MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA FATTAH AMIN & NUR FAZURA DI QUILL CITY MALL KL - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 17 Jun 2017

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA FATTAH AMIN & NUR FAZURA DI QUILL CITY MALL KL




Salam Ramadhan,

Sekali lagi Seri Wangi mendapat jemputan untuk hadir Majlis Berbuka Puasa "Raya Kasih & Cinta" Corporate Social Responsibility (SCR) Initiative  bersama Fattah Amin dan Nur Fazura (Hero Seorang Cinderella) di Quill City Mall KL pada 11 Jun 2017. Kali ini Quill City Mall meraikan anak-anak yatim seramai 43 orang dari Rumah Shifa Setapak dan Rumah Bakti Nur Shaheera untuk membeli-belah persiapan Hari Raya dan berbuka puasa di Quill City Mall KL.

Jomlah ramai-ramai bershopping di Quill City Mall KL di mana terdapat banyak aktiviti-aktiviti bersama artis jemputan untuk pengunjung bersama keluarga berhibur sambil beshopping dan berbuka puasa serta banyak promosi dan potongan dari outlet-outlet yang terdapat di Quill City Mall KL, kalau bernasib baik dapat bertemu dengan artis-artis yang terlibat dengan penggambaran drama "Hero Seorang Cinderella".





Acara di Majlis Pembukaan Dato' Ar. Michael Ong-Executive Director. Ng Chee Kheong-COO of Quill City Group Of Companies, Joseph Teo-Vice President, Marketing of Qill City Mall KL bersama Fattah Amin dan Nur Fazura bersama-sama merasmikan Corporate Social Responsibility (SCR)Initiative dan juga acara menandatangani Autograf oleh Fattah Amin dan Nur Fazura untuk Novel "Hero Seorang Cinderella" (HSC) kepada peminat-peminat yang bertuah pada acara tersebut.  Kemudian acara menulis messege Kasih & Cinta Quill Love Locks oleh kesemua kedua-dua  rumah anak-anak Rumah Shifa Setapak dan Rumah Bakti Nur Shaheera bersama dengan Dato' Ar. Michael Ong, Fattah Amin dan Nur Fazura.

Kasih & Cinta Quill "Love Locks"


Pemberian Duit Raya

Menandatangani Autograf Novel "Hero Seorang Cinderella"

Majlis Berbuka Puasa

Nampaknya semua acara di pentas telah pun selesai dan dah tiba masanya Seri Wangi berbuka puasa, dah lapar ni....kali ni Quill City Mall membawa anak-anak yatim, tetamu-tetamu kehormat dan Media berbuka puasa di Restoren Aragan Yokocho bersama Fattah Amin dan Nur Fazura. First time Seri Wangi dapat merasai makanan Jepun 4 musim iaitu Summer Set, Autumn Set, Winter Set dan Spring Set. Seri Wangi dapat Autumn Set - menunya iaitu Udon Noodle, Salmon Nigiri dan Green Tea Ice Cream....rasa dia...? makan jer....












 Hhhmmm...sedapkan...bolehlah mencuba buka puasa di Aragan Yokocho pulak. Fatah Amin dan Nur Fazura pun duduk sebelah kami tapi nak dekat tak bolehlah...bodyguard ramai weii...!




Big Boss Aragan Yokocho

Jom ramai-ramai shopping, makan-makan dan joint contest sepanjang bulan puasa hingga 9 Jul 2017 di Quill City Mall KL. Untuk keterangan lanjut:


facebook :  quillcitymallkl

2 ulasan:

  1. Congratulations for this event! And woe for these delicious looking foods :) You've got a happy-tummy!

    BalasPadam

Thak You For Your Comment