PENGALAMAN PERTAMA BERKONTI BERSAMA DJ RIZZ DI HARMONI NASIONAL FM - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 10 Ogos 2018

PENGALAMAN PERTAMA BERKONTI BERSAMA DJ RIZZ DI HARMONI NASIONAL FM



SUARA RAHMAH ANDA

Alhamdulillah.....pertama kali Seri Wangi masuk studio rakaman secara live di Radio Online Harmoni Nasional FM - Tagline 'SUARA RAHMAH ANDA' berkonti bersama DJ RIZZ. Sebenarnya perasaan Seri Wangi ketika menerima jemputan dari DJ RIZZ dalam segmen 'BLOGGER OH BLOGGER' pada 8 Ogos 18 jam 11 pagi, ketika itu sangatlah happy teramatlah happy, hanya Allah saja yang tahu. Mungkin sudah rezeki Seri Wangi  yang DJ RIZZ sudi menjemput Seri Wangi sebagai orang pertama yang dijemput untuk memenuhi Talk Show - Slot  'BLOGGER OH BLOGGER' yang bersiaran setiap Rabu jam 11 pagi - 12 tgh..

Berkonti Bersama DJ RIZZ

Pagi-pagi lagi Seri Wangi sudah bersiap untuk ke studio Harmoni Nasional FM yang terletak di Serdang, tak jadi masalah untuk Seri Wangi ke sana dengan menaiki train MRT kemudian tukar naik train Komuter dari KL Sentral ke Station Serdang. Dari Station Serdang Seri Wangi cuma berjalan kaki menaiki jejantas ke seberang menuju Bangunan Pertubuhan IKRAM Malaysia, Tkt 2 (Belakang Blok KK Mart/7E) senang jer nak cari tempatnya.



BERKENAAN HARMONI NASIONAL FM



Kalau uoll nak tau Radio Online Harmoni Nasional FM dikira masih baru lagi dalam dunia penyiaran yang mula beroperasi pada tahun 2016 dan mungkin ramai pendengar masih belum mengenali atau mendengar siaran tersebut kerana ianya beroperasi secara onlinestream dan para pendengar perlu memuatturun app.  Harmoni Nasional FM dan sekiranya para pendengar tidak sempat mendengar secara live di radio, mereka masih bolih menontonya di FBLive Harmoni Nasional FM yang telah dirakam jadi bolihlah uoll tengok dan dengar puas-puas. Radio Online ni juga terdapat di Kelantan dan Johor, cuma yang aktif sekarang ialah di Harmoni Nasional FM di Seri Kembangan. Untuk Radio Online secara live dikendalikan oleh DJ RIZZ dan penerbitnya T.M Lim. Selain segmen slot 'BLOGGER OH BLOGGER', terdapat juga beberapa segmen lain yang di kendalikan oleh DJ RIZZ secara live













Muatturun App Harmoni Nasional FM


Rakaman di FBLive Harmoni Nasional FM



TEMUBUAL DI KONTI BERSAMA DJ RIZZ


First time Seri Wangi masuk ke bilik Konti perasaan berdebar pasti ada, mana tidaknya takut nanti tersasul cakap yang bukan-bukan sebab ianya siaran live tapi bila bertemu dengan DJ RIZZ yang peramah dan selamba, Seri Wangi rasa lega sikit dan perasaan berdebar secara otomatik hilang. Haaa....rasa macam lamalah pulak nak habis tapi bila dah start berkonti dan bersembang-sembang macam biasa, Seri Wangi tak rasa macam kita berada di studio, alhamdulillah Seri Wangi dapat membalas dengan lancar apa yang ditanya oleh DJ RIZZ berkenaan pengalaman Seri Wangi dalam dunia Blogger yang Seri Wangi ceburi sejak tahun 2010 dan juga sebagai penulis novel sejak tahun 1995 serta buku kanak-kanak (DBP) yang boleh dibeli secara online: https://dbpniaga.my/

         a.  Si kambing Bukit yang berbudi
         b.  Nasihat Si Katak
         c.  Keldai yang cerdik
         d.  Ti Kurus Ti Gemuk

Sememangnya banyak kenangan manis dan pahit tapi taklah berapa pahit serta pengalaman lain sepanjang menjadi blogger amat berbaloi yang memberi semangat kepada Seri Wangi untuk terus berblog dan menulis walaupun usia Seri Wangi semakin menambah...(Umur rahsia haaa). Eh..tiba-tiba sedar tak sedar dah nak habis haaa...Seri Wangi hampir terlupa yang mereka siap rakam secara live di FB Harmoni Nasional FM, jadi uoll buat-buat tak nampak atau dengar apa yang kami bualkan tau!! Jadi rajin-rajinlah dengar Radio Online Harmoni Nasional FM dan tolong share-share yer!!




