Pembukaan Semula Kedai Bob Rock LoveLily Selepas PKP Dengan Rekaan Design T-Shirt Bercorak - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 27 September 2021

Pembukaan Semula Kedai Bob Rock LoveLily Selepas PKP Dengan Rekaan Design T-Shirt Bercorak



‘Butik pakaian saiz besar lelaki dan wanita paling ohsem di Malaysia'


Sekarang korang tentu happy kita dah boleh shopping kat shopping mall kan? Hilang sikit stress sebab dah lama terperap di rumah dan asyik shopping online jer sejak PKP ni kan? Jom Seri Wangi nak bawa korang semua jalan-jalan shopping satu butik yang menjual pakaian bersaiz besar. Memang susahkan nak cari pakaian bersaiz besar. Don't worry Seri Wangi nak share dekat mana nak cari.

Tentu korang semua masih ingat, Seri Wangi pernah share butik yang menjual pakaian bersaiz besar untuk lekaki dan wanita. Butiknya yang yang terletak di PLAZA SHAH ALAM seksyen 9, Shah Alam kini dah di buka semula iaitu Butik Bob Rock LoveLily selepas PKP. Korang bolehlah baca tentang butik Bob Rock LoveLily di Beraya dengan baju melayu dan kurta Bob rock

Tentu korang gembira dengan pembukaan semula butik tersebut, bolehlah shopping dan memilih pakaian yang terdapat di butik Bob Rock LoveLily yang cantik-cantik belaka dan pelbagai design. terbaru. Seri Wangi pun berkenan dengan pakaian di situ terutamanya untuk lelaki yang bersaiz besar memang sesuai untuk my husband.

Bob Rock LoveLily adalah kedai pakaian yang menjual pakaian SAIZ BESAR. Kebanyakkan orang Malaysia kita bila badan membesar ketinggian kekal sama. Saiz pakaian di Bob Rock LoveLily pula mengikut saiz potongan badan orang Malaysia tetapi masih kekal mengikut ketiggian orang Malaysia berbanding dengan orang Amerika dan Eropah di mana bila membesar, baju menjadi labuh. Jadi korang tidak perlu risau baju labuh hingga ke lutut.







Dengan tagline kedai ‘Butik pakaian saiz besar lelaki dan wanita paling ohsem di Malaysia!

Bob Rock LoveLily menyediakan pakaian plus size untuk lelaki dan wanita yang bermula dari baju pejabat ke baju kasual. Bob Rock LoveLily mengalu-alukan kedatangan semua ke kedainya di Lot F-15 aras 1 PLAZA SHAH ALAM, Seksyen 9 Shah Alam yang dah mula beroperasi pada setiap hari kecuali Rabu dari 11 pagi - 8 malam (Rabu tutup). Bob Rock LoveLily.

Seri Wangi pun pernah ke kedai tersebut memang terbaik dan menarik bila masuk ke dalam butiknya, banyak pilihan dan tawaran menarik, memang rambang mata hendak memilihnya.


Korang semua jangan risau kalau hendak datang shopping di Butik Bob Rock sebab kedai tersebut disanitasi sekali setiap minggu dan dibersihkan setiap hari. Mematuhi SOP di mana cuma pengunjung yang sudah mengambil vaksin 2 dose sahaja dibenarkan seperti mana yang telahditetapkan oleh Kerajaan dan mendengar arahan Kerajaan dari masa ke semasa

📌Memakai pelitup muka dan disarankan dua lapis
📌Scan MySejahtera dan suhu sebelum memasuki kedai.
📌Membersihkan tangan dengan hand sanitizer yang disediakan.
📌Mejaga jarak antara satu sama yang lain.
📌10 orang dalam satu-satu masa

Selain itu Butik Bob Rock LoveLily juga mewajibkan setiap staffnya yang mencukupi dua dos sahaja yang dibenarkan bekerja dan mereka sentiasa berusaha untuk menjaga keselamatan semua agar penularan wabak covid-19 dapat dibendung dengan cara meletak gambar kedai dari depan, Letak gambar dalam kedai dan juga letak alamat, dan link di gambar.



Baju Bercorak Bob Rock LoveLily

Terbaru kini butik Bob Rock LoveLily hadir dengan baju-baju baharu dan baju yang diminati dengan T-Shirt bercorak design yang lebih menarik dan cantik, sudah pastinya disukai setiap lelaki yang melihatnya. Pakaian tersebut bukan sahaja untuk lelaki tapi perempuan juga boleh memakainya sebab baju unisex.






Baju T-Shirt bercorak Bob Rock ada 4 pilihan rekaan corak semuanya untuk 3 saiz iaitu 2XL, 4XL dan 6XL dan mempunyai 4 warna corak yang menarik iaitu warna kuning, merah, biru dan putih.



















Cantikkan corak-corak pakaian plus size di butik Bob Rock. Seri Wangi pun berkenan bolehlah nanti belikan untuk suami dan anak Seri Wangi. Jangan risau baju-baju di sini bukan saja untuk lelaki tapi untuk perempuan pun boleh pakai, unisex. 



Oh ye bagi yang tidak dapat datang sebab belum cukup vaksin boleh jer korang beli secara online yang mana website mereka sentiasa diperkemaskan dan ditambah baik untuk memberi pelanggan pengalaman yang hampir sama ketika membeli di kedai. Promosi yang ada di kedai juga terdapat di online agar tak terlepas. Kita menyediakan dua pilihan online sama ada ke website ataupun Shopee.

Bolehlah buat pembelian pakaian Bob Rock secara online di website:



Dan juga korang boleh buat pembelian di Shopee:



YOUTUBE BOB ROCK




Tentu korang tidak sabar hendak pergi ke butik Bob Rock kan? Untuk maklumat lanjut bolehlah layari:

Website

Facebook

Instagram



ADDRESS FOR WALK IN

Bob Rock LoveLily, Lot F-15 Level 1,
PLAZA SHAH ALAM, Section 9,
Shah Alam Selangor.
Waktu: Setiap hari kecuali Rabu dari 11 pagi - 8 malam (Rabu tutup)



#plussize #plussizefashion #bigsize #bajubesar #jumbosize #localbrand #local #shoplocal #malaysia #bobrocklovelily #brll #iwearbobrocklovelily #lifestyleblogger #malaysiablogger #malaysiainfluencer #KLBlogger #Selangorblogger

15 ulasan:

  1. nak pergi memang xboleh lah sebb dah duduk melaka kan..tp nasib boleh online...kalau nak beli nanti boleh juga usha kt shoppe..

    BalasPadam
  2. Bagusnya dah ade butik macam nim mudah yang bersaiz besar shopping pakaian kan..

    BalasPadam
  3. Bercorak macam harimau, tengkorak tu saya tak berkenan. Sis suka kalau bunga ke, daun ke.....hehehe...

    BalasPadam
  4. Simple tp menarik nampak corak terbaru tshirt dekat BRL ni. Ni belikan utk suami mesti dorang suka.

    BalasPadam
  5. Ada macam-macam jensi baju dekat sini. Untuk mereka yang saiz besar boleh terus serbu kedai bob rock ni..

    BalasPadam
  6. Aduhai hensemnya design tshirt yang ada harimau tu. Rasa bersemangat tengok . Nanti nak ushar jugaklah kot boleh sambar sehelai dua. Apapun tahniah dan all the best kepada Kedai Bob Rock semoga perniagaan kembali maju dan pulih seperti sediakala. Support Local !!!

    BalasPadam
  7. Design baju dia lawa-lawa jugak kak. Ada untuk plus size lagi senang. Marsha boleh la beli secara online sebab nak ke butik belum boleh rentas negeri lagi.

    BalasPadam
  8. Suka tengok design baru tu, memang my taste sangat. Orang-orang muda badan besar wajib beli yang ni.

    BalasPadam
  9. Bob Rock ni memang penyelamat buat mereka tang plusize. Mudah nak beli kat Shah Alam aje. Suka saya tengok koleksi mereka semasa Aidilfitri. Harga berpatutan..

    BalasPadam
  10. design baju kat sini semua not bad.. rekomen utk semua mereka yg memang plus size

    BalasPadam
  11. Bgus ada butik plussize.. Kdg kesian yg plussize nk cri bju xde... Corak2 dy pun nice2 je semuanya

    BalasPadam
  12. Mudah la kan bila ada butik utk plus size ni jadi mereka yg berplus size pun senang nak cari pakaian

    BalasPadam
  13. Bagus la ada kedai macam ni khas for everyone with bigger size! Confirm ada size and tak stress mencuba kan! Nak g usha juga la…

    BalasPadam
  14. Bagus la ada kedai macam ni khas for everyone with bigger size! Confirm ada size and tak stress mencuba kan! Nak g usha juga la…

    BalasPadam
  15. Memang bagus betul butik bob rock ni, sekarang dah tak susah orang berbadan besar nak bergaya.. dapatkan aje semua saiz di sini kan.. kawan Saya ramai beli sini je Kak..

    BalasPadam

Thak You For Your Comment