Buttonscarves X Elfira Loy perkenal The Maharani - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Khamis, 23 April 2020

Buttonscarves X Elfira Loy perkenal The Maharani


Buttonscarves X Elfira Loy satukan dua rumpun gaya Muslimah 'modest'. Elfira Loy sebelum itu pernah dikenali di Indonesia kerana telah beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di sana.  Elfira Loy baru-baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila disunting untuk bekerjasama dengan jenama tudung popular Buttonscarves yang berpengkalan di sana.

Malah lebih tepat, artis bertudung yang memiliki seramai 4.8 juta pengikut di Instagram itu menjadi artis Malaysia pertama bersatu dengan jenama dari seberang ini. Sebagai permulaan Buttonscarves xElfira Loy hadir dengan sebuah koleksi istimewa dipanggil The Maharani Series yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak.


Elfira berkata, kerjasama mereka tercetus dengan sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan. Apatah lagi isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar ini asalnya memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu. Koleksi itu telah dilancarkan di Indonesia pada hari ini (24 April) yang juga hari pertama kita meraikan bulan Ramadan yang penuh mulia.

Koleksi The Maharani Series memiliki 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen senibina di India. Koleksi ini menggunakan bahan scarf kapas voal dan satin silk yang selesa untuk dipakai. Hasil penjualan koleksi tudung The Maharani Series ini juga akan digunakan untuk membantu mangsa wabak Covid 19 di Indonesia dan Malaysia.
"Pada awalnya kerjasama itu mahu dimulakan selepas musim raya. Namun tanpa diduga ia dipercepatkan. Pihak mereka merancang untuk menjalankan fotografi sebuah koleksi tudung di Jaipur, India dalam masa singkat beberapa bulan lalu. Ketika itu pihak mereka memikirkan perancangan itu terlalu tergesa-gesa dan akan menyusahkan saya. Namun apabila saya bersetuju mereka tidak menyangka sama sekali. Akhirnya terjadilah kerjasama koleksi The Maharani Series ini. Buat permulaan kerjasama ini berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei. InsyaAllah tiada aral melintang kerjasama akan berpanjangan," kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini.

Menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf yang berusia enam bulan, kerjasama tersebut bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram. 
"Dari DM, kami berlanjutan ke aplikasi WhatsApp. Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung. Saya sejak dua ketiga tahun lalu juga sebenarnya menjadi peminat secara diam kepada jenama ini. Kalau terbang ke Jakarta, saya akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana materialnya cukup selesa dan kemas. Pada masa yang sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani," katanya.


Ditanya mengenai menyambut bulan Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerana mahu membendung penularan wabak Covid 19, Elfira mengakui akur dengan ujian tersebut.
"Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu, ini nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai. Jadi saya memang ternanti nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bulan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih. Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana," katanya.
Sementara itu, pihak Buttonscarves melihat kerjasama terjalin dengan Elfira cukup tepat dengan personaliti, aura dan imej bertudung dimilikinya.
"Ini juga kerjasama perdana dan sulung kami dengan artis dari negara lain. Cita-cita itu sudah lama dan akhirnya berjaya direalisasikan kini. Malaysia dan Indonesia sendiri negara serumpun yang berhubungan baik. Selama ini kami mencari calon yang sesuai berkolaborasi dengan Buttonscarves. Ternyata Elfira sudah menjadi seorang penggemar  Buttonscarves sejak dulu. Personaliti dimilikinya juga menjadi terjemahan nuansa fesyen kami. Setelah berbincang kami pun memutuskan untuk menjalinkan kerjasama khususnya di bulan Ramadan ini. Kami juga merancang untuk membuka premis jenama tudung ini di tiga pusat membeli-belah di Malaysia termasuk Avenue K kelak," ungkap Linda Anggrea selaku Pengarah Kreatif Buttonscarves.
Kata Linda lagi, koleksi ini dinamakan Maharani kerana gelaran itu di India diberikan kepada pemimpin wanita. "Dalam bahasa sanskrit India erti nama Maharani merupakan gabungan dari kata Maha yang bererti Agung dan Rani yang dimaksudkan sebagai Ratu. Koleksi ini diilhamkan dari istana di Jaipur, India yang merupakan destinasi terbaru Buttonscarves ketika sesi fotografi koleksi diadakan. India merupakan destinasi yang masih tergolong unik dan patut diterokai kerana banyak menonjolkan keunikan seni bina motif dan budaya," kata Linda lagi.


