Hari Asma Sedunia Mengajak Komuniti Untuk Meningkatkan Kesedaran Mengenai Pengurusan Asma - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 10 Mei 2023

Hari Asma Sedunia Mengajak Komuniti Untuk Meningkatkan Kesedaran Mengenai Pengurusan Asma


Kita sedia maklumat bahawa penyakit asma ini tidak boleh dipandang ringan, terutamanya kanak-kanak, apatah lagi kita orang dewasa pun bila penyakit asma tiba-tiba datang menyerang dan sesak nafas tentulah kelam kabut dibuatnya. Oleh itu kita kena pastikan kesihatan mereka sentiasa dalam keadaan baik dan perlu bersiap sedia langkah-langkah yang perlu kita ambil bila penyakit asma melanda.

Untuk maklumat anda di Malaysia, asma merupakan salah satu penyakit pernafasan dan ianya meningkat secara konsisten setiap tahun. Beberapa tahun kebelakangan ini, dianggarkan kebarangkalian pesakit asma di Malaysia telah meningkat daripada 6.4% kepada 9.4% dalam kalangan kanak-kanak berumur 6-7 tahun dan daripada 9% kepada 13% dalam kalangan kanak-kanak berumur 13-14 tahun.1 Melihat kepada peningkatan bilangan pesakit asma di Malaysia dam kepentingan untuk mendidik masyarakat mengenai pengurusan asma, Asthma Malaysia dan AstraZeneca, sekali lagi telah bekerjasama menganjurkan kempen awam ‘Breathe Better’  bertempat di 1 Mont Kiara, bersempena Sambutan Hari Asma Sedunia.



Majlis ini telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan menguruskan asma secara efektif dan ianya telah dirasmikan oleh Dr Helmy Haja Mydin, Perunding Perubatan Pernafasan, Dina Nadzir, Penyanyi Tempatan, Juruhebah Radio, Pelakon dan Penyampai Televisyen Malaysia, dan Ashwini Saha, Pengarah Perubatan Negara dan Peneraju Kawasan Metabolisme Kardiovaskular, Perubatan Terapeutik Kawasan Asia, AstraZeneca. 


Bertemakan "Kawal Asma Anda," kempen ini menyasarkan dalam mendidik pengunjung mengenai kepentingan penggunaan ubat terkawal dalam mengurus dan merawat gejala asma dalam jangka masa panjang, dan bukan hanya sekadar bergantung kepada ubat pelega.

Bercakap mengenai kempen Breathe Better, Dr. Helmy berkata, “Amat penting untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang awam bagaimana untuk menguruskan asma. Mendapatkan diagnosis awal adalah penting bagi mengelak serangan yang boleh melumpuhkan dan meletihkan. Langkah awal dan kawalan yang betul dengan ubat yang sesuai bukan sahaja dapat menghalang penyakit yang teruk, tetapi ianya mampu meningkatkan kualiti hidup seseorang.” 


“Kempen ini juga bertindak sebagai peluang bagi warga profesional dan individu yang mengidap asma untuk turut sama berkongsi pengalaman dan pandangan dengan tujuan untuk menambahbaik penjagaan dan pengurusan asma di Malaysia,” tambah Dr. Helmy.

Statistik menunjukkan di Malaysia, jumlah kematian akibat komplikasi asma setiap tahun adalah sekitar empat angka dengan kira-kira 1,700 kes dilaporkan pada 2014. Angka ini mungkin dianggap kecil jika dibandingkan dengan punca kematian yang lain, tetapi menurut pakar kebanyakan kes kematian disebabkan asma boleh dielakkan sekiranya rawatan awal dan teratur diberikan.2

Dengan penilaian klinikal yang bersesuaian, asma boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana dan teruk dan berdasarkan kepada keparahan/ketenatan, pesakit memerlukan jenis dan dos ubat berbeza bagi mengawal keadaan mereka.



“Asma yang teruk biasanya memerlukan rawatan dan pengurusan perubatan sepanjang hayat. Ianya sukar untuk dirawat dan tempoh pemulihan daripada serangan asma yang teruk adalah berbeza berdasarkan situasi individu. Amat penting bahawa mendidik orang awam pengetahuan mengenai asma merupakan satu usaha berterusan tanpa henti.


Menurut Dr. Helmy, kesedaran orang awam terhadap perbezaan ketiga-tiga kategori masih rendah. Perlu diingatkan bahawa setiap peringkat memerlukan kaedah rawatan yang berbeza dalam pengurusan asma. Pesakit asma yang teruk memerlukan perhatian khas kerana mereka lebih mudah terdedah kepada serangan asma yang berulang walaupun mereka mahir dalam menggunakan penyedut dengan betul. Ini disebabkan beberapa faktor penyumbang kepada serangan yang teruk, seperti tahap kiraan darah putih yang sangat tinggi. Pesakit ini bukan sahaja mengalami gangguan tidur setiap hari tetapi aktiviti harian mereka juga boleh menjadi terbatas. Terdapat kebarangkalian tinggi bahawa mereka boleh menjadi terlalu bergantung kepada ubat-ubatan yang memberikan kelegaan segera seperti penyedut dan steroid oral setiap hari untuk jangka panjang namun ianya tidak digalakkan.




Sambutan Hari Asma Sedunia 2023


Seri Wangi berkesempatan hadir di Sambutan Hari Asma Sedunia 2023 di 1 Mont Kiara merangkumi permainan berasaskan pendidikan dan pameran yang memaparkan mesej pembelajaran utama berkaitan asma, bertindak sebagai platform untuk orang ramai lebih memahami dan memperoleh maklumat awal mengenai penyakit pernafasan ini. Turut diadakan sesi perkongsian asma oleh artis tempatan Dina, di samping reruai permainan yang interaktif dan pertandingan mewarna bagi peserta yang lebih muda. Majlis ini telah dihadiri ramai pengunjung dalam tempoh dua hari.








Walaupun asma merupakan sejenis penyakit kronik, penganjur kempen berharap majlis ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang awam serta penjaga mereka yang menguruskan kondisi berkaitan. Dengan pengetahuan yang betul, asma masih boleh dikawal dan diurus agar dapat menjalani kehidupan yang sihat. 

Sambutan Hari Asma Sedunia 2023 masih lagi berlangsung dan orang ramai dijemput hadir Untuk memeriahkan program tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://qr.epmarketing.digital/wad2023











Mengenai Breathe Better

Kempen Bernafas Lebih Baik meningkatkan kesedaran tentang menguruskan asma secara berkesan bagi mencegah komplikasi dan meningkatkan kualiti hidup orang ramai. Mesej utamanya, "Kawal Asma Anda," menekankan setiap pesakit harus mengawal asma dan mengetahui pilihan rawatan terbaik untuk mereka.




Mengenai Asthma Malaysia

Asthma Malaysia adalah sebuah pertubuhan yang bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk menjadi sumber yang boleh dipercayai tentang asma, untuk meningkatkan kesedaran terhadap piawaian penjagaan terbaik dan untuk memperkasakan pesakit dalam pengurusan asma mereka.




INSTAGRAM

FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment