Program CSR Bob Rock Raikan Rumah Orang Tua Sungai Way Sempena CNY 2023 - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 28 Januari 2023

Program CSR Bob Rock Raikan Rumah Orang Tua Sungai Way Sempena CNY 2023

 


Sempena sambutan Tahun Baharu tahun Cina tahun 2023,  Bob Rock Clothing tampil dengan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menggunakan pendekatan berbeza dari kelaziman apabila meyantuni penghuni Rumah Orang-Orang Tua Seri Setia, Sungai Way yang mempunyai penghuni seramai 32 orang.



Biarpun pemiliknya beragama Islam, ia tidak menjadi halangan untuk berbakti kepada warga emas berketurunan Cina sesuai dengan sambutan Tahun Baharu Cina. Dengan adanya sumbangan tersebut dapatlah meringankan beban untuk penghuni di Rumah Orang-Orang Tua Seri Setia, Sungai Way 

Program berkenaan mencipta kelainan kerana penganjurnya yang beragama Islam tampil membantu penghuni di situ biarpun berlainan agama. Pada 16 January 2023 lepas,  Bob Rock Clothing telah melakukan inisiatif dengan  dengan menyumbangkan barang-barang keperluan seperti:

1. Sabun basuh tangan

2. Sabun basuh baju cecair

3. Sabun basuh baju serbuk

4. Sabun pencuci lantai

5. Limau

6. Ang-pau



Untuk makluman sumbangan barang-barang keperluan tersebut amatlah diperlukan untuk kegunaan harian oleh penghuni di situ.

“Idea untuk tampil dengan program ini adalah semata-mata kerana kemanusiaan.

“Perbezaan agama bukan halangan kerana kita perlu sentiasa bantu membantu sesama kita. Dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum, program seperti ini diharapkan dapat menjadi titik permulaan untuk inisiatif CSR untuk membantu golongan yang memerlukan di masa yang akan datang,” kata Pegawai Pembangunan Perniagaan Bob Rock Clothing, Syafiq Azizan. 




Program berkenaan yang diadakan buat kali pertama dan akan diteruskan pada tahun akan datang bagi membantu lebih ramai golongan yang terkesan.

“Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk rakan korporat atau badan bukan kerajaan agar lebih banyak lagi yang dapat disantuni dan berkongsi kegembiraan dalam kehidupan,” katanya.







Semoga semua penghuni Rumah Orang-Orang Tua Seri Setia, Sungai Way dapat menyambut sambutan Chinese New Year (CNY)dengan gembiranya.



Tentang Bob Rock Clothing (BRC)

Untuk makluman anda Bob Rock Clothing (BRC) menyediakan pakaian plus size untuk lelaki yang mempunyai pelbagai plus size fashion dan design dengan harga berpatutan Dan mampu milik.

Selain itu anda membeli di Kedai Baju Saiz Besar Lelaki di Bob Rock Clothing (BRC), anda juga boleh membeli  secara online Plus Size Clothing Online Malaysia. Terdapat banyak pilihan untuk Men’s Plus Size Clothing dan Plus Size Fashion.



Untuk makluman lanjut layari:

WEBSITE: - https://www.bobrock.com.my/

INSTAGRAM: https://instagram.com/plussizebobrock

FACEBOOK: https://www.facebook.com/bobrockclothing




Tag:
#bobrock #bodypositivity #plussizemalaysia #saizbesar #bigsize #plussize #plussizefashion #plussizemen #plazashahalam #plazamasalam #csrbobrock #CSR #komuniti #ChineseNewYear
#KedaiBajuSaizBesarLelaki
#CSRBobRock


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment