PROGRAM ROAD TO AGRO TOURISM EDISI KHAS BAGAN DATUK - AGRO PELANCONGAN BERASASKAN KELAPA - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 8 April 2018

PROGRAM ROAD TO AGRO TOURISM EDISI KHAS BAGAN DATUK - AGRO PELANCONGAN BERASASKAN KELAPA



Seri Wangi happy sangat first time join trip 'Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 Edisi Khas Bagan Datuk' . Program ni adalah anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC)  dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, FAMA, MARDI, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk. Trip yang Seri Wangi sertai ni selama 2 hari 1 malam sahaja, namun begitu Seri Wangi tetap happy sebab belum pernah sampai ke Bagan Datuk, Perak walaupun Seri Wangi sudah biasa makan angin ke Perak tapi cuma ke Ipoh saja, soo memang gembira dapat melawat tempat-tempat menarik Agro yang berasaskan kelapa di Bagan Datuk, Perak.

HOMESTAY PAK NGAH

Jangan Lupa Contact PAK NGAH  Kalau nak ke Bagan Datuk
Trip kami ke Bagan Datuk 2 hari 1 malam kali ini tempat penginapan kami adalah di Homestay Pak Ngah, Pasang Api, Bagan Datuk, Perak. Seri Wangi rasa macam balik kampung pulak. Kalau nak tau Homestay Pak Ngah ni terdapat 4 buah rumah homestay dan masing-masing mempunyai 3 bilik, ada ruang tamu, dapur dan memanglah sangat selesa. Harga dalam RM200 semalam. Haaa..lupalah pulak nak ambik gambar dalam rumah homestay Pak Ngah. Oklah...kalau nak ke Bagan Datuk jangan lupa roger-roger Pak Ngah, nak bagi tau ni...rumah seleberiti Datuk M. Daud Kilau pun berdekatan kat situ.


Seri Wangi bermalam kat sini

LAWATAN KE KILANG SABUT 
SENTOSA FIBRE SDN. BHD.

Bestnya main sabut kelapa

Setelah selesai urusan di homestay dan makan-makan, kami terus dibawa melawat kilang sabut terbesar di Bagan Datuk iaitu Sentosa Fibre Sdn. Bhd.  Best juga kita dapat pengalaman dan pengetahuan tentang kegunaan kelapa yang banyak manfaatnya, bukan saja buahnya kita boleh makan, umbut kalapa pun sedap dimakan. Tapi...sabutnya jangan pulak dibuang sebab banyak kegunaan yang kita dapat dari sabut kelapa. Bila menjejak kaki ke kilang ni, memanglah suasana dia tidak selesa sebab panas dan berhabuk, tapi Seri Wangi lihat pekerja-pekerja di kilang ni sudah biasa, lagilah pulak macam-macam pemperosesan yang perlu dilakukan untuk mendapat hasil yang terbaik dari sabut kelapa yang kita lihat biasa-biasa saja tapi bila sudah diproses bagai akan menghasilkan Fibre untuk kegunaan baja, tali, tilam dan lain-lain lagi.









RUMAH WARISAN 100 TAHUN BAGAN DATUK


Kami kemudian dibawa melawat ke sebuah Rumah Warisan Tradisional yang tertua di Bagan Datuk yang kini berusia 100  tahun. Kini rumah tersebut diperbaiki dan dicat dengan peruntukan yang diberikan oleh Majlis Daerah Bagan Datuk, agar Rumah Warisan yang berusia 100 tahun itu, kekal untuh dan tersergam indah untuk warisan cucu-cucu dan cicitnya serta menjadi daya tarikan pelancong ke Bagan Datuk. Rumah Warisan tersebut dimilik oleh sepasang suami isteri yang masih sihat walafiat walaupun usia mereka sudah masuk lingkungan 80an. En. Daim Mohammad berusia 87 tahun dan isterinya, Puan Jamilah Syafie berusia 72 tahun walaupun bertongkat masih sihat. Apa yang diceritakan bahawa rumah tersebut dibina oleh Allahyarham Mat Ali Kulop Rabu, Datuk kepada En. Daim.  





