SAHUT CABARAN MELAKUKAN 6 AKTIVITI EXTREME DI KG JKIN RESORT NEGERI SEMBILAN - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 31 Ogos 2020

SAHUT CABARAN MELAKUKAN 6 AKTIVITI EXTREME DI KG JKIN RESORT NEGERI SEMBILAN

 


Sejak PKP ni....dah jarang keluar rumah dan bila dah boleh merentas negeri mulalah masing-masing ada plan nak jalan-jalan makin angin tapi cuma dalam negeri jer...tau kan? Korang dah plan ke nak bawak family cuti-cuti Malaysia? And dah plan nak gi bercuti ke mana? Belum tau lagi nak bercuti kat mana? Jom Seri Wangi bawa korang menikmati alam semulajadi yang menghijau, tenang dan sejuk mata memandang dan pastinya akan membuatkan pasti ingin ke sini lagi.

Kg JKIN Resort


Jom ikut Seri Wangi menikmati keindahan alam flora dan fauna fi Kg JKIN Resort sambil melakukan pelbagai aktiviti lasak yang disediakan fi resort ni, pastinya korang tentu teringin datang lagi bersama-sama kekawan serta ianya dapat menghilangkan stress dan menenangkan fikiran seketika. Seri Wangi tau tentu korang ada yang belum tau tempat nikan? Kalau korang nak tau Kg JKIN Resort, ATV Extrem Park ni terletak di Jalan Lama Bukit Putus, Negeri Sembilan. Korang pasti boleh datang ke sini sebab perjalanan dari Kuala Lumpur ke resort ni tidaklah jauh mana pun. Pertama kali jejak kaki di Kg JKIN resort hati dah rasa begitu tenang memandang di sekeliling dengan suasana kampung dan pemandangan Bukit Putus terasa nyaman serta menghirup udara segar jauh dari kesibukan kota.


Seri Wangi bersama team Propa Ranger berpeluang bercuti selama 2 hari 1 malam pada 12 - 13 Ogos lepas di Kg JKIN Resort ni yang semakin dikenali ramai terutama aktiviti-aktiviti extreme seperti ATV Extreme Ride.


Tempat Pendaftaran


PENGINAPAN


Seri Wangi rasa pasti korang suka menginap di resort ni sebabnya setiap unit penginapannya sangat unik, di kelilingi hutan rimba, sunyi, dingin dan malamnya korang akan mendengar suara agas, sayup-sayup dari hutan rimba, suara kokok ayam...haaaa....kalau orang tak biasa memang rasa seram....jangan takut saja buat lawak sebabnya bila suasana sunyi bunyi cicak jatuh pun boleh dengar...nak bagi tau kadang-kala takde line internet....memang best. Setiap unit penginapan dibina dengan pokok-pokok kayu asli. 








Rumah Hobbit



Setiap unit penginapan mempunyai nama tersendiri dan yang paling rera ialah Hobbit, Gaharu, Pulai, Cendana, Balau, Meranti, Dorm, Buluh, Rumah Pokok dan Campside yang sesuai untuk aktiviti team building. Jadi korang pilihlah rumah mana yang korang suka.

Aktiviti Extreme


Kg JKIN Resort @ATV Extreme Park paling femous ialah aktiviti ATV Extreme Ride yang paling digemari oleh anak-anak muda, firstly yang kaki lasak tu sebabnya korang kena merentasi halangan yang pastinya mencabar fizikal dan minda, bab ni Seri Wangi rugi sebab tak dapat join...rasa takut kerana tak reti bawak ATV..haaaaa! Bukan senang nak memandu ATV ni..tengok rakan-rakan ada yang terkial-kial jugak hingga tersasar.




Tak reti bawak...kita selfie jerlah!!


Hiking Di Hutan Simpan Bukit Putus


First time Seri Wangi berhiking di hutan simpan Bukit Putus ni..best jugak sekali-sekala beriadah macam ni, aktiviti hari pertama kami di sini. Memang best sangat walaupun letih...apatah lagi bersama-sama geng propa rangers. Rombongan kami dibawa oleh En. Jefri sendiri sepanjang perjalanan banyak perkara yang kita dapat terutamanya cara-cara nak selamatkan diri jika kita tersesat dalam hutan, mengenali pokok-pokok hutan, mengenali tempat-tempat makhluk  halus dan pokok banir yang mempunyai bunyi memberi isyarat untuk meminta pertolongan jika tersedat.





Kalau korang sesat, duduk jer kat pokok banir ni dan ketuk untuk memberi isyarat




Flying Fox Dan Buaian Extreme



Si comel ni pun sibuk nak Flying Fox

Flying Fox Seri Wangi memang suka sangat sebab dah biasa tapi kadang-kadang berdebar jugak, bukan semua orang berani lakukannya, kalau korang jenis yang gayat baik jangan join aktiviti ni.



Paling seram aktiviti extere ialah Buian Extreme.....haaaa....bukan semua orang boleh naik tau, kalau berat badan korang 60kg ke atas kempunanlah nampaknya nak merasa naik buaian extreme ni...pun begitu bukan semua orang berani bila tengok gaung kat bawah tu....haaaa.....Seri Wangi ni dikira beranilah kot? Tapi...korang tak tau dalam hati tu kemain kecut lagi siap bagitau kat budak-budak jangan hayun tinggi-tinggi.

Monkey Ziplin

Menuju ke Kolam Monkey Ziplin



Aktiviti Monkey Ziplin pun best macam kita main buaian tapi bila tiba di tengah-tengah kolam kena terjun, yang ni Seri Wangi tak sempat nak naik, jadi kita cuma main gelonsor terjun kolam jer lah...haaaa,,,,...kalau korang yang tak tau berenang baik pakai pelampong keselamatan macam Seri Wangi ni. 

Spot-Spot Menarik Berselfie


Korang kalau ke Kg JKIN ni kalau tak berselfie memang tak sah tau...memng banyak spot-spot menarik yang memukau mata untuk korang abadikan gambar korang di sini...memang cantik-cantik belaka berlatar belakang Bukit Putus.









Kafe Dapur Perempuan Cantek


Sepanjang team propa ranger bermalam di Kg JKIN Resort ni, kami dijamu selera dengan masakan kampung yang sedap dan enak di Kafe Perempuan Cantek...namanya pun unik tapi jangan ingat korang dilayan dengan gadis-gadis cantik pulak....makanan disediakan secara bufet. 

Sarapan pagi makan laksa dan Nasi Lemak

Semasa team Propa Ranger tiba di Kg JKIN Resort kami disambut dan diberi penerangan oleh CEO Kg Jkin Resort iaitu En. Jefri Ramli dan sepanjang kami bermalam 2 hari 1 malam, beliau sangat ramah melayan kami hinggalah selesai trip kami di sini. Sememangnya Seri Wangi sangat gembira berada di sini, banyak pengalaman yang dapat kami pelajari dan menikmati keindahan hutan rimba yang menghijau. Terima kasih yang tidak terhingga kepada layanan staf-staf Kg JKIN Resort dan kemesraan antara Team Propa Rangers.

En. Jefr Ramli







Macam-macam ada disediakan untuk sarapan pagi, minum petang dan makan malam. Selain itu pelbagai aktiviti lain juga disediakan di Kg Jkin Resort. Kalau korang nak tau lebih lanjut dan hendak membuat tempahan bolehlah korang layari di sini:


FACEBOOK

INSTAGRAM

HUBUNGI

Whatsapp:  011-20893883/017-8833674

15 ulasan:

  1. tak pernah dengar lagi nama kg jkim ni. semua aktiviti dia best giler, banyak pula aktiviti dan fasiliti resort nampak bagus :) ♕Tiara Sapphire♕

    BalasPadam
  2. bestnyaaa aktiviti ekstrem kat sini, teringin pulak nak join flying fox tuuu...port2 bergambar pun menarik!

    BalasPadam
  3. wah, seronoknya dapat buat macam-macam aktiviti di kawasan semula jadi macam ni. Nampak sangat tenang dan menyeronokkan.

    BalasPadam
  4. cantik nya tempat dia! photoshoot cantik ni... and full adventure!
    put this place in my list!!! thnank you for sharing

    BalasPadam
  5. Saya rasa masalah line putus putus tu okay je kot kak... Sebabnya ada masa kita melancong atau jalan jalan better off internet... hehhe... sebab nak menikmati suasana tu 100%... Tempat macam ni sebenarnya seronok juga bawa member atau family ramai ramai... Rasa tenang...

    Saya suka tengok tempat ambil foto kat tempat ni. Lawa lawa laa semua... seronok betul.

    Blog Sofinahlamudindotcom

    BalasPadam
  6. bestnya dapat buat aktiviti macam ni..mesti berikan pengalaman yg indah kan

    BalasPadam
  7. wah seronoknya..macam macam aktiviti boleh buat kat sini. Siapa yang suka nature mesti suka stay kat sini.Penginapan dia rare..aktiviti pun menarik and best

    BalasPadam
  8. Seronok dapat berada di suasana hutan mcm ni.. sy memang suka. Aktiviti pun menarik.. sesuai sangat nak hilangkan penat dan stress di bandar

    BalasPadam
  9. Seronoknya tempat ni. Nur suka aktiviti lasak macam ni tapi nur kene diet dulu sebelum datang sana. Tak lepas nak naik buai tu hahaha

    BalasPadam
  10. Unik penginapan dia kak. Banyak aktiviti boleh buat pulak tu. Boleh cuba nnti ni.

    BalasPadam
  11. cantiknya tempat dia! thanks for sharing, full of adventure ni

    BalasPadam
  12. Bawa keluarga untuk bercuti kat sini sangat lah bagus . Dari gambar yang Yana tengok makanan sedap . Tempat ala ala kampung ada kativiti lagi elok tempat ini dari s***h kat janda baik tu .

    BalasPadam
  13. Wahhh akak bertenaga buat aktiviti lasak ya. Seronok tengok semua aktiviti tu. Tak sabar nak masuk hutan.

    BalasPadam
  14. Terbaiklah sis suka aktiviti outdoor macam ni. Cantik tempat dia penuh dengan aktiviti yang mencabar. Thank you for sharing

    BalasPadam
  15. Kalau anak-anak dah besar ni best ni bawak ajak buat aktiviti lasak kat sini. Tempat dia pun nampak nyaman je sebab dalam hutan.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment