MFMF - Trilogi RINDU dalam tiga bahasa iaitu bahasa Korea, Mandarin dan Bahasa Melayu - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 15 Disember 2021

MFMF - Trilogi RINDU dalam tiga bahasa iaitu bahasa Korea, Mandarin dan Bahasa Melayu


MFMF telah menghasilkan sebuag lagu yang sedang hangat  bermain di hati peminat R&B tanahair yang dianggotai oleh tiga orang anak muda tempatan iaitu Brendam Lim, Justin Seow dan Zen dan kini tampil dengan Trilogi 'RINDU' hasil kolaborasi penyanyi independent Malaysia  Rapper Airliftz dan juga Alex, Ungku.

Airliftz atau nama sebenar Aliff Shaharom merupakan seorang penyanyi dan juga komposer yang berbakat dimana beliau telah mula membuat lagu sejak beliau berumur 13 tahun lagi. Alex Ungku pula telah mula menempah nama sejak tahun 2019 sebagai seorang penyanyi R&B yang mampu memikat hati pendengar dengar suara yang lunak dan memikat.


‘Rindu’ merupakan lagu khas buat golongan yang sering di “friendzoned” dan luahan perasaan tertekan kerana cinta yang belum berbalas. Gabungan MFMF. bersama Airliftz dan juga Alex Ungku sekaligus menjadikan lagu ini sebagai pertaruhan pertama mereka di dalam industri seni arus perdana. Ini juga merupakan kali pertama bagi Airliftz dalam menyanyi dan bukan hanya ‘rapping’ seperti selalu.


Trilogi RINDU ini telah dikeluarkan dalam tiga bahasa iaitu bahasa Korea, Mandarin dan Bahasa Melayu masing-masing dengan tajuk dan keistimewaan yang berbeza. Kali ini, ‘RINDU’ Bahagian 3 telah dilancarkan pada 26 November 2021 yang lepas dan telah keluar di semua platform strim digital. Sebuah sesi media telah diadakan pada 8 Disember 2021 di Co-Labs Coworking The Starling dimana lokasi telah ditaja oleh Co-Labs sendiri. Tujuan sesi ini adalah bagi memberi peluang kepada para media untuk beramah mesra bersama artis dan dalam masa yang sama keunikan lagu Trilogi ‘Rindu’ ini dapat diperkenalkan kepada masyarakat.


Keunikan Trilogi ‘Rindu’ ini, MFMF. telah bekerjasama dengan myBurgerLab bagi menghasilkan menu burger edisi terhad khas bagi setiap pelancaran ‘Rindu’ dalam ketiga-tiga bahasa. Nama yang berbeza, rasa juga berbeza. Pada keluaran ‘Rindu’ bahagian 3 ini, myBurgerLab telah mengeluarkan burger yang diberi nama ‘Percik Power’ dengan membawa tema Melayu. Promosi ini akan dijalankan selama 14 hari mulai 29 November 2021 dan pengunjung myBurgerLab boleh dapatkan burger edisi terhad ini di setiap lokasi myBurgerLab kecuali di cawangan MyTown.



Dengan harapan dapat melebarkan sayap ke luar negara, MFMF. telah merancang untuk menghasilkan lebih banyak lagu yang dapat menarik perhatian anak muda dengan bantuan aplikasi TIKTOK dan juga mereka telah mempunyai perancangan untuk berkolaborasi dengan artis baru dari YG Entertainment. Seperti diketahui umum, syarikat pengurusan yang sama bagi artis K-POP terkenal Blackpink dan juga Bigbang. Semoga hasrat mereka tercapai sekaligus dapat membuka mata dunia bahawa artis Malaysia juga mampu membawa hasil karya tempatan ke industri hiburan antarabangsa


Tidak ketinggalan, untuk lagu RINDU yang menjadi pertaruhan di dalam dunia seni ini, MFMF. juga telah mendapat ruangan istimewa untuk mempromosikan SINGLE terbaru mereka di sebuah BILLBOARD di Bangsaria, Jalan Maarof. Ruangan promosi ini merupakan salah satu cara yang mereka pilih untuk memperkenalkan bukan sahaja nama MFMF. kepada masyarakat di luar sana malah meluaskan pengaruh muzik mereka. Mereka juga akan melancarkan sebuah kempen khas buat penyokong muzik MFMF. tidak lama lagi. Semoga dengan usaha yang pelbagai ini akan membawa nama MFMF. sebagai komposer yang mengharumkan nama Malaysia.



RINDU


Untuk keterangan lajut layari

WEBSITE

https://www.wearemfmf.com

FACEBOOK

https://www.facebook.com/wearemfmf

INSTAGRAM

https://instagram.com/wearemfmf




#MFMF  #RINDU  #RinduMFMF  #TrilogiRindu  #YGEntertainment #myBurgerLab

#CoLabsTheStarling #weareMFMF #malaysiablogger #lifestyleblogger #entertainmentblogger

8 ulasan:

  1. All the best to MFMF dan Rindu - moga menjadi tambahan yang memperindah industri seni tanah air kita. Chaiyok!

    BalasPadam
  2. Wooow, interesting post, especially the burger from burger lab. I really curious what does the taste are. I hope the band success for the new launch of the song.

    BalasPadam
  3. Interesting band! I shall check out their music soon. Thank you for sharing some information on this band and opening up my world.

    BalasPadam
  4. Best juga idea and lagu trilogi ni yang ada 3 bahasa Korea, Mandarin dan Bahasa Melayu.

    BalasPadam
  5. kumpulan talented boleh menyanyi dlm pelbagai bahaaa . mmg sangat menarik ❤️

    BalasPadam
  6. Memang best Lagu Rindu ini.. AM suka sbb lirik dia memang menusuk ke kalbu habis.. Lagu ttg persahabatan yang tiada penghujung kan..

    BalasPadam
  7. Menarik juga ye lagu RINDU ni.. this group is so new to me bah! Nak dengar juga la lepas ni…

    BalasPadam
  8. Macam best jer lagu RINDU ni.. this group is so new to me… okay kena play their song to check this out la!

    BalasPadam

Thak You For Your Comment