KILANG S&P SANTAN



Seri Wangi rasa semua orang tau  produk SANTAN SP -  Serbuk Krim Kelapa Santan Segera. Seri Wangi berpeluang ke Kilang Syarikat Santan S&P yang terbesar di Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 1983 dan telah mengeksport kepada 30 buah negara. Menurut Mr. Tay Ser Wei, proses serbuk santan menggunakan teknologi moden dan terbaik di mana santan cair akan diproses menjadi santan serbuk dan lebih tahan lama dari santan cair. Menurut petugas di Santan SP jika rendang yang kita masak dicampur sedikit dengan serbuk santan SP, pasti rendang tersebut tahan lama dan tidak cepat basi.


Santan serbuk S&P ada beberapa perasa seperti  Santan Original, Santan  Pandan dan Santan Omega 3 serta ada juga Kerisik Kelapa. Dah cukup dah pakej dia kalau susah sangat nak ke kedai beli serbuk Santan S&P dan Kerisik Kelapa S&P yang tahan lama.

Mr. Tay Ser Wei




MARDI BAGAN DATUK


Lawatan seterusnya kami ke MARDI Bagan Datuk untuk melihat sendiri cara pendebungaan kelapa dan teknologi pemprosesan minyak kelapa dara (Pollination & Virgin Coconut Oil). Tapi yang tak boleh dilupakan kami beramai-ramai kena naik lori nak ke ladang kelapa dara. Banyak juga Seri Wangi pelajari dan banyak pengalaman sepanjang berada di ladang kelapa untuk melihat sendiri cara pendebungaan kelapa dara untuk mendapatkan hasil kelapa yang terbaik dan seterusnya ke tempat cara memproses minyak kelapa dara.










BETING BERAS BASAH



Beting Beras Basah tempat bersejarah yang merupakan sejarah bagaimana Sultan Perak yang dikatakan mencapak mahkota beliau ke dalam laut setelah perahu baginda tersangkut. Kini Beting Beras Basah merupakan tempat di mana Pertabalan Sultan Perak yang baru ditabalkan sebagai Sultan Perak mengikut istiadat. Sepanjang berada di Beting Beras Basah pengunjung dinasihat menjaga tatatertib dan jangan bercakap sebarangan sewaktu berada di kawasan tersebut.

  

BAGAN DATUK WATER FRONT


Kami kemudian sempat singgah di Bagan Datuk Water Front  yang memang menjadi tumpuan orang ramai bersama keluarga bersantai di tepi laut dan menjamu selera di Bagan Datuk Water Front yang sememangnya cantik dan menarik sekali pemandangannya.






RESTORAN TOK MOH TOM YAM



Kami semua dah penat jalan-jalan sekitar Bagan Datuk, jadi perut dah mula lapar jadi kami semua singgah di sebuah Restoran Tok Moh Tom Yam yang baru dibuka di Bagan Datuk. Seri Wangi memang puji sedap-sedap belaka masakan dia, orang pun memang ramai yang makan di Restoran Tok Moh Tom Yam. 

LAWATAN SELESAI

Hmmm...nampaknya selesai sudah lawatan kami 2 hari 1 malam, memang best tapi sebelum tu sempat jugak kami singgah di Sky Mirror and Blue Tear yang pemandangannya memang cantik belaka. Kalau ada kesempatan Seri Wangi akan singgah menerokai tempat ni yang sangat popular kepada pelancong dan pengunjung Bagan Datuk. 



Akhir sekali Seri Wangi nak ucapkan ribuan terima kasih kerana dapat menyertai 'Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 Edisi Khas Bagan Datuk' . Program ni adalah anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC)  dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, FAMA, MARDI, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk.


27 ulasan:

  1. Rawlins sangat memuji inisiatif sebegini yang menggalakkan industri produk tempatan yang sekaligus meningkatkan keupayaan ekonomi penduduk setempat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Rawlin, kalau kerajaan tidak buat macam ini, mungkin orang ramai tidak tahu beta bagusnya produk2 tempatan dan tempat2 menarik di Bagan Datuk.

      Padam
  2. wow. ni kali ke3 aida baca pasal bagan dato. terbaik lah SW. untung la dpt join program ohsem ni.
    aida kagum bab ke kilang sabut tu. tak ku sangka sgt kreatif & inovatif gunakan produk dari kelapa ni ekk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...kalau kak tak tengok sendiri cara proses sabut kelapa memanglah kita tak tahu betapa penting produk satu biji kelapa yg banyak kegunaannya, first time kak sampai kat Bagan Datuk, sebenarnya banyak tempat2 menarik tp tak ada masa, kak nak juga pergi Sky Mirror yg lebh kurang macam kat Sky Mirror Kuala Selangor.

      Padam
  3. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, Ain terima kasih kerana sudi follow kak, jap lagi kakfollow

      Padam
  4. Wah! Best juga ya Bagan Datok ni

    Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi.

    Lepas ini bolehlah dimasukkan sebagai tempat Agro Tourism

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah masuk dah dalm Agro Tourism..byk tempat2 menarik

      Padam
  5. Rumah tradisional tu memang kita suka tengok sangat cantik dan masih terpelihara kat Perak memang banyak kita pernah jumpa dan suka ambil gambar sebagai background... sangat cantik...

    BalasPadam
  6. Banyak jugak tempat menarik kat bagan dato ni ya..nnt balik taiping boleh la ajak ayah pusing2 bagan dato sekali..rumah 100 tu mesti banyak kisah menarik kan?

    BalasPadam
  7. Best ya trip seperti ini Kak Limah. Mendekati kawasan agro pelancongan yang menarik dan special di Malaysia. Kalau tiada pendedahan seperti ini, kita semua x cakna

    BalasPadam
  8. Bertuahnya kak Seri Wangi boleh berjalan ke Bagan Datuk dan bawa irra sama-sama ke Bagan Datuk melalui entry ini.. banyak betul tempat menarik di Bagan Datuk

    BalasPadam
  9. Fuh macam-macam ada. Seronok tengok cara proses kelapa tu. Dari sabut kelapa ke santan. Semua bahagian kelapa bleh guna. Hehehe.

    BalasPadam
  10. Tak sangka betul banyak pula produk-produk menarik berasaskan kelapa. Yang penting santan tu sangat popular k. Saya pun selalu gunakan untuk memasak

    BalasPadam
  11. Honestly, the only thing i could think of was that some of the places would be very nice to do a photoshoot there...should probably bring my photographer friend to scout the place...

    BalasPadam
  12. Saya amat tertarik dengan rumah warisan tu. Teringin pula menziarahinya suatu hari nanti. Satu warisan yang memang wajar dipertahankan untuk generasi akan datang!

    BalasPadam
  13. Banyak kisahnya tempat menarik kat Bagan Datok ya. Bolehlah nanti hanny ke sana utk cuci2 mata.

    BalasPadam
  14. Seronok! suka kalau melawat tempat macamm ni. Tambah-tambah bila masuk makmal tu. Teringat zaman belajar. hehe. Santan SP tu popular tp jarang la pulak pakai. Ingatkan dah tak ada yang masih guna kan sabut kelapa. Good info and experience.

    BalasPadam
  15. Sepertinya banyak ya blogger Malaysia ya g sudah berkunjung ke Bagan Datuk. Kemarin sy komen di topik Bagan Datuk juga pada akun yg berbeda.

    Bagan Datuk tuh banyak kelapa ya?

    BalasPadam
  16. seronoknya banyak perkara dan benda menarik yang kita boleh belajar..banyk rupoanya kegunaan kelapa..mmg boleh dikomersialkan dengan lebih jauh

    BalasPadam
  17. Cantiknya rumah warisan tu..warna warni..memang menarik perhatian betul...seronok la dapat join aktiviti2 yg berasaskan kelapa ni kan...boleh tgk mcm2 dari sabut sampai ke minyak

    BalasPadam
  18. Sakan sis Halimah travel sekarang kan. semoga lebih sukses sis. aamiin

    BalasPadam
  19. Seronoknya pengalaman baru kan teroka tempat yg kita x fikir pun boleh sampai..sygnya SA kerja..kalau tak sure bleh join...

    BalasPadam
  20. Skrg bagan datok dah makin glamour bila kak halimah jelajah ke sana.. mmg tempat wajib lawat bagi yang datang ke perak

    BalasPadam
  21. Best la! kelly nak ikut akak pergi merantau juga... bak kata juah perjalanan luas pemandagan kan, kan... That virgin coconut oil is very good for health, kena rajin makan tau.

    BalasPadam
  22. i never know there is 100 years house there. oh my.. i missed this trip. too much work to do till can't leave. i really love RTAT project as they really bring a lot of awareness to all about what are the hidden gems about.

    BalasPadam
  23. banyak sungguh kegunaan kelapa ni kan...

    BalasPadam

Thak You For Your Comment