KARNIVAL YEAR END ZAKAT (YEZ) 2018 DI MASJID USAMAH BIN ZAID, WANGSA MAJU - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Sabtu, 1 Disember 2018

KARNIVAL YEAR END ZAKAT (YEZ) 2018 DI MASJID USAMAH BIN ZAID, WANGSA MAJU


PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat 

Karnival Year End ZAKAT  (YEZ) 2018) yang diadakan di perkarangan Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju bermula pada 1 & 2 Disember 2018 (Sabtu & Ahad) bermula pukul 9 pagi hingga 9 mlm yang dianjurkan oleh PPZ-MAIWP. Ianya merupakan satu usaha untuk mempromosikan dakwah zakat dengan lebih meluas di sekitar Wilayh Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan agar ianya dapat meningkatkan prospek pembayar zakat dan secara tidak langsung meningkatkan kutipan zakat. Selain dari itu, ianya mendekatkan umum tentang kewajipan berzakat terutamanya tentang zakat harta dan juga sebagai landasan kecemerlangan diri setiap umat Islam kepada penghayatan agama dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP. 

k

Pihak PPZ-MAIWP. menyasarkan seramai 10,000 oramg yang akan hadir ke karnival YEZ 2018 yang mana fokus utama adalah untuk penduduk yang tinggal di sekitar Wangsa Maju, Gombak, Setiawangsa, Keramat dan sekitar kawasan yang lain. Bersempena dengan karnival tersebut, PPZ-MAIWP melancarkan Bulan YEZ 2018 dan pengumuman pemenang bagi Jom Sertai Skim Thohir 2018 (Julai - Oktober) yang ditaja oleh Five Estec Travel Service Sdn, Bhd dan Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my (ogos - oktober 2018) yang diataja oleh Seri Group Sd. Bhd. Perasmian Bulan YEZ 2018 ini dilaksanakan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP - Datuk Che Mat bin Che Ali, serta turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif  PPZ-MAIWP - Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff serta penaja Jom Kempen Skim Thohir 2018 dan Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my



AKTIVITI KARNIVAL YEZ 2018

Pelbagai aktiviti karnival tersebut diadakan bagi pelbagai lapisan umur dari kanak-kanak hingga le dewasa dan juga terdapat 90 booth menarik untuk pengunjung seperti booth jualan dari asnaf dan juga pelbagai permainan untuk kanak-kanak seperti berikut:
  • Didi & Friends
  • Omar & Hans
  • Soopa Doopa
  • Pertandingan Mewarna
  • Giant Ballon
  • Pertandingan Azan
  • Grand Dhuha
  • Liga Quran
  • Grand Forum Super Star
  • Konsert YEZ
  • Pertandingan Masterchef bersama Chef Zubir

Selebriti-selebriti jemputan yang akan menyerikan karnival tersebut adalah Hijjaz, Raihan, Ustaz Wan Akasyah dan Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah, PU Idris dan ramai lagi.







 














Untuk Keterangan lanjut tentang PPZ-MAIWP

Website

19 ulasan:

  1. Ni kali ke berapa ye PPZ anjurkan karnival ni?
    Macam best je
    Xjauh dah dari umah amni ni .
    So lepas ni boleh pergi usha la karnival ni hehe

    BalasPadam
  2. Wah banyaknya aktiviti yang dijalankn. Sesuai utk semua peringkat umur. Bagus ada program macam ni utk tingkatkan kesedaran dan kepentingan berzakat.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. tahniah PPZ! satu lagi alternatif yang bagus untuk dikongsi bersama. lepas ini lebih ramai yang akan peka mengenai institusi ini kan? semoga dipermdahkan buat semua

    BalasPadam
  4. Wah bestnya ada event mcm ni musim cuti sekolah ni. Teringin nak pergi. Sambil pergi karnival boleh bayar zakat sekali.hehehe

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah seronok kita ada kat karnival ini sebab jarang diadakan harap lepas ni PPZ akan selalu adakan acara macam ni untuk mendekatkan dan mendedahkan pengguna kat luar sana tentang tugas dan tanggung jawab membayar zakat. Kita paling tunggu acara Upin & Ipin hehehehe...

    BalasPadam
  6. Wahhhh meriah betul ye karnival PPZ nie. Nampak banyak aktiviti dan jualan menarik yg disediakan. Bawak budak2 mesti dorg suka nie. Tahnih PPZ dalam memudahkan urusan utk org berzakat.

    BalasPadam
  7. Bagus initiative they all . Dah makin agressive they all buat collection. Harap they all the funds really go to the right person in needs.

    BalasPadam
  8. bagus aktiviti yang dianjurkan oleh ppz ..dapat menarik orang muda dan tua untuk sama2 berkampung di masjid dan melakukan aktiviti..plg best ceramah dari ustaz terkenal kat malaysia.begitu juga dengan penampilan khas omar & hana, didi...semuanya menarik

    BalasPadam
  9. oh that's a nice event it seems. Zakat has planned so many activities for all of you. you guys must have enjoyed it a lot there hehe

    BalasPadam
  10. Wow didn't know there are events like that, the market is very niche but confirm fun for those who uses it!

    BalasPadam
  11. menarik karnival dia. ada macam -macam aktiviti..kalau buat macam ni, pun bagus juga, ramai tau berkenaan ppz..tau macam mana nak bayar cara mudah..terbaikla

    BalasPadam
  12. Tahniah PPZ! Satu aktiviti yang jawib dibuat setiap tahun untuk menggalakan pembayar zakat untuk membayar zakat dan juga mendapatkan lebih info mengenainya.. program macam ni yang dibuat dimasjid boleh mengimarahkan masjid serta pengunjung dapat bersama-sama berkongsi info.

    BalasPadam
  13. Bagus ada anjurkan karnival macam ni.
    Sebab ramai orang suka ambil peluang untuk ke karnival ni kan.
    Sedikit sebanyak, mereka akan dapat info mengenai kepentingan zakat ni kepada kita semua.
    Kewajipan berzakat pun kena ambil tahu.

    BalasPadam
  14. Emi tak pergi pun karnival Yez ni haritu, kebetulan ada urusan peribadi nak kena setelkan. Macam ramai jugak yg ke sana hari tu kan..

    BalasPadam
  15. Rawlins suka acara sebegini sebab menyebarkan maklumat untuk semua dan pada masa yang sama tidak terlampau berat penyampaiannya. Mungkin lepas nie kena fikir lokasi yang lebih mudah untuk dijejaki oleh semua agar lebih ramai boleh hadir kan

    BalasPadam
  16. Bagus usaha mempromosi ttg zakat ni. At least muslim di luar tahu kt mana nak bayar zakat dgn cara senang kan

    BalasPadam
  17. Bagus aktiviti-aktiviti camni kan. Sekaligus dapat mengingatkan sesiapa yang terlupa untuk bayar zakat. Semoga usaha murni pihak zakat mendapat ganjaran yang sebaiknya.

    BalasPadam
  18. Walaupun zakat ni perkara yang dah diketahui oleh umat Islam. Pendedahan begini pun bagus. Boleh bantu umat Islam, mualaf dan asnaf berniaga ke. Sebab kita perlu badan sokongan yang aktif utk terus maju.

    BalasPadam
  19. Bgusnya ada aktiviti mcm ni.. At least bila ada aktiviti mcm ni org ramai xda la rasa malu2 sangat nak ni kt pusat zakat kan

    BalasPadam

Thak You For Your Comment