rewards kali ni, i pun nak start collect stamps sebab teringin nak beli frying pan tu.

    BalasPadam
  6. Ruby suka juga kumpul sticker AEON ni. Cukup masa bleh beli kuali la, pisau la, tupperware la. Kali ni kuali Chef Wan pun best. Jom kumpul sticker. Hehe.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment