Domino's Pizza Memperkenalkan Pencuci Mulut Terbaru Kek Lava Durian - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 12 April 2020

Domino's Pizza Memperkenalkan Pencuci Mulut Terbaru Kek Lava Durian


Alhamdulillah....kita masih bernafas dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi korang semua duduk diam-diam kat rumah errr....biar sorang jer yang keluar untuk membeli barang-barang dapur. Taulah...sekarang semua dah makin rajin memasak sebab wall fb Seri Wangi penuh dengan resepi-resepi masakan dan gambar-gambar masakan korang.

Malas masak....? No problem koraang boleh jer order makanan kat online yang sekarang berlambak...pilih jer yang mana korang berkenan dan mengidam nak makan. Errrr....blur nak order apa yer? Ni...haaa.....Seri Wangi suggest korang order kat Domino's Pizza ni...ada pencuci mulut terbaru tau....apa dia? Hmmm...mesti yang suka makan desert tak sabar kan?


Domino's Pizaa memperkenalkan pencuci mulut (desert) terbaru dalam koleksinya iaitu Kek Lava Durian. Seri Wangi dah rasa memang sedap dan lazat serta  kaya dengan aromanya yang sangat menyelerakan, apatah lagi kek klasik ini digabungkan dengan raja buah durian. Korang berani tak mencubanya?


Pasti korang sukakan?Kek Lava Durian tentu mejadi pilihan korang sebab dapat memenuhi citarasa semua peminat durian. Diperbuat dengan kek yang lembut dan lazat dengan perisa durian yang dipenuhi dengan inti durian yang kaya dengan isi durian sebenar D24. Hhmmm..kelazatan rasa buah kegemaran Seri Wangi dapat merasai kenikmatannya ketika berada di rumah sambil bersantai dengan family menonton tv.


Berkongsi tentang konsep disebalik pembuatan Kek Lava Durian , Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino's Pizza Malaysia & Singapura, Linda Hassan berkata,
"Untuk memenuhi kehendak citarasa semua pelanggan dan selaras dengan janji Domino's iaitu "it's All About You" kami ingin mencipta pencuci mulut yang dapat menjadi tarikan kepada peminat durian dan juga mereka yang suka mencuba sesuatu yang baharu dalam pilihan pencuci mulut. Kerana durian adalah rasa yang unik, kami berazam untuk mencipta pencuci mulut yang akan disukai ramai. Kepada mereka yang mempunyai keraguan dengan rasa durian, kami cabar anda untuk mencuba pencuci mulut ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Kek Lava Durian terbaru ini disediakan khusus untuk menyembunyikan bau durian tanpa menjejaskan rasa yang unik dan inti tengah yang lazat akan memberikan pengalaman yang tersendiri  dan tidak dapat dilupakan . Tunggu apa lagi, sahut cabaran #WeDareYouToTry!#



Shamsul Amree, Ketua Pegawai Eksekutif Domino's Malaysia turut berkata,
#Sebagai sebuah jenama yang mengutamakan obsesi pelanggan, kami menyedari prifil rasa asas pelanggan Malaysia dan kami memahami keadaan semasa yang dihadapi sekarang. Seiring dengan perkhidmatan penghantaran Zero Contact, kami juga mengambil berat tentang pilihan yang ditawarkan, maka terhasilnya Kek Lava Durian. Kami berharap pelanggan kami akan menikmati pencuci mulut terbaru ini dan memuaskan keinginan rasa mereka sambil masingmasing menjaga diri serta kekal selamat di rumah."

Untuk masa yang terhad sahaja,Kek Lava Durian boleh didapati bermula 6 April 2020. Domino's berpegang teguh dengan janji jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan kepuasan produk. Komitmen ini ditunjukkan melalui dasar tiada pembatalan dan pembayaran balik ataupun penggantian pesanan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan pesanan.


Selaras dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) waktu operasi Domino's mungkin berbeza mengikut waktu operasi yang dibenarkan oleh majlis-majlis tempatan di setiap negeri. Komitmen kami terhadap keselamatan penghantar piza dan pelanggan jelas dengan perlakanaan perkhidmatan wajib Zero Contact.



Untuk mencuba Kek Lava Durian terbaru, bolehlah kunjungi kedia-kedai Domino's ataupun membuat pesanan online di https://www.dominos.com.my.

Untuk keterangan lanjut tentang Domino's Quattro Pizza dan promosi produk-produk yang lain, sila layari:


Facebook

https://www.facebook.com/DominosMY/ 

  

#WeDareYouTry  #DurianLavaCakeChallenge   #SahutCabaranKami  #Stayhome  #staysave

14 ulasan:

  1. wah domino dh keluarkan perisa durian utk lava cake tu..nmpk yummy...nanti bole la cuba..dominos pizza pn lama tk mkn

    BalasPadam
  2. Eh comelnya kucing tu. Pandai tengok kamera la. Wahhh nampak sedap juga pizza ni ye?. Dah lama tak makan pulak tu Dominos ni.

    BalasPadam
  3. sedapnyaaaa durian. dok rumah time pkp tengok makanan semua sedap. haha jenuh la nak turun berat lepas pkp haha

    BalasPadam
  4. Kita tak pergi-lagi lagi, hartu hntr email beli 1 free 2 Kak, adeii nengok ni kecur plak kita..esok nak claim laaa...

    BalasPadam
  5. This looks so yummy. Can’t wait to try it. Thank you for sharing your review.

    BalasPadam
  6. Waah domino ade kek larva durian. Mcd ade pie perisa strawberry castard.fuhh menggoda iman semuanya

    BalasPadam
  7. Untung ahh dapat makan sedap2.. Hahaha kita tak suka durian la.. Xde pilihan lain ke.. Nak blueberrycheese lava plssssss

    BalasPadam
  8. Waduh, nampak ramai yang dah makan ye..nak juga..sedapnyaa. Nanti nak order la..tengok melelh isi dia

    BalasPadam
  9. Minggu kedua PKP saya dah makan dominos piza dah, tapi time tu tak ada pula menu kek lava durian tu, kalau husband dengan anak dara tau mesti dia org nak try nih!

    BalasPadam
  10. Wah sedapnya dessert lava durian tu. Last time makan domino punya semua sedap2..nak beli lah nanti. Nak tau mana yg lebih sedap.

    BalasPadam
  11. Senang kan, ada dominos, boleh tolong delivery ke rumah musim PKP ni! Padu nya lava cake tu, nampak isi durian dia tu melimpah2!Sedap! Pandai pulak kucing akak posing ye!

    BalasPadam
  12. alahai sis! nape tunjuk dominos pizza ni. rinduuuuuu...
    rumah saya ni jauh ke kampung, dominos takde buat delivery.
    nak gi beli, hmmmmm more than 10km perjalanan.
    seram plak, ada roadblock !!! nampak sedap dessert tu, sis. mengaum duriannya sampai ke sini! :) ha ha ah ha...

    BalasPadam
  13. Halaah halaaah..
    Lava cake pulak.. Terliur..
    Terbayangkan sedapnya tu..
    Adeh.. Leleh airliur ler gini.. Hehhehe

    BalasPadam
  14. sedapnyaaa tengok akak makan! zul suka durian sangat2. nak order lah dessert ni untuk tengok movie malam ni. heheh

    BalasPadam

Thak You For Your Comment