Aplikasi Anak2u Versi Terbaru Satu Sistem Pengurusan Tadika/Taska - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 25 November 2019

Aplikasi Anak2u Versi Terbaru Satu Sistem Pengurusan Tadika/Taska



Sekejap jer masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah nak masa setahun dah tahun 2019 dan beberapa hari lagi akan masuk tahun 2020. Usia Seri Wangi pun dah meningkat dalam ketegori warga Emas haaaaa..


Jom kita berperibahasa dulu sebelum Seri Wangi teruskan coretan selanjutnya maklumlah tahun depankan dah mula bukak sekolah, dah tak boleh nak enjoy-enjoy lagi....!!

Peribahasa : Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya.
Answer    : Hendak mendidik anak biarlah ketika usianya masih kecil.

Betul tak peribahasa di atas? Jadi kalau kita hendak mendidik anak-anak kita agar menjadi orang berguna, didiklah mereka ketika mereka masih kecil dan bimbinglah mereka ke arah kebaikan dan menurut kata orang tua. Tapi sekarang zaman dah banyak berubah dan sikap anak-anak kita di zaman sains dan teknologi pun tidak secara langsung terpengaruh dengan kewujudan pelbagai informasi dari social media dan internet yang kadang-kala kita tidak dapat memantau mereka 100% lebih-lebih lagi kepada ibubapa yang bekerja.

  
Jangan risau sekarang ibubapa yang mempunyai anak-anak yang akan masuk taska/tadika kini dapat memantau pergerakan mereka, aktiviti anak-anak, perkembangan pembelajaran mereka dan laporan anak-anak mereka melalui aplikasi telefon.


Seri Wangi memperkenalkan Aplikasi versi terbaru iaitu Anak2u yang merupakan satu sistem pengurusan tadika/taska untuk membantu para cikgu  serta pengurusan sekolah bagi menguruskan data dan aktiviti pelajar, di mana ianya dapat memudahkan ibubapa untuk melihat perkembangan anak-anak mereka secara terus melalui Aplikasi Anak2u yang juga dapat membantu para ibubapa untuk melihat progress pembelajaran, aktiviti yang dilakukan di taska/tadika dan juga melihat laporan anak-anak mereka melalui apps. Ianya juga dapat memudahkan ibubapa menerima pengumuman dari pihak tadika secara terus, dan juga membuat pembayaran secara langsung menggunakan online payment. Mudahkan? Kan Seri Wangi dah kata zaman sekarang semuanya serba serbi up-to-date, lebih-lebih lagi buat ibubapa yang sibuk bekerja dan ini adalah satu langkah yang memudahkan mereka dalam pengurusan pembelajaran anak-anak.


Fungsi-Fungsi Aplikasi Anak2u

1.  Mengisi laporan aktiviti harian pelajar tanpa melalui logbook.

2.  Maklumat aktiviti pelajar terus dipaparkan kepada ibubapa mereka.

3.  Monitor performance pelajar melalui tahap penanda aras (milestone) mengikut silibus PERMATA.

4.  Mengemaskini dan membayar yuran tadika/taska melalui aplikasi Anak2u.

5.  Menjana report dan invois yuran pendaftaran.

6.  Pengenalan module RPA dan RPH untuk membantu cikgu tadika/taska membuat pengajaran.

7.  Dapat priority dalam pengiklanan tadika/taska di website explore-anak2u.

8.  Dapat aplikasi tambahan seperti aplikasi bantuan pembelajaran alaf baru (Teknologi AR) dan permainan




Muat Turun Beberapa Aplikasi Anak2u

1. Anak2u Teacher App


2.  Anak2u Parent App


3.  Anak2u Mari Membaca


Seri Wang berpendapat dengan adanya aplikasi Anak2u ini ianya dapat memudahkan setiap ibubapa dan juga cikgu-cikgu dalam menagani aktiviti anak-anak mereka, memantau pembelajaran dan perkembangan mereka serta mengeratkan lagi perhubungan silatulrahim antara ibubapa, cikgu dan anak-anak mereka untuk bersama-sama mendidik, disiplin dan juga aktiviti mereka di taska/tadika.

Youtube Anak2u



Untuk Maklumat Lanjut

WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM

2 ulasan:

  1. Wah, memang terbaik la ada app macam ni

    BalasPadam
  2. alhamdulillah. semoga aplikasi ni memudahkan urusan setiap tenaga pengajar ^_^

    BalasPadam

Thak You For Your Comment