Cabaran Pandemik 2021 -RichWorks Komited Bantu 605,000 Para Usahawan Bangkit Semula - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 16 Januari 2022

Cabaran Pandemik 2021 -RichWorks Komited Bantu 605,000 Para Usahawan Bangkit Semula

 


Peribahsa: Berat mata memandang, berat bahu memikul

Maksud: Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya.


Kita semua sedia maklum bahawa tahun 2021 adalah tahun yang sangat mencabar yang kita terpaksa hadapi dalam menangani pendamik dan musibah banjir. Seluruh negeri terpaksa akur dengan bencana alam terbesar yang terpaksa kita terima dan banyak harta benda musnah. 



Oleh itu RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula. Ramai yang terkesan dengan situasi ini terutamanya para usahawan. Tahun 2021 yang diharungi sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu. Paling menyedihkan ramai usahawan yang terpaksa gulung tikar. 



Richworks prihatin dan memahami perasaan yang dialami ramai orang di luar sana termasuk bangsa usahawan apabila Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19. Lebih menyanyat hati COVID-19 juga menyebabkan Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan. Sapa sangka usianya madih panjang, Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.


Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang. Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. 


Zero to Million Richworks

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.Malah salah satu program kami iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.



Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).




"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.

 


Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.




Perjuangan Richworks 2021

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).




Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.

Moga segala usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.



Perjalanan RichWorks 2021

Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


RichWorks lnternational




#RichWorks #RichworksAcademy #PerjuanganRichworks #PerjalananRichWorks2021

#UsahawanJutawan #BitersXRichworks

8 ulasan:

  1. Mantap ye branding Richworks ni. Tahniah juga sebab berjaya bantu golongan yang memerlukan dan buat program free.

    BalasPadam
  2. This is a good program by Rickworks. Good for entrepreneurs. I should check it out too. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  3. moga Richworks trs sukses dan membantu lebib ramai usahawan utk lbh berjaya

    BalasPadam
  4. Memang terbaekk Richworks ni, selalu membantu buat mereka yang memerlukan.. tahniah buat semua..

    BalasPadam
  5. Such a generous company. Hope they are blessed with many more businesses. Really move to see this kind of news.

    BalasPadam
  6. What a great initiative by RichWorks I'm sure many small businesses are effected during this time and this is beneficial 😊

    BalasPadam
  7. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    BalasPadam
  8. Tahniah Richworks dengan pelbagai kejayaan yang dikecapi

    BalasPadam

Thak You For Your Comment