MASAKAN MELAYU ASLI DENGAN PANAROMA INDAH DI ARINA SKYVIEW - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 22 April 2018

MASAKAN MELAYU ASLI DENGAN PANAROMA INDAH DI ARINA SKYVIEW


IFTAR IN THE SKY


Seri Wangi mendapat jemputan bersama sahabat-sahabat untuk hadir menikmati buffet Pre-Ramadhan di Arina Skyview Kuala Lumpur,  Kampung Bharu, Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Seri Wangi pertama kali menjejak kaki di Arina Skyview yang berada di tingkat 20, di sini kita dapat melihat pemandangan indah Bangunan  Berkembar Petronas di waktu malam dan merasaikan 360 darjah pemandangan dan keindahan Kuala Lumpur. 







Menikmati keindahan malam di Arina Skyview sangat mengujakan kita, apatah lagi sambil menikmati hidangan-hidangan lazat Iftar Ramadhan. Arina Skyview iuga mempunyai pelbagai pakej yang disediakan seperti Pakej Nikah/Bertunang/Berendoi. Pakej Perkahwinan, Seminar dan Pakej Institusi.






MENU-MENU IFTAR RAMADHAN
"IFTAR IN THE SKY"

Promosi Iftar Ramadhan

Seri Wangi rasa bangga dapat merasai keenakan dan kelazatan masakan Melayu Asli Tempatan dan juga Antarabangsa yang dihidangkan di Arina Skyview Kuala Lumpur. Sempena Promosi Buffet Ramadhan ada beberapa promosi yang menarik disediakan untuk pelanggannya. Masakan yang lazat semestinya datang dari seorang Chef yang pakar dalam Masakan Melayu Asli iaitu Chef Sabirin Mohd Yusof dalam penyediaan juadah untuk Buffet Ramadhan. Jadilah cepatlah menempahnya dari sekarang sebab Seri Wangi sendiri sangat teruja dengan masakan yang memang menyelerakan dan Seri Wangi bagi 5 Star. Lebih-lebih lagi hidangan Nasi Arab, Ayam Bakar dan Kambing Panggangnya yang dagingnya sangat lembut dan sedap dengan pelbagai sos yang semuanya sedap seperti Sos Blackpepper, Cendawan dan BBQ.

Kambing Panggang

Ayam Bakar

HIDANGAN LAUK-PAUK

Ayam Masak Kurma

Sayur Campuran

Rendang Daging

 Udang Goreng Kunyit

Sambal Sotong

Gulai Kepala Ikan

SUP campuran


Pelbagai Kerabu, Ulaman dan Pecal





KUEH-MUEH










BUAH-BUAHAN




Untuk makluman semua pihak Arina Skyview Kuala Lumpur akan menyediakan surau dan imam untuk Solat Magrib, Isya dan Tarawih semasa promosi Buffet Iftar Ramadhan dan juga jangan risau di sini juga disediakan ruang solat untuk majlis-majlis lain yang diadakan di sini.  Untuk Buffet Ramadhan 'Iftar In The Sky"  di Arina Skyview Kuala Lumpur hanya untuk tempahan korporat dengan minimum 50 pax iaitu RM68 setiap pax dan sekiranya kita membuat tempahan awal ada harga tawaran iaitu RM58 setiap pax.

Untuk Tempahan korporat, bolehlah hubungi:

Tel :  03-40108444
Wssap:  012-7087135

ARINA SKYVIEW KUALA LUMPUR  


Arina Skyview Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah pusat kota Kuala Lumpur yang mempunyai lokasi unik iaitu Golden Triangle dan mempunyai 3 venues in one (mempunyai satu konsep dipanggil 'Multi-Branding') iaitu Satu Lokasi Perkahwinan. Mesyuarat dan Seminar Centre serta Full Service Casual Dining. Pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh Arina Skyview Kuala Lumpur untuk kemudahan kepada pelanggannya dalam suasana santai, meriah dengan pemandangan indah kota Kuala Lumpur sambil menikmati pelbagai masakan hidangan melayu asli bersama keluarga, kenalan dan rakan-rakan perniagaan. Ruang yang luas 3,000 kaki persegi yang boleh memuatkan 150 minimum . pelanggan.


  
Untuk Maklumat Lanjut:





Mohd Haider Abd. Hamid
Chief Operating Officer
Office:  +603-40108444
RSVP/Sales: +6012-7087135 


Noor Habibah bt Abdul Samad
Sales & Marketing Executive
Office:  +603-40108444
RSVP/Sales: +6012-7087135 

12 ulasan:

  1. Dah mula promo bufet ramadhan ya..

    BalasPadam
  2. woww.. bestnya ada masakan melayu asli kat arean sky view tu.. memang makin berselera la makan yea kalau time berbuka puasa atau pada hari biasa pun..

    BalasPadam
  3. makanan dia semua mmg sedappp sgt...

    BalasPadam
  4. wah..mkan atas tempat tinggi erk..syok tu..harga not bad la..suasana best. bawak family ok je ni

    BalasPadam
  5. Wow deliciois food and beautiful view...so gonna go!! 😍😍😍thank u for sharing

    BalasPadam
  6. wow makanan semua nampak menarik..thanks for sharing,, rasanya nk bwk family try this

    BalasPadam
  7. Suka gila dengan serawa durian dia. Memang nanti bulan puasa pergi nak makan tu je.

    BalasPadam
  8. bagusnya..segala kuih muih di wrap rapi yer.Memang bersih..

    BalasPadam
  9. Foods looks unbelievably delicious! Glad you had a great time :D

    BalasPadam
  10. What a generous Ramadan buffet spread. The price is really berbaloi. Will inform my friends!

    BalasPadam
  11. Banyaknya makanan! harga pun ok. boleh la consider makan dkt sini bila nk berbuka puasa besar besar. hehe. thank you sbb kongsi!

    BalasPadam
  12. I don't mind enjoying buffet with panaroma view! It was a nice and fun experience =)

    BalasPadam

Thak You For Your Comment