The Maharani Series boleh dibeli di laman sesawang www.buttonscarves.com. Malah ianya juga boleh dibeli di aplikasi Buttonscarves. ketika ini pihak Buttonscarves turut memberi diskaun free shipping kepada pembeli dengan pembelian RM200 ke atas. Harga jualan bermula dari RM125 hingga ke atas. Ketika ini jenama yang bermula sejak 2016 itu, terus sukses bukan hanya di Indonesia. Malah di pasaran Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam hingga sempat bertandang ke negara Uncle Sam.



Untuk Info Lanjut Berkenaan  Buttonscarves

WEBSITE

INSTAGRAM

https://www.instagram.com/buttonscarve


#buttonscarvesxelfira #buttonscarves 

#themaharaniseries. #tudungmuslimah


21 ulasan:

  1. cantik baju elfira tu. kat mana dia beli. hahaha. btw, cantik corak tudung the maharani series ni. suka tengok

    BalasPadam
  2. wahhh cantiknya koleksi dari Buttonscarves ni.. ada Elfira Loy lah .. za suka tgk dia ni cantik manis je ..

    BalasPadam
  3. Harga not bad sebab dah include penghantaran percuma. Nanti nak beli sehelai untuk cuba. hehehe

    BalasPadam
  4. Moga sukses elfira... tapi koleksi kat sini mmg cantek dan menarik

    BalasPadam
  5. Baju pun dipadankam pula dgn tudung #buttonscarves warna sedondon mamang menyerlahkn lg wajah ayu Elfira. Cantik koleksi #buttonscarvesXElfiraLoy ni.

    BalasPadam
  6. Sweet je dia gayakan tudung ni kan. Minat dengan color2 dia, kalau dapat satu ni syiokknya

    BalasPadam
  7. Cantik cantik design Shawl The Maharani Series ni tambah lagi Elfira Loy yang jadi pakai..Kolaborasi yang menarik antara dua Negara :)

    BalasPadam
  8. Wow! Tahniah Elfira jadi artis pertama disunting oleh syrikat tufung dari Indonesia #buttonscarvesXElfiraLoy

    BalasPadam
  9. cantiiknya tudung tu..sesuai digayakan dgn elfira. Sekarang ni macam2 tudung dh kluar..ikut citarasa masing2

    BalasPadam
  10. Dah nak raya ni. Mesti ramai tengah cari tudung cantik -cantik kan.

    BalasPadam
  11. Satu je nak bagitau ni, yang sebenarnya kan Kak, Kita dah order gak hahahaha..adeiiii tak tahan telan air liur nengok..

    BalasPadam
  12. Nice la The Maharani collection. I have seen this Buttonscarves X Elfira Loy collection online a lot

    BalasPadam
  13. cantik designnya. warna pun lembut je. suka shawl yang warna2 soft camni. baru feminist

    BalasPadam
  14. kalau dpt paparkan lebih byk corak shawl lebih elok ekk.
    yg satu El pakai ni cantik. lembut warna nyer.
    material pun nampak sgt bagus!
    aida terjatuh hati dgn baju El pakai tu. teringin nak belikan anak2 dara aida utk raya :)

    BalasPadam
  15. Cantik cantik koleksi tudung dari butterscarves. Rezeki elfira bekerjasama dengan butterscarves untuk promosi tudung ni.berkenan pula dengan koleksi dari butterscarves x elfira ni

    BalasPadam
  16. Cantiknya koleksi Elfira ini, dah buka websitenya, rambang mata nak pilih.

    BalasPadam
  17. Cantik sangat sesuai dengan namanya, Nanti nak tengok-tengok, mana tahu dapat bercantik2 di hari raya pada musim PKP. Hiks..

    BalasPadam
  18. This is beautiful, tapi Vee tak pakai pun. I believe kalau Vee loves it, kawan2 Vee pun suka ~

    BalasPadam
  19. Tudung shawl ini memang cantik.
    Tambah pulak Elfira yang memakainya.
    Lagilah bertambah anggun dan bergaya.

    BalasPadam
  20. I love the color combination and their scarves material also looks very elegant

    BalasPadam

Thak You For Your Comment