30 ulasan:

  1. GamerG akak...... 😊😊👍👍👍

    BalasPadam
  2. Pengalaman yg bgus ni kak. Tahniah!
    Lps ni nk dgr rdio ni plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Te pengalaman yg tak akan dilupakan first time berkonti sebelum pernah jugak berangan nak berkonti di radio

      Padam
  3. Allhamdulillah tahniah k. Limah... Smg terus berjaya... Bangga sgt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sheila, kak pun rasa bangga sbb dapat jemputan lagi pun kak adalah blogger pertama dijemput oleh DJ Rizz utk Haarmoni Nasional FM yang masih baru lg

      Padam
  4. Tahniah akak, tak sangka saya aka ada menulis buku kanak- kanak.. Teruskan berkarya ye Akak... Tumpang banga dengan pencapaian akak.

    BalasPadam
  5. Tahniah sis! Best la suara berkumandang di radio hihi. Tak berkesempatan lagi nak baca penulisan buku kanak-kanak akak. Nanti yaya nak bacalah :)

    BalasPadam
  6. Thanks for sharing these new information. Health is indeed wealth.

    BalasPadam
  7. tahniah kak halimah berpeluang on air ..bkn senang blogger dpt peluang ni kn..br tau kak halimah juga penulis buku kanak-kanak

    BalasPadam
  8. Wow, this is so cool! Congratulations! I'm sure it's a great experience :)

    BalasPadam
  9. Tahniah akak akhirnya dah jadi celebriti hehehe bestnya kita dah lama tak keluar tv atau radio ni wakakaka... Makin popular lah nak sign sikit hehehehee..

    BalasPadam
  10. Congrats on your achievement. Looks fun but don't think I can talk live like you. Ha ha ha..

    BalasPadam
  11. wahhhhhhhh baru tahu kak limah kita ni penulis buku kanak-kanak, comelnyaaaa nama-nama buku,hehehhee....tahniah kak! moga terus dikenali ya.

    BalasPadam
  12. Terbaik, pengalaman dan peluang ini yang tak semua orang dapat seperti akak dapat. Keep it up.

    BalasPadam
  13. wah terbaikla..tahniah kak..semoga terus maju..pengalaman sangat ni kak masuk konti..huishh..syok ni

    BalasPadam
  14. wahh pengalaman akk sebagai penulus buku kank-kanak tu sangan impressive...tak sangka..syabas kak..moga bidang blogging ini benar2 menjadikakn akk lebih berjaya dalam bidang penulisan

    BalasPadam
  15. Wah.bangga nyer mengenali sw ni. What a great experience! Ye. 1st time dgr harmoni.fm. Aida ni pndgr setia sinar.fm hi hi hi... Moga sw terus maju jaya dlm penulisan ye.

    BalasPadam
  16. Seronoknya kak limah..satu pengalaman yang berharga.tak semua dapat peluang macam akak.rezeki akak..tahniah

    BalasPadam
  17. Bestnya. Pengalaman baru ni. Harap harap one day nanti saya pun boleh diundang ke sini jugak. Tahniah kak halimah

    BalasPadam
  18. Wahhhh bestnya dapat masuk radio !! Nanti ajaklah sy jugak yer

    BalasPadam
  19. Congrats to your achivement. Thanks for sharing

    BalasPadam
  20. Tahniah kak..bangga lak sebab ada word 'blogger' utk sesi ini..Pengalaman yg tak semua org dapat kan ni

    BalasPadam
  21. Seronoknya dapat pengalaman macam ni. Dah naik satu langkah jadi blogger berjaya. Tahniah kak.

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah kak..tahniah, pengalaman yg sgt berharga tu kak..

    BalasPadam
  23. Congratulations on appearing on radio. What an achievement. May there be more successes coming your way soon after this!

    BalasPadam
  24. Wa Congratulation on your appearance on Radio! Such a fun and nice experience though!

    BalasPadam
  25. Thanks for sharing with us and congratulations! What a great experience.

    BalasPadam
  26. tahniah kak limah penagalaman yang indah bila dapat live konti hihihi

    BalasPadam

Thak You For Your Comment