Program Tour Melaka 2018 bersama FAST BIKES CLUB (F.B.C) - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 21 Disember 2018

Program Tour Melaka 2018 bersama FAST BIKES CLUB (F.B.C)



Tour Melaka 2018 - Program Tour Melaka 2018 adalah hasil idea Fast Bikes Club (F.B.C) - Pengerusinya Fadzlaini Ibrahim dengan kerjasama Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) dan Pengerusi Jawatan Kuasa Pelancongan, Warisan & Kebudayaan Negeri Melaka serta Pengerusi Jawatan Kuasa Perdagangan Pelaburan Negeri Melaka.


Program Tour Melaka 2018 yang bermula pada 14 - 16 Disember 2018 lepas bersama konvoi motosikal berkuasa besar - Fast Bikes Club yang melibatkan peserta dari Malaysia, Thailan dan Singapura yang mana para peserta telah menjelajahi seluruh Negeri Melaka dan melakukan pelbagai aktiviti CSR seperti bergotong-royong membersihkan Masjid Lama Rembia, meraikan anak-anak tahfiz dan juga menghulurkan sumbangan kepada golongan asnaf dan ibu tunggal. Konvoi Tour Melaka disertai terdiri dari penunggang motorsikal, marshall dan pengamal media yang terdiri dari wartawan TV, akhbar, majalah dan blogger.


Untuk makluman uoll tahun 2019 adalah tahun melawat Melaka dan dengan itu tarian Don Dang Sayang telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO, oleh utu tidak secara langsung dapat mempromosikan negeri Melaka, adat kebudayaan negeri Melaka, makanan dan tempat-tempat yang menarik di negeri Melaka

TUJUAN PROGRAM TOUR MELAKA 2018 

1.  Program Tour Melaka 2018 dianjurkan untuk membantu Pengerusi Jawatan Kuasa Pelancongan, Warisan & Kebudayaan Negeri Melaka bagi mempromosikan setiap daerah di Negeri Melaka kepada masyarakat dengan cara berkonvoi menggunakan motorsikal menjelajahi negeri Melaka.

2.  Selain itu ianya dapat mempromosikan dan memperkenalkan akan kebudayaan tradisi melayu di negeri Melaka, asal usul makanan tradisi masyarakat Melaka dan cara kehidupan masyarakat melayu melaka kepada golongan belia masa kini dan kepada peserta dan seluruh Malaysia serta kepada dunia luar.

3.  Satu usaha yang patut diberi pujian untuk menjadikan negeri Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan terunggul bertaraf dunia sekaligus sebagai penyumbang pembangunan sosio-ekonomi negara. 

4.  Program ini juga dapat membentuk minda, fizikal, sikap jati diri dan dapat memberi semangat silatulrahim dalam diri setiap peserta ketika menyertai aktiviti kebajikan SCR yang diadakan dalam program tersebut. 

Peserta Konvoi Fast Bikes Club (kredit photo: Taha Khusaimi)

PROGRAM AKTIVITI TOUR MELAKA 2018


Pengerusi Fast Bikes Club - Fadzlaini Ibrahim

DAY 1 - Pelepasan Konvoi Tour Melaka 2018

First time Seri Wangi dapat menyertai Tour Melaka 2018 anjuran Fast Bikes Club, bukan senang tau dapat berkonvoi ke Negeri Melaka selama 3 Hari 2 Malam bersama dengan brother-brother Mat Motor yang berkuasa besar 500cc, apatah lagi mereka semua datangnya dari Thailand, Singapura dan Malaysia untuk menjelajah seluruh negeri Melaka sambil membuat amal serta menyertai pelbagai program yang telah diaturkan oleh penganjur.

Kami semua telah berkumpul di The Gasket Alley - Harley Davidson of Petaling Jaya. Sebelum pelepasan ke Melaka kami terlebih dahulu diberi penerangan oleh Marshall yang mengiringi konvoi Fast Bikes Club - Tour Melaka 2018 tentang keselamatan konvoi tersebut memandangkan ketika itu hujan sangat lebat, perjalanan tetap ditruskan seperti mana dijadualkan. Seri Wangi dengan media lain menaiki van mengikuti konvoi tersebut.





kredit photo: Taha Khusaimi

Bermalam di Hotel Mudzaffar MITC

Alhamdulillah perjalanan konvoi Tour Melaka 2018 berjalan dengan lancar walaupun konvoi Fast Bikes Club terpaksa menempuhi hujan lebat sepanjang perjalanan ke Melaka dengan diiring oleh Marshall. Dalam lebih kurang pukul 6pm konvoi kami selamat tiba  di Hotel Mudzaffar Melaka. Bestnya bila Seri Wangi melihat Hotel Mudzaffar yang tersergam indah seni binaannya, belum lagi meninjau di dalam hotelnya lagi, faham-fahamlah masing-masing tentulah keletihan. Apa-apa pun masing-masing kena chek-in dulu sebelum meneruskan aktiviti di sebelah malam pulak.






Majlis Makan Malam di Restoran Queyside 

Program seterusnya time dinner, pastinya semua dah kelaparan termasuklah Seri Wangi, lebih-lebih hujan dan kesejukan. Lokasi tempat kami makan malam memang best sebabnya makan tepi sungai, kalau abang ada feeling gitu...kan?Restoren Queyside Melaka memang terkenal lagipun ianya lokasi ikan bakar yang dikenali ramai sambil kita dapat menikmati suasana malam yang hening. Lagi best sambil menikmati makan malam hidangan utamanya mestilah lauk asam pedaskan? kami dipersembahkan dengan tarian kebudayaan Melaka terutamanya joget lambak yang memang sudah senonim di Negeri Melaka. Apa lagi dorang pun tumpang sekaki berjoget lambak.

kredit photo: Taha Khusaimi




Jelajah Sungai Melaka dengan Cruise Melaka

Serusnya yang ditunggu-tunggu ialah menyusuri sungai Melaka dengan menaiki Cruise Melaka. First time Seri Wangi dapat merasa naik Cruise Melaka ni, walaupun Seri Wangi selalu balik kampung di Melaka. Sempena tahun melawat Melaka 2019 pihak tourism Melaka akan menambaik kawasan sepanjang sungai Melaka dengan mencantikkan lagi bangunan dan rumah tersebut dengan lampu berwarna-warni. Memang cantik pemandangan di waktu malam kerana sepanjang menurusuri sungai Melaka kita dapat melihat setiap bangunan dan rumah-rumah dipasang lampu dan dihias indah.



kredit photo: Taha Khusaimi



DAY 2 -  Aktiviti CSR

Acara Pelancaran Asam Pedas Mudzaffar -  Selepas menikmati sarapan pagi, kami berkumpul untuk acara pelancaran Asam Pedas Mudzaffar Hotel Melaka sempena khas untuk kehadiran kami yang menginap di hotel tersebut. Pelbagai menu-menu asam pedas yang disediakan seperti Asam Pedas Ikan Siakap, Asam Pedas Ikan Pari my favaurite, Asam Pedas Daging Tetal dan Asam Pedas Telur Ikan...haaa...yang ni paling l suka. Memanglah menggoda anak tekak sebab semuanya sedap belaka. 









Aktiviti CSR -  Program CSR kali ini ialah Gotong Royong membersih Masjid Lama Rembia yang berusia 160 dan masih untuh hingga kini.  Peserta konvoi bersama penduduk kampung Rembia bersama-sama membersih kawasan masjid lama tersebut dan memberi sumbangan kepada pihak masjid tersebut.








Makan Tenghari Di Restoran Zahrin Asam Pedas -  Ok...time makan tengahari pulak, kali ini kami dibawa makan di sebuah restoran popular dengan menu-menu asam pedasnya, Kami ke Restoran Zahrin Asam Pedas yang terletak di Lingkaran MITC, Melaka. Seri Wangi dapat melihat dan menjamu selera lauk-lauk asam pedasnya yang pelbagai menu, bukan saja lauk asam sahaja dihidangkan malah banyak pilihan lain untuk kita pilih...memang menyelerakan dan kelabu mata memandangnya haaaa,,,





Coconut Shske Klebang  -  Seterusnya perjalanan kami selepas selesai makan tengahari ialah merasai betapa sedapnya coconut shake Klebang Original yang sangat popular dan viral sekarang ini. Kalau uoll nak tau Coconut Shake Klebang Original memang sangat popular di Melaka, tempatnya terletak di Solok Kampung Bahagia, Klebang Besar, Melaka. Seri Wangi nak bagi nasihatlah...kalau uoll nak rasa coconut shake ni...janganlah datang time cuti sekolah sebabnya ramai giler you,,,!!terpaksa beratur panjang, entah dari mana datangnya dorang ni Seri Wangi pun tak tau...haaaa. Memang sedap sebab ada aiscream dan lemak-lemak manis...




Menaiki Menara Taming SariOkay...jom kita round pulak bandar Melaka...pi naik Menara Taming Sari yamg ketinggiannya dalam 80 meter dan 360 degree dengan pemandangannya yang sangat menarik dan indah keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia  UNESCO seperti Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan, Sg Melaka dan Selat Melaka. Pastinya keangan manis di sanubari lebih-lebih lagi ini adalah pertama kali Seri Wangi dapat menaiki Menara Taming Sari bersama Fast Bikes Club. Paling best kedatangan uoll akan disambut oleh Spider Man...haaaa...





DAY 3  -   Aktiviti CSR - Ziarah Kasih dan Sukan Rakyat

Wah...kejapnya masa berjalan, pejam celik..pejam celik...dah 3 hari 2 malam kami berada di Melaka.  Program aktiviti CSR kali ini adalah aktiviti Ziarah Kasih dan Sukan Rakyat bersama penduduk Kampung Rembia. Seronok juga dapat bergaul dan bermesra dengan penduduk kampung Rembia yang peramah belaka, segala aktiviti yang dijalankan melibatkan penyertaaan bersama penduduk Kampung Rembia, Alor Gajah, Melaka.



Aktiviti Sukan RakyatAktiviti CSR kali ini ialah Sukan Rakyat yang melibatkan peserta Fast Bikes Club dari Malaysia, Singapura dan Thailand, para media dan juga penduduk kampung Rembia. Paling lawak bila melihat brother-brother motor kita ini join sukan rakyat seperti Tarik Upih, Bowling Padang, Lari Ikat Kaki, Cari duit syiling dalam tepung, Kerusi Beracun dan Bola Sepak Kain Pelikat.

Tarik Upih

Bowling Padang

Cari duit syiling dalam tepung
Lari Ikat Kaki

Kerusi Beracun
Bola Sepak Kain Pelikat.

Sumbangan Untuk Golongan Asnaf, Ibu Tunggal dan Anak Yatim  -  Program SCR seterusnya adalah menyamikan sumbangan kepada golongan asnaf ibu tunggal dan juga anak yatim serta penyampaian hadiah kepada pemenang sukan rakyat dan juga cabutan bertuah (uoll jangan jelous makcik Rembia menang Jaket berharga RM1xxx).






Pemenang Hadiah Utama Cabutan Bertuah

Selesailah sudah Program Your Melaka 2018 bersama Fast Bikes Club (F.B.C) - Pengerusinya Fadzlaini Ibrahim dengan kerjasama Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) dan Pengerusi Jawatan Kuasa Pelancongan, Warisan & Kebudayaan Negeri Melaka serta Pengerusi Jawatan Kuasa Perdagangan Pelaburan Negeri Melaka. Seri Wangi ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian menjemput Seri Wangi dan juga para media lain mengikuti konvoi tersebut yang penuh dengan kenangan manis, diharap jangan serik lagi menjemput Seri Wangi dan yang lain-lain dan juga kepada marshall yang mengiringi konvoi tersebut. Terima kasih kepada Taha Khusaimi yang sudi berkongsi gambar-gambar yang menarik.

Penaja:

Tourism Melaka
MBMB
Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka
Menara Taming Sari
Hotel Mudzaffar MITC
AADK
Financial Genius Group
Harley Davidson of Petaling Jaya
Toyo Lube
KTM Malaysia
Adabi
Az Fadz
Annona Coffee
Nayla Beauty @ Malacca



12 ulasan:

  1. Amboii banyaknya aktiviti. Bagus usahasama dan aktiviti seperti ini. Ianya dapat memperkenalkan lagi tentang Melaka kepada orang luar. Tahun depan mesti Melaka penuh. Cx waima orang Melaka piau tapi river cruise boat belum naik lagi tau. Hahahhaa apa nak buek, orang Melaka tak sempat keluar rumah sebab Melaka dah crowded dengan pelancong. 😁 Apa²pon, ianya bagus, dptlah driver grab, uber semua mencari rezeki lebih 😊

    BalasPadam
  2. tudiaaa...bestnya kalau dapat join trip ni..macam-macam aktiviti ada hada ha..SA nasib n sigat sangat..insyaallah tahun depan SA nak aktif semula la kak Limah...jeles tgok kak limah dan kdan kawan-kawan lain duk jalan sana sana sini ha...macam2 aktiviti kat melaka erk..banyak gak tempat kat melaka SA x terjah lagi

    BalasPadam
  3. Program Tour Melaka 2018 seems like a fun and nice trip. good that you have joined it and shared with us. looked like everyone enjoyed a lot

    BalasPadam
  4. Meriahnya aktiviti FBC ni. Bagus lah kan selain mempromosikan melaka, kebajikan golongan yang memerlukan juga terbela. Tahniah FBC

    BalasPadam
  5. Terlalu banyak aktiviti yang menarik, banyak juga ilmuyang terkumpul. Bagusnya program sebegini, dapat merapatkan ukhwah :)

    BalasPadam
  6. Wahh sangat padat aktivitinya.. banyak tempat akak dapat pegi ye.. macam sambil holiday gitu.. wahh jeles ena.. best kalau join trip ni jugak. Sambil beramal luas pengalaman.

    BalasPadam
  7. Meriahnya aktiviti. Kak Limah aktif betul ye jadi minah rempit. Dah sampai Melaka pastilah makan asam pedas. Nampak kuah asam pedas tu terliur dah cheq!

    BalasPadam
  8. Wahhh seronoknya ya kak limah meronda bersama abg2 motor ke Melaka. Mesti best dn byk timba pengalaman baru. Dpt bonceng abg motor tu x ? Kalau dpt tu best tu kak Halimah. Lagi feeling

    BalasPadam
  9. Wahhhhh. bestnya macam macam aktiviti ada .Bagus diadakan program sebegini sekurangnya dapat memperkenalkan budaya Melaka pada belia masa kini yang mungkin ada lagi yang tidak tahu keistimewaan adat budaya Melaka. Makanan pun nampak best best

    BalasPadam
  10. Teringin nak g melaka lagi.Sana banyak tempat best dan makanan yang sedapppp esp coconut shake dan keria!
    Temptingnya!!

    BalasPadam
  11. Wah best nyer dapat join program macam ini. Boleh jejalan sambil nai motor superbike and stop over at so many interesting places plus jalan jalan cari makan. Best sangat.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment