RESEPI BERPANTANG YANG MUDAH - LAUK PINDANG AYAM KAMPUNG - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 10 Ogos 2020

RESEPI BERPANTANG YANG MUDAH - LAUK PINDANG AYAM KAMPUNG

 

Kali ni Seri Wangi nak share resepi lauk orang dalam pantang untuk ibu-ibu muda yang sedang berpantang. Seri Wangi tau zaman sekarang kebanyakan ibu-ibu muda ramai yang bekerja dan ada yang terpaksa berpantang sendiri sebab tiada orang tua yang dapat menjaganya. Jadi kat sini Seri Wang share resepi mudah untuk mereka dan senang jer nak memasaknya, suami pun boleh masakkan untuk isteri tersayang.

Kenapa resepi ayam? Seri Wangi tau korang biasa masak pindang ikan ajer kan? Ni....saje bagi korang ubah selera tentu jemu kalau makan lauk yang sama kan? Biasanya orang berpantang takut nak makan ayam sebab takut badan gatal-gatal dan jika ada luka semasa melahirkan takut bernanah. Kalau nak tau ayam kampung sangat baik daripada ayam biasa yang kita beli tapi carilah ayam kampung yang muda, kalau ayam pencen nanti liat pulak...haaaa! Dan juga Seri Wangi sarankan resepi ini untuk ibu-ibu yang sudah berpantang dalam 2 minggu dan rajin makan jamu untuk kesihatan dalaman.


RESEPI PINDANG AYAM KAMPUNG

6 potong ayam kampung

6 batang serai diketuk

1 inci halia muda dimayang

1 inci kunyit muda dimayang

6 helai daun limau purut

1 sudu besar lada hitam 

3 keping asam keping

2 sudu serbuk kunyit

garam secukupnya

air secukupnya


Caranya

1.  Masuk ayam yang telah dibersihkan ke dalam periuk, air secukupnya dan direbus hingga mendidih dan empuk.

2.     Masukkan pula serai, kunyit, halia, daun limau purut, asam keping, lada hitam dan sebuk kunyit.

3.    Masak dan kacau hingga sebati dan mendidih kemudian masukkan garam secukupnya hingga mendidih dan ayam empuk. Bolehlah makan dengan nasi panas.


Okay mudahkan hendak menyediakannya dan Seri Wangi nak ingatkan korang jangan letak cili api/cili sebab cili api berangin takutlah pulak ada yang bentan. Nak tau camnerkita kena bentan semasa dalam pantang jika tersalah makan? Badan kita akan rasa macam nak demam dan menggigil dan caranya nak pulihkan ialah dengan cepat-cepat tungku badan, makan jamu dan berselawat banyak-banyak.




16 ulasan:

  1. Ibu ibu yang dalam pantang tu elok la cuba resipi ni Kak. Resipi sihat untuk ibu berpantang ni pon nampak mudah disediakan. Yang penting sihat.

    BalasPadam
  2. Aah kan orang kata tak bole makan ayam tengah pantang sbb gatal so menu ini baik utk nereka yang baharu habis pantang ya tak?

    BalasPadam
  3. baru tahu ayam pun boleh buat pindang..boleh simpan resepi ni untuk rujukan masa akan datang..

    BalasPadam
  4. Yum!!!!!! Recipe ini memang bagus utk wanita yg sedang berpantang. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  5. Kena bookmatk post ni. Tak lama lg wife nk beranak & berpantang. Boleh dpt idea dr sini

    BalasPadam
  6. Nampak menyelerakan. Selalu masak pindang ikan aje. Ayam kampung pun bleh eh. Nanti nak cuba. Tak berpantang pun bleh makan. Hehehehe.

    BalasPadam
  7. ayam bagus untuk bagi protein pada badan. Mitos bila kata tak boleh makan masa berpantang ni. Resipi ni mudah untuk yang berpantang sendiri

    BalasPadam
  8. mana bakal ibu boleh cuba resepi ni suruh suami masak.. hehe nampak sedap pulak BBL tengok ayam kampung tu

    BalasPadam
  9. Masa pantang, menu makanan pon penting takut ada yang kalah. Mcm ena pon tak boleh smebarang bahan didalamnya. Ank cepat kalah susu badan. Jamu langsung tak boleh makan masa pantang. so kita jaga makan je.

    BalasPadam
  10. Tak pernah rasa ayam masak pindang. Kalau dlm pantang ni, makan nasi ngn sayur tumis air pun dah sedap. Hihi..
    Nak nak kalau ada target nak kurus.

    BalasPadam
  11. Jarang makan ayam pindang.. Mak pun tak pernh buat.. Nad buat sebb tgk resepi org.. Tapi tu ikan.. Boleh cuba ni.. Hehehe.. Walaupun tak pantang

    BalasPadam
  12. Saya suka lauk simple macam ni.. sedap dan menyelerakan. Plg penting byk khasiat Masih dikekalkan

    BalasPadam
  13. oo ayam pun boleh masak pindang. tak pernah buat. nanti saya cuba

    BalasPadam
  14. Jujurnya kita tak pernah masak pindang ayam...pindang ikan aje yee selalu...

    BalasPadam
  15. Orang kata makanan berpantang tu tak sedap, tapi tengok gambar ni macam menyelerakan pulak..hehe

    BalasPadam
  16. sedap juga kalau makan time bukan berpantang kan.. hehe.. TB suka yang rebus2 dan berkuah gini

    BalasPadam

Thak You For Your Comment