RESEPI : BUAT SENDIRI MINUMAN JAMU UNTUK KESIHATAN TUBUH - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 28 Mac 2020

RESEPI : BUAT SENDIRI MINUMAN JAMU UNTUK KESIHATAN TUBUH



Seri Wangi amalkan jamu yang dibuat sendiri untuk kesihatan tubuh seperti buang angin, kuruskan badan, menyegarkan tubuh yang lemah, hilangkan sakit-sakit sendi, tangan kebas-kebas, awet muda dan kempiskan perut yang buncit. Bahan-bahan pun mudah dicari dan murah, cuma antara rajin dan malas untuk membuatnya. Terpulanglah pada kerajinan puan-puan sekiranya hendaklan tubuh cantik, ramping dan sihat seperti saya yang kini sudah pun berumur 58 tahun. Perkara utama yang puan-puan mesti elakkan ialah minuman berais,bergas dan makanan sejuk, banyakkan makan sop sayur-sayuran. Apa yang Seri Wangi lihat ramai rakan-rakan pejabat bila bersarapan pagi suka minum minuman berais seperti milo ais, teh ais, teh o ais. Pagi-pagi sarapan dengan nasi lemak memang kesukaan ramai, roti canai, mi goreng, nasi goreng, semuanya benda berlemak, jadi bila kita minum air berais pagi-pagi, maka makanan yang kita makan akan jadi beku dan menghasilkan lemak tepu terutamanya di perut. 






Oleh tu disarankan minumlah air panas suam yang paling baik, minumlah teh o panas ke, kopi o panas, minuman panas agar makanan yg kita amik senang hadam. Kalau boleh sarapan pagi ambil makanan ringan seperti kuih, roti,biskut, tengahari baru makan nasi itupun kalau nak dietlah. Sekarang Seri Wangi  bagi resepi nak buat jamu.pulak. Resepi ni tak ada sukatan, ikut banyak mana yang kita nak buat dan banyak mana kita nak minum. Seri Wangi biasanya buat jamu satu botol dan disimpan dalam peti ais bila nak minum keluarkan dulu baru minum.

BAHAN
GULA MERAH





ASAM JAWA




HALIA

           
SERAI 10 BATANG


CARA MASAK

Halia dibakar dan dibuang kulitnya kemudian diketuk sedikit, serai juga diketuk-ketuk, kunyit dibuang kulit dan di hiris. Masukkan ke dalam periuk. Perah air asam jawa ikut suka tapi jangan terlalu masam, gula merah dicampur dengan air ikut kemanisan yang puan-puan suka. Satukan semua dalam periuk dan masak, jika air kurang boleh tambah. Seri Wangi masak untuk satu jag kecil untuk disimpan dalam peti ais. Masak hingga mendidih dan rasa lebih kurang, jika kurang manis tambah gula merah. Bila nak minum keluarkan dahulu dari peti ais baru minum pagi dan malam sebelum tidur.

Baca di sini: pakej urut bersalin seri wangi

14 ulasan:

  1. jamu ni bagus. sebab bahan nyer very alami.
    semua bahan ada tu. boleh kot cuba.
    aida just amalkan air halia - halia, madu dan serai je sis.
    num la 2-3 hari sekali. suam-suam.

    BalasPadam
  2. nak elak minum ais tu la paling payah kak limah haha nanti nak cuba moga ramping macam kak limah gojesss

    BalasPadam
  3. terima kasih share. rasanya untuk wanita memang sesuai jamu macam ni.

    BalasPadam
  4. nice. oh mudahnya nak buat sendiri kan. kita tak berapa nak makan jamu. tapi lebih minum air halia. rendam macam tu je.

    BalasPadam
  5. Kak buat sendiri ea Jamu, mesti sedap tak macam yang jual tu kan, kalau yang jual tu, tersekat dek tekak nak telannya hahahaha sebab pernah rasa kawan buat sendiri, sedap, rasa asam-asam gitu...

    BalasPadam
  6. Patutlah k seri wangi kurus dan bertenaga..bolelah mieda cuba lepas nie

    BalasPadam
  7. Azwar tak pernah minum jami, kalau air berais pun kurang. Paling sihat pun blend air epal minum. Ini baru nak try epal blend dengan pegaga.

    BalasPadam
  8. Padanlah maintain ye Kak Limah ni. Masih amalkan jamu dan cara tradisional. Baguslah. Dulu pernah minum air rebusan serai. Ok ke kak limah?

    BalasPadam
  9. Didn't try this ! But I am excited to try new stuff! Thank you for sharing!

    BalasPadam
  10. Macam sedap je air jamu ni. Bolehlah cuba. Bab ais ni Marina pantang tengok. Nak cuba kurangkan

    BalasPadam
  11. Jamu nih memang pernah masak dulu, memang membuang angin dalam badan.. rasa ringan je badan, lama tak buat nant boleh follow resepi nih, tq Kak Limah

    BalasPadam
  12. mommy boleh minum air kunyit yang bidan mommy buat, asal dari indonesia. bila buat sendiri rasa serdak tu ada lagi. kenapa ntah

    BalasPadam
  13. Fuhhh bagus buang angin ni. Lama betul tak buat sendiri jamu atau beli. Hanny kalau jamu2 ni kureng sikit walau tahu bagus..hehehe

    BalasPadam
  14. jamu memang bagus untuk kesihatan. pernah minum jamu sekali masa kat solo dulu